Amat menangis dan meraung sekuat hati. Menyedari segala kesilapan dan perbuatannya. Peha yang tersusuk semakin sakit jika dia bergerak. Wajah ceria Auni bermain dalam fikiran.
“Maafkan I. sebab kan I you mati sayang…..’’
tak henti-henti air mata keluar ketika membayangkan saat Auni terlepas dari genggamannya dan terjatuh dari bangunan itu. Wajah ketawa Haziq, Khairi, Zetty dan Syima juga bermain dalam fikirannya.
“Korang.. maafkan aku…..!!’’
Tiba-tiba ada angin menyapa muka Amat. Amat memandang sekeliling. Dia tahu makhluk sial itu ada di sini. Makhluk itu terbang mengelilingi Amat.
“Mana kau sial?!!’’ Amat menjerit memanggil-manggil. Makhluk itu muncul dan terapung-apung di depan Amat.
“Kau memang sial kan! Kenapa kau bunuh kawan-kawan aku ha??!’’
“AKU MENUNTUT JANJI MU WAHAI CUCU ADAM’’
“Janji apa bodoh??!!”
“DARAH…’’
“Aku dah bagi kau darah kan. Darah apa lagi kau nak!’’
“DARAH KAUM MU WAHAI CUCU ADAM. KAU TELAH BERJANJI PADA KU!” makhluk itu menunding jari pada Amat.
Amat teringat maksud bacaan mantra itu. Ali juga pernah cakap, ada syarat yang perlu di ikut sekiranya permintaan di tunaikan. Mungkin ini yang di maksudkan.
Sewaktu dia membuat ritual di tangga semalam.
Makhluk itu tidak menyatakan apa syarat yang harus dia tunaikan. Sudah la Hilang macam tu saja.
Amat mula sedar. Inilah padahnya membuat perjanjian dengan iblis dan syaitan. Mereka adalah musuh utama yang nyata. Telah berjanji untuk menghasut dan menyesatkan manusia hingga hari kiamat.
Kerana terpedaya dengan pertolongan syaitan, dia telah mengorbankan nyawa tunang dan kawan-kawannya. Tak guna punya iblis!
“Kau ni memang siallah setan!!’’
Makhluk itu ketawa mengilai memandang Amat. Kemudian dia terbang mengelilingi Amat dan hilang entah ke mana. Amat menangis sekuat hati.
KRAK.. KRAK…KRAK,…
Bunyi sesuatu mengejutkan Amat. Dari jauh dia ternampak sesuatu sedang bergerak menuju ke arahnya. Semakin lama semakin dekat.
“Auni!’’
Mayat Auni yang dia lihat separuh hancur tadi sedang merangkak perlahan ke arahnya. Seluruh tubuh Auni dipenuhi darah. Beberapa tulang sendi Auni yang patah begerak-gerak di lapisan kulitnya. Sebelah mata Auni terbonjol keluar dari kelopak mata.
KRAK.. KRAK…KRAK,…
Bunyi tulang Auni yang patah itu sangat mengerikan. Begitu takut Amat memandang Auni dalam keadaan begitu. Semakin lama semakin laju dia merangkak dan terus mencakar muka dan badan Amat. Amat menjerit kesakitan.
Arrrrrrrrrhhhhhhhhhhhh!
Share this novel