BAB 20

Romance Completed 16440

SHAFIQ ketawa mengekek bila mendengar Amira menjerit begitu. Dia masih terhendap-hendap di sebalik langsir di ruang tamu. Perlahan dia pulas tombol pintu dan mula mengintai dari celah pagar di sebelah rumah. Terbongkok-bongkok dia mengendap Amira. Jelas wajah Amira sudah merah menyala! Kali ini sudah merah macam buah naga! Hahaha!!!

“Fiq! Apa yang kau mengekek sorang –sorang tu? Eh! Malam tadi elok je dahi kau?” Tiba-tiba Halim muncul di depan pintu.

Shafiq masih ketawa. Dia berpaling ke arah Halim yang sudah tercegat di muka pintu rumah. Dia mula bergerak ke arah Halim dengan terbongkok-bongkok, bimbang Amira akan nampak dia menyorok di sebalik pagar tadi.

“Shh! Aku yang letak tahi lembu dalam kasut dia!” Shafiq pandang Halim yang terpinga-pinga.

Shafiq mula mencabut pembalut dan membasuh pewarna merah yang melekat di dahi. Dia terus ketawa. Lakonannya berjaya membuat Amira rasa bersalah tadi. Hahahaha!!

TINGGAL seminggu sahaja lagi hari raya bakal menjelang. Amira dan teman serumah yang lain masih sibuk dengan belajar. Nor, Alin dan Shidah masing-masing sudah menempah tiket untuk pulang ke kampung. Kak Yati pula memandu sendiri pulang beraya di Bukit Beruang Melaka. Amira masih termangu sendiri. Ikutkan hati dia ingin pulang dengan bas sahaja tetapi abangnya pula melarang. Abangnya sudah berjanji ingin pulang bersama dua hari sebelum hari raya.

“Apa yang Amira mengelamun tu?” Kak Yati menepuk bahu Amira yang sedang menongkat dagu.

“Tak ada apalah kak…nanti tinggal Amira sorang je kat sini. Nor, Alin dan Shidah lusa dah nak balik. Akak pula balik hari rabu rabu kan?” Amira mula muncung.

“Eh, akak balik hari Khamis la.” Kak Yati senyum.

“Ye ke? Yes! Ada la kawan! Amira ingat, Amira sorang je yang tinggal nanti!” Amira mula senyum. Hatinya sedikit lega bila mendengar kak Yati juga pulang berhari raya pada hari yang sama dengannya.

“Hari ni tak berniaga ke?” Kak Yati pandang Amira yang asyik menonton tv. Selalunya waktu begitu Amira sudah sibuk menyediakan kuih untuk dijual di bazar ramadhan.

“Tak lah kak…hari ni Amira nak rehat la..” Amira menutur lemah.

“Kenapa lemah je suara ni? Ada masalah ke?”

“Kak…sebenarnya semalam mak Amira ada call. Dia kata raya kedua nanti, ada orang nak datang merisik. Lecehlah kak…” Amira semakin sugul.

“Merisik? Baguslah! Apa yang lecehnya?” Kak Yati sengih.

“Lecehlah… Amira bukan kenal pun siapa lelaki tu..” Amira masih menongkat dagu.

“Merisik je tu..kalau tak suka..tolaklah. Bukannya mereka nak meminang.” Kak Yati mula memberi pandangan.

Amira hanya senyum hambar. Dia merasakan perjalanannya masih jauh. Walaupun berada pada tahun akhir pengajian, cita-citanya perlu dicapai dulu sebelum memikirkan soal kahwin. Dia mula gelisah. Bermacam-macam persoalan timbul dibenaknya. Fikirannya mula buntu.

SELESAI solat terawih, Amira dan teman serumahnya yang lain mula berjalan beriringan pulang ke rumah. Kekusutan fikirannya mula reda bila berbual dengan teman serumah. Sepanjang perjalanan pulang dari masjid, banyak perkara yang dibualkan.

“Kak Yati!”

Serentak mereka berpaling. Amira melihat Shafiq berlari ke arah mereka. Shidah dan Alin pula hanya senyum melihat Shafiq dan Halim rupanya turut solat terawih malam itu.

“Ada apa Shafiq? Halim?” kak Yati senyum.

“Err..kak..saya nak minta maaf kalau ada salah silap. Selamat hari raya ya kak.” Shafiq sengih. Termengah-mengah dia bersuara.

“Ooo..ingat apalah tadi. Samalah kita ya! Shafiq balik mana nanti?” Kak Yati senyum lagi sambil jeling Amira di sebelah yang hanya diam bila melihat Shafiq mendekati mereka.

“Kuala Kangsar kak..” Shafiq senyum lagi. Dia senang berbual dengan Kak Yati yang sudah dianggap seperti kakak sendiri.

Amira pandang Shafiq sekilas. Orang kuala jugak ke? Kat mana agaknya rumah dia..

“Eh..sama lah dengan Amira! Kuala Kangsar kat mana?” Kak Yati pula beria ingin tahu.

“Kat pekan kak. Akak nak balik mana?” Shafiq berbahasa.

“Akak dekat je..Melaka.”

Amira tunduk. Rupanya Shafiq juga senegeri malah sedaerah dengannya. ‘Ah! Bukan masalah aku pun nak fikir.’

“Takkan minta maaf dengan kak Yati je? Orang lain kau tak ada buat salah ke?” Amira mula bersuara.

Shidah, Nor dan Alin masing-masing senyum. Faham benar sikap Amira yang suka bertengkar dengan jiran sebelah kiri mereka. Kak Yati pula hanya ketawa kecil sambil menggeleng.

“Err..kau patutnya minta maaf dengan aku! Tapi takpa..sebab kau ni perempuan lemah, so, aku minta maaf lah ya! Halalkan apa yang aku makan. Kuih tak jadi kau tu!” Shafiq berkata selamba. Dia jeling Halim yang mula merenung Alin di sebelah Shidah.

“Siapa kata perempuan lemah? Kau ni kan! Aku..” Amira tidak sempat menghabiskan kata-katanya bila Kak Yati mula menarik tangannya.

“Dah la tu! Tak baik bergaduh!” Kak Yati jeling Amira yang mula mengetap bibir.

“Ehem! Alin balik mana raya ni?” Tiba-tiba Halim pula bertanya pada Alin.

Alin hanya senyum tersipu-sipu bila ditegur begitu. Sebenarnya sudah lama dia suka pada Halim tetapi dia tidak seberani Amira yang ringan mulut macam berteh jagung!

“JB..” Alin tunduk malu.

“Ehem! Ehem! Dah jom balik! Puasa-puasa ni tak boleh ngorat!” Amira tarik tangan Alin.

Mereka berlima terus beredar dari situ meninggalkan Shafiq dan Halim. Halim pandang Alin dengan senyuman lebar.

“Fiq.. Amira tu cenge la!” Halim jeling Amira yang masih memegang tangan Alin.

“Tahu pun kau! Tak pa..aku nak tengok sampai bila dia nak sombong!” Shafiq mula ajak Halim pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience