BAB 10

Horror & Thriller Completed 3008

‘’Korang. Dah pukul berapa dah ni. Jom lah kita balik. Mata aku dah mengantuk sangat ni’’ Zetty menghirup air minumannya. Terasa mata pedih menahan ngantuk. Dari petang tadi dia tak tidur. Pukul 7.30 malam mereka bersiap-siap untuk ke theme park semula.

“Mengantuk? Kau tak tidur ke petang tadi?’’ Haziq memandang Jam ditangan sambil menghisap vape.

“Tak pun. Aku tak boleh tidur tadi. Syima dengan Auni je tidur’’

 Amat yang sedang membelek gambar di telefon bersama Auni bersuara.

“Relaks lah. Baru pukul 10.15 kot. Awal lagi’’

“Memang la awal lagi. Petang tadi aku tak boleh tidur. Ni yang rasa sleepy sangat ni. Mata aku ni mana tahan macam mata kau tidur lambat-lambat’’ Zetty membalas kata Amat.

“Tak apa lah gais. Jomlah kita balik. Boleh rest-rest lagi. Badan aku pun dah penat jugak ni. Esok kan ada lagi. Mana yang belum main lagi kita sambung esok’’

Masing-masing setuju dan pulang ke Amber Court.

“Khai. Kau duduk belakang lah. Aku teman Haziq drive’’ tanpa bantahan Khairi terus duduk di seat belakang di sebelah Auni. Dapatlah dia tidur sekejap.

 Bergerak je tayar kereta keempat penumpang di belakang sudah terlena di buai mimpi. Hanya Haziq dan Amat saja yang berbual di dalam kereta. Berhati-hati Haziq memandu kerana jalan raya sangat berkabus. Kereta pun tak banyak yang berselisih.

‘’Wei. Parking luar penuh siut. Nak parking mana ni?’’ Haziq berhenti di depan lobi.

“Cer kau pusing-pusing lagi Ziq. Mana tahu ada yang keluar’’ mata Amat turut melilau mencari ruang parking kosong.

“Dah 4 kali aku pusing Mat. Belum ada lagi yang keluar’’

“Kalau macam tu park basement je la’’

“Mana basement?’’ sambil menekan minyak dengan perlahan, Haziq memandang sekeliling. Tak nampak sebarang laluan ke basement pun.

‘’Tu! Aku rasa tu jalan basement. Cer kau pergi situ’’ Amat menunjuk ke satu arah.

“Uish gelap dow. Lampu pun kejap menyala kejap tak’’ dengan perlahan-lahan Haziq memandu ke dalam basement. Level berapa pun dia tak tahu. Banyak yang kosong. Orang tak parking kereta kat sini ke? Mungkin banyak yang parking luar. Sebab senang nak keluar.

Setelah meletak kereta di petak parking Haziq memandang sekeliling.

‘’Mana eh nak masuk ke lif lobi’’ Amat turut mencari. Mata terhenti pada satu sudut.

“Tu kot wei. Aku rasa tu pintu tangga ke lobi’’

“Ok. Jom!’’ Haziq ingin keluar dari kereta.

Tiba-tiba dia terasa bahunya di sentuh kasar. Berdebar jantung Haziq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience