BAB 1

Horror & Thriller Completed 3008

KHAMIS 4.15 PM

 

“Bro! cuti tiga hari minggu ni. Nak gi mana?’’ Haziq duduk didepan rakan sekerjanya.

“Entah. Balik kedah lah kot’’ mata Khairi fokus pada PC.

“Relaks lah bro. tak yah balik kampung lah minggu ni’’

“Asal? Kau ada plan ke?’’

“Jom. Pergi release tension. bercuti ke’’

“Mana? Kalau area KL kau nak ajak aku holiday tak payah. Pantai PD pun aku tak nak. Cemuih hang tau’’ Khairi berkata dalam loghat kedahnya.

“Jap aku fikir. Emm kita pergi cameron nak?’’ Haziq memandang Khairi.

“Cameron aku baru pergi bulan lepas. Lain ah”

“Kau dah pergi. Aku belum sampai lagi tahun ni’’

“Kau ajaklah Amat. Dia kan duduk dengan kau. Suruh dia mintak cuti la’’

“Dia cuti ahad je. Tapi boring jugak kalau holiday berdua’’

“Oi! Korang nak gi mana?’’ Satu suara perempuan mengejutkan mereka berdua.

“Kau buat apa kat belakang ni? Kaunter depan tu siapa jaga?’’ Haziq memandang kaunter didepan.

“Aku tutup je. Customer dah tak ramai. Biarlah mak cik kepoh tu jaga kejap’’ Zetty tersengih.

Begitulah kerja sebagai staf maybank ni. Mujur saja duduk kawasan kat bangi ni. Tak adalah ramai orang sangat. Pukul 4.15 petang pelanggan pun sudah berkurang. Kadang-kadang saja ramai.

“Kitorang plan nak pergi holiday. Tiga hari cuti nanti bosan kot duduk rumah. Khai tak pe lah boleh balik kedah. Aku ni kampung kat kL tu je’’ Haziq menjuih mulut.

“Korang plan nak pergi mana?’’ soal Zetty.

“Entah. Masih fikir’’ Haziq mengangkat bahu.

“Korang pergilah genting’’ Zetty memandang mereka berdua.

“Genting Highlands erk. Best jugak tu. Ada theme park’’ terangkat kening Khairi memandang Haziq.

“Oo kau. Genting laju erh.. Ok boleh la Genting. Kau nak join tak Zetty?’’ kedua mereka memandang Zetty.

“Korang pergi berapa orang?’’

“Aku, Khai. Amat tak sure. Nanti aku tanya dia’’

“Korang tiga lelaki. Aku sorang perempuan. Tak naklah aku’’

“Kau ajaklah housemate kau yang kerja nurse gigi tu. Nama apa erk dia? Aku lupa’’ Khairi garu kepala.

“Shima lah. Kau ni. Dah berapa kali dia join kita pun kau lupa ke?’’ Haziq mengangkat tangan pada Khairi. Khairi tersengih menampakkan gigi.

“Oh. Shima. Tengoklah nanti kalau dia nak ikut’’

“Kau inform awal la. Sabtu, lepas subuh terus gerak. Kalau korang ikut, kita naik satu kereta je.. aku boleh pinjam kereta abang aku. Exora dia besar sikit. Ngam-ngamlah kita lima orang’’ Haziq memandang mereka silih berganti.

“Ha yelah. Nanti aku whatsapp kau. Aku tanya Syima dulu’’ Zetty mengangguk dan berlalu ke tandas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience