BAB 16

Horror & Thriller Completed 3008

Zetty tersedar kerana rasa kesejukan di kakinya. Dengan mata yang masih terpejam Tangan meraba-meraba selimut di hujung kaki.

Dengan pantas dia menarik selimut hingga ke paras leher. Kemudian dia sambung tidur semula. Tiba-tiba dia terasa selimutnya di tarik perlahan hingga ke kaki. Dalam keaadan mamai dia cuba buka mata dan memandang sekeliling. Siapa yang main tarik-tarik selimut ni? Ishhh!

Dia memandang katil queen di sebelah. Auni dan Syima masih lena di buai mimpi. Perlahan-lahan tangan menarik selimut dan pejam mata semula. Tiba-tiba….

ZAPPPP!!

Selimutnya di rentap kasar. Pantas Zetty bangun dan duduk di atas katil. Mata yang mengantuk terasa segar ketika itu. Dia memandang sekeliling. Lampu tidur ditepi katil di tekan laju. Jantungnya mula berdebar.

  Niat dihati untuk mengejutkan mereka berdua terhenti setelah ternampak Auni yang tiba-tiba bangun dan duduk di atas katil. Walaupun di suluh cahaya lampu kecil, nampak jelas mata Auni masih terpejam ketika itu.

“Auni.... Auni..!’’ Zetty memanggil Auni perlahan. Tiada sebarang respon.

 Tiba-tiba Auni berdiri dan melangkah ke pintu bilik. Zetty yang masih duduk memeluk lutut di katil hanya memandang. Apahal pulak si Auni ni?

 Dalam beberapa saat berdiri tangan Auni memulas tombol. Kemudian dia berjalan keluar dari bilik tidur. Zetty rasa tak sedap hati. Dalam keadaan takut dan terpaksa dia turun dari katil dan keluar dari bilik.

Mata memandang sekeliling mencari kelibat Auni. Tiba-tiba dia rasa sangat sejuk dan meremang. Lengan di gosok berkali-kali. Terasa angin luar seperti masuk ke dalam rumah. Zetty memandang ke arah sliding door yang terbuka luas. Kelihatan seseorang berambut panjang sedang berdiri di balkoni luar.

Mata dikecilkan. Suasana diluar gelap dan berkabus membuatkan dia cuba menangkap kelibat itu. Cahaya lampu kecil dari ruang tamu yang menyuluh ke luar membuatkan dia  yakin itu Auni.

“Auni! Kau buat apa kat situ??’’ Perlahan kaki melangkah mendekati pintu sliding itu.

Auni yang masih terpejam memanjat balkoni. Seolah-olah ingin terjun ke bawah. Terbuntang mata Zetty melihat Auni yang sedang cuba memanjat balkoni. Dengan pantas dia berlari keluar ke balkoni dan menarik Auni ke dalam pelukannya. Mereka sama-sama terjatuh di atas lantai.

“Ahhh..!’’ kepala Zetty terhantuk di pintu sliding itu. Dia menggosok kepalanya yang sakit.  

Auni tersedar.  Terkebil-kebil mata memandang Zetty disebelahnya. Kemudian mata melilau memandang sekeliling balkoni itu. Langit yang gelap dan percikan kabus menyejukkan seluruh tubuhnya.

“Zetty… Kau.. kau buat apa kat sini?’’

Zetty memandang Auni. berkerut dahi dengan soalan itu. Dia yang macam nak bunuh diri boleh tanya aku buat apa?!

“Kau la! Buat apa tadi??dah gila ke??!’’ kepala yang masih sakit di gosok lagi.

“Ha? Kau cakap apa ni?’’ berkerut kening  Auni memandang Zetty.

Zetty mula sedar mereka masih duduk di atas lantai itu. Dia memandang Auni pelik. Mungkin Auni tak sedar dengan apa yang dia lakukan tadi. Tiba-tiba dia rasa kembali meremang. Sejuk yang di rasakan bukan sejuk biasa. Bulu roma dari kaki sampai leher mula berdiri tegak.

“Err.. tak ada apa. Jom lah! Kita masuk tidur’’ cepat dia bangun dan menarik Auni masuk ke dalam rumah. Sliding door di tutup dan dikunci rapat. Dengan pantas tangan menarik Auni masuk ke dalam bilik.

Auni yang masih terkebil-kebil hanya ikut saja langkah Zetty. Mata yang masih mengantuk membuatkan dia tak mampu untuk berfikir. Masuk saja dalam bilik, kedua mereka terus berbaring di atas katil. Dalam beberapa minit Auni sudah terlena di buai mimpi.

Tapi tidak Zetty. Skrin handphone di pandang. Jam menunjukkan pukul 4.55 pagi.  Dia memandang Auni yang tidur di sebelah Syima. Takkan Auni tak sedar tadi? Hati tertanya sendiri. Jantungnya tak henti-henti berdebar. Nasib baik dia sempat tarik Auni tadi. Kalau tidak, tak tahu apa akan jadi pada tunang kawan baiknya itu.

ZEKK!!! ZEKKK!!!....

Bunyi sesuatu di luar mengejutkan Zetty. Telinga cuba mengamati bunyi itu. Ia datang dari luar bilik mereka. Bunyi itu seperti kerusi di tarik berkali-kali tanpa henti. Semakin lama semakin kuat.

ZEKK!!! ZEKKK!!!.... ZEKK!!! ZEKKK!!!....

 Debaran jantung semakin laju. Seolah sedang berlari 100 meter. Cerita seram Amat malam tadi bermain dalam fikirannya. Waktu-waktu macam ni siapa lagi yang main kerusi kalau bukan………

Tangan pantas capai selimut dihujung kaki dan terus berselubung di atas katil. Dia cuba pejam mata serapat-rapatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience