BAB 14

Romance Completed 16440

PETANG itu, Amira bersama Kak Yati mula bergerak ke bazar ramadhan berdekatan dengan rumah mereka dengan menaiki kereta kak Yati. Kak Yati pula menolong Amira mengangkat kuih-kuih ke gerai Kak Eton. Dari jauh Kak Eton sudah senyum.

“Wah! Banyaknya kuih ni Amira! Semua ni Amira buat sendiri ke?” Kak Eton terbeliak melihat pelbagai jenis kuih yang dibawa.

Amira angguk dan mula senyum sambil menjeling Kak Yati. “Saya dengan kak Yati ni yang buat.”

Kak Yati turut serta menjual kuih bersama Amira di gerai Kak Eton. Mereka mula menyusun semua kuih dengan kemas dan diletakkan nama pada setiap jenis kuih.

“Amboi! Peliknya nama!” Kak Eton ketawa.

Kak Yati juga turut ketawa melihat nama-nama yang diberi oleh Amira pada kuih-kuih yang mereka buat tadi. Dia pandang Amira yang tersengih-sengih.

“Amira ni suka buat lawak la!” Kak Yati masih menekan perutnya melihat nama-nama kuih Amira.

“Ala..kak..dengan nama pelik macam ni nanti. Amira harap orang akan beli! Rasa pun sedap..kak Yati dah rasa tadi kan?” Amira geletek Kak Yati di sebelah.

Amira mula melihat pengunjung bazar di situ mula membanjiri gerai-gerai. Dia segera memakai apron merah menyala dan mula senyum kepada pengunjung yang lalu di depan gerai Kak Eton.

“Abang, kakak, pakcik, makcik! Mari! Mari! Kuih bagus mari!” Amira sengih lagi.

Beberapa orang pelanggan di situ mula membeli kuih Amira bila terbaca nama-nama pelik pada setiap jenis kuih yang diletak di tepi kuih.

“Kuih! Kuih!” Amira melaung dengan kuat tanpa rasa malu. Teringat masa kecil dulu, dia sering membantu ibunya menjaja kuih di kampung sambil menjerit kuih!

Kak Yati senyum gelihati melihat gelagat Amira yang tidak segan menjual kuih. Laungannya cukup menarik pelanggan berkerumun di gerai Kak Eton. Nasi lemak Kak Eton turut terjual sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience