BAB 1

Romance Completed 16440

Semuanya ada ada pada dirimu Membuat aku ku aku jatuh cintah Come on baby, Say you love me Love me, Say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu Penjara kamu mu kamu dalam hati ku Come on baby, Say you love me yeah! Well, aku benci lagu nyanyian Ayda Jebat ni, semua tentang lagu ni aku benci sehinggalah aku mulai bertemu si dia, dan semua persepsi aku pada lagu ini tiba-tiba valid. -Amira Kelam kabut Amira melangkah keluar dari dewan kuliah menunju ke ruang parker motosikal. Helmet digenggam kemas di tangan kanan, tangan kiri pula beg galas jenama Converse, sarat dengan buku rujukan yang dipinjam di perpustakaan pagi tadi.

Tiba di tempat motosikal, terkial-kial dia mencari motosikal yang seingatnya diletakkan di tepi pokok ceri. Kelihatan pokok di situ semuanya sama. Terjuntai-juntai akar dari celah batang. Amira garu kepala. Melilau dia mencari motosikal warna merah miliknya. Bukan dia seorang yang memiliki motosikal warna merah begitu. Sekali lagi dia jeling jam di tangannya. Sudah lima empat puluh lima minit petang. Dia tidak mahu kempunan kuih cek mek kalau lambat tiba di bazar ramadhan nanti.

“Amira!”

Amira berpaling. Shidah tersengih sambil berlari-lari anak membawa sebuah helmet.

“Amira! Aku nak tumpang balik, boleh tak?” termengah-mengah Shidah menahan nafas.

“Kenapa dengan kereta tunang kau ?” Amira pandang Shidah sambil membetulkan beg sandang yang hampir terlurut.

“Kereta dia buat hal pulak hari ni. Dia suruh aku tumpang kau! Boleh ke?”

Amira mengangguk. Kepalanya digaru memikirkan di mana dia letak motosikalnya tadi. Masa datang kuliah pagi tadi, tak banyak lagi motosikal bersidai kat situ.

“Err..kau fikir apa?” Shidah turut melihat sekitar tempat letak motosikal yang luasnya sebesar gelanggang badminton. Bersusun motosikal diletak elok mengikut barisan. Kalau satu jatuh, alamatnya semua jatuh!

“Aku tengah fikir kat mana aku letak motor aku ni! Banyak sangat motor kat sini!” Amira berjalan perlahan di celah-celah motosikal yang diletakkan memanjang.

Shidah tarik tangan Amira bila ternampak motosikal warna merah plat nombor WWW 4267. Amira senyum. Dia terus pakai helmet dan menghidupkan motosikal. Shidah segera duduk di bahagian belakang motor.

Laju Amira memecut ke arah bazar ramadhan di sekitar kawasan rumah sewanya. Motor diletakkan di tepi jalan. Bergegas dia menuju ke gerai-gerai. Banyak kuih yang telah habis dijual. Kuih kegemarannya cek mek juga sudah habis. Shidah hanya senyum melihat telatah Amira yang muncung sambil hentak kaki tanda tidak puas hati.

“Ala..kau buat je sendiri Amira! Bukan susah pun, kau cari je resipi kat internet!” Shidah sudah siap beli sebungkus air tebu dan sebungkus nasi kerabu.

Amira mula hilang mood. Dia berjalan perlahan sepanjang gerai di situ. Tidak tahu apa yang nak dibeli buat berbuka nanti. Akhirnya dia beli sebungkus nasi beriani berlaukkan daging masak kurma dan agar-agar pelangi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience