BAB 7

Romance Completed 16440

PETANG itu selepas habis kelas, Amira menunggang motosikal menuju ke pasar. Semangatnya mula berkobar untuk mencuba resipi yang baru disalin dari internet tadi. Perkara pertama yang dia beli adalah ubi keledek dan tepung gandum. Setelah itu pula dia segera ke bahagian sayur. Tadi sebelum ke kelas, Kak Yati sempat pesan kacang panjang untuk digoreng nanti. Semua barang yang dibeli diletak dalam bakul di depan motosikal.

“Hmm..kali ni aku nak cuba buat kuih ni! ‘Cayok!’” Amira senyum.

Laju motosikalnya menuju ke taman perumahan rumah yang disewa seramai lima orang. Sampai di rumah dia segera letak motor. Sepanjang perjalanan balik tadi, di bibirnya sentiasa diukir dengan senyuman. Seperti biasa dia buka ikatan tali kasut sukan sambil tersenyum. ‘Aku nak lawan jiran sebelah punya kuih. Mana tahu aku punya lagi sedap!’ Amira berbisik sendiri.

“Ehem! Awal balik hari ni?” Shafiq jeling Amira di tepi pagar.

Amira berpaling. Jiran sebelah yang satu kuliah dengannya sedang tersengih. ‘Hmm..mengapa dia pun balik awal hari ni..selalunya pukul lima baru ada kat rumah.’

“Suka hati akulah! Kau apa peduli? Dahlah pijak kaki aku tak minta maaf!” Amira mengomel sendiri antara dengar dengan tidak.

“Kau mengumpat ku eh?”

“Eii!! Puasa-puasa ni tak kuasa aku nak mengumpat hal orang!” Amira terus masuk ke rumah setelah mengambil barang yang dibeli dari dalam bakul motosikalnya. Beg sandang pula disangkut di sebelah bahu kanan.

“Ooo..nak buat kuih rupanya..hihihi!” Shafiq senyum sambil mata melirik ke arah tepung gandum dan ubi keledek di tangan Amira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience