BAB 31

Horror & Thriller Completed 3008

Beberapa kali Khairi cuba menghidup kan enjin kereta. Amat mengesat air mata sambil tangan memeriksa enjin di depan. Dalam hati dia berdoa semoga Auni masih hidup dan dapat diselamatkan. Pipinya yang bercalar itu terasa pedih terkena air mata.

“Try Start Khai!...!’’ laung Amat.

Khairi cuba lagi. Masih sama. Tak hidup.

“Bodohlah!!’’ kuat tangan Khairi mengetuk stereng.

 Zetty yang duduk di kerusi belakang menggosok kepala. Kepalanya masih pening kerana terkena siku Syima tadi. Rasa kepalanya sudah bengkak.

Tiba-tiba Haziq muncul dari hutan tebal itu sambil menggendong Syima. Zetty membantu Haziq memasukkan Syima ke dalam kereta. Mereka meletakkan Syima di kerusi belakang supaya Syima tak mudah untuk keluar dari kereta lagi.

“Syima macam mana Ziq??’’

“Dia kena rasuk tadi. Aku terpaksa lempang dia’’

“Syima bangun Syima…!’’ Zetty menggoncang tangan Syima perlahan. Kulit Syima sejuk. Macam tiada darah yang mengalir.

“No Zetty! Biar dia pengsan situ’’ cepat Haziq menghalang Zetty dari mengejut Syima.

Haziq mengambil nafasnya di tepi pintu kereta. Penat! Rasa macam dia mengangkat tubuh lelaki. Dalam beberapa minit dia pergi ke arah depan kereta.

“Macam mana? Boleh hidup tak?’’ Haziq membantu Khairi dan Amat.

“Tak! Tak boleh!’’

Zetty memandang Syima yang mula tersedar. Ada sedikit darah di tepi bibir Syima. Lidah menjilat darahnya sendiri. Zetty menelan air liur memandangnya dan dia cuba memanggil Syima.

“Syima…..’’

Mata Syima yang kemerahan itu membulat memandang Zetty di depannya. Zetty rasa takut. Dah la di sebelahnya ada Auni yang entah hidup atau tidak. Di belakang pula Syima yang kena rasuk hantu.

“Syima… wake up Syima!’’ keras suara Zetty. Berharap kawan baiknya itu akan sedar. Khairi yang dari tadi start kereta memandang ke belakang.

“Apesal Zetty?’’ Dia juga takut memandang mata Syima yang kemerahan itu.

“Hoi Syima! Kau sedar boleh tak! Jangan buat hal la bodoh!’’ Khairi menengking.

 Syima silih berganti memandang Khairi dan Zetty sambil ketawa mengilai.

“Ziq! Syima Ziq.!’’ Zetty menjerit. Haziq datang ke belakang. Dia memandang Syima yang sedang ketawa.

“HAHAHA. SATU SUDAH MAAATII……HAHAHA..!’’

Syima menunjuk ke arah Auni yang terbaring disebelah Zetty. Zetty menelan air liur lagi. Laju jantungnya.

“Hoi Syima! Kau sedar sekarang! Kau nak kena lempang lagi ke??!’’ Haziq mengangkat jari telunjuk pada Syima. Syima ketawa seperti mengejek Haziq.

Tiba-tiba Khairi ternampak cahaya dari jauh. Semakin lama semakin dekat. Mereka yakin itu cahaya lampu kereta. Cepat Khairi dan Amat mengangkat tangan menahan kereta itu.

“Kenapa ni??’’ dua orang lelaki keluar dari kereta itu.

“Bang tolong bang! Kawan kitorang kena rasuk bang! Sorang lagi jatuh. Kitorang nak bawak pergi hospital tapi kereta buat hal bang….’’ Khairi merayu. Berharap dua lelaki asing itu bantu mereka.

Lelaki itu cuba memeriksa enjin kereta didepan. Sorang lagi pula cuba menghidupkan enjin. Ketika dia memandang cermin belakang, mata terpandang Syima memandang tepat ke arahnya. Seolah sedang marah. Laju dia memusingkan kepala ke belakang. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena pada kawan mereka itu.

“Boleh tak bang??’’ Cemas Amat bertanya. Lelaki itu angkat tangan menahan. Kemudian mulut terkumat kamit membaca sesuatu.

“Bismillahirahmanirrahim’’ dengan sekali lafaz Bismillah enjin kereta dapat di hidupkan. Dia keluar dari kereta.

“Alhamdulillah dah ok’’

“Terima kasih bang..!’’ Haziq terus masuk ke bahagian pemandu.

‘’Korang nak pergi mana ni??’’ salah seorang lelaki itu bertanya. Dengan hanya di suluh lampu jalan di atas kepala dia nampak jelas keadaan mereka semua.

Haziq menceritakan semua yang jadi. Sorang lelaki tadi pergi ke arah Auni dan memeriksa nadi Auni.

“Kawan korang tu dah tak ada’’ meraung Amat mendengarnya.

‘’Saya tengok ada yang tak kena dengan kawan korang yang belakang tu’’ dia menunjuk ke arah cermin belakang.

Tajam mata Syima memandang mereka di luar. Seolah-olah sedang menahan marah kerana mengganggu urusannya.

“Bang tolong kitorang bang……’’ Khairi merayu lagi pada dua lelaki itu.

“Macam nilah. Kamu semua ikut saya. Saya bawak kamu pergi jumpa guru saya Ustaz Rahman. Dia tinggal area-area sini. Dah selesai nanti kita bawak kawan kamu pergi hospital. Kena cepat sebab kawan kamu tu perlu diselamatkan’’

Tanpa membuang masa mereka mengekori kereta kedua lelaki asing itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience