“Kita park kat DPO je la eh. kita naik cable car je nak?’’ mereka semua setuju dengan cadangan Haziq.
Setelah parking kereta, mereka berjalan dan naik cable car ke puncak Genting. Bermacam permainan mereka main di situ. Setelah badan masing-masing terasa letih mereka kembali berkumpul di McDonald's berhampiran.
“Dah pukul 3 lebih dah. Kita check in la’’ Syima memandang mereka sambil menghulurkan sweater yang dipinjam dari Haziq tadi.
“Ok. Lepas makan ni kita turun ambik barang kita. Khai. Kau dah jumpa belum hotel mana kosong area sini?’’ Haziq memandang Khairi yang leka mengadap handphone. Dari tadi asyik stalk web agoda tu cari bilik. french fries di suap ke dalam mulut.
“Belum. Aku tengah tengok la ni. Cari hotel yang ok ok sikit’’
Amat dari tadi hanya menyedut air coklatnya. Sedang berkira-kira mahu suarakan cadangan untuk menginap di satu tempat. Tapi risau jika mereka semua tidak setuju.
Setelah semua selesai makan, mereka memandang Khairi yang masih mengadap telefon.
“Khai. Kau dari tadi tak jumpa hotel ke apa?’’ soal Zetty. Khairi tersengih.
“Belum. Kejap lah. Cuti sekolah kan tiga hari. Banyak bilik besar dah penuh’’
“Kita turun dulu ambil barang kita. lepas tu kita cari lagi hotel dekat-dekat yang kosong. Nak tunggu si Khai ni godek agoda bagai sampai esok kita stuck kat Skyworld ni’’ semua setuju dengan kata Haziq.
Mereka melangkah menuju ke arah cable car untuk turun semula ke DPO.
“Kita check in kat first world hotel tu nak. Cantik pulak hotel tu macam pelangi’’ Zetty menunjuk ke arah hotel berwarna warni itu. Semua memandang ke arah itu.
“Itulah aku check tadi. Bilik penuh la. Yang ada bilik single bed je’’ Khairi bersuara.
“Asal kau tak check and book dari semalam Khai? Ni sampai sini baru nak check memang penuh la’’ Amat yang diam tadi bersuara.
“Tak ape lah single bed pun. Yang pasti dapat tidur kejap pun ok dah. Badan aku pun dah penat sangat ni’’ Zetty menguap.
“Wait gais!. Kita tak yah check in sini la’’ Amat memandang mereka semua.
“Apesal pulak? Kalau tak nak check in sini nak check in mana kau ni?’’ berkerut kening Khairi memandang Amat.
“Kita try check in kat Amber Court nak?..” Amat tersengih dengan cadangannya sendiri.
Share this novel