BAB 36

Horror & Thriller Completed 3008

20 JAM SEBELUM KEJADIAN….

Khairi bangun menuju ke dapur. Auni sudah masuk ke dalam bilik tidur. Amat tergelak kerana teringat cerita seramnya tadi. Takut juga kawan-kawannya mendengar cerita pasal Amber Court ni. Itu pun dia dengar daripada Ali. Entah betul entah tidak cerita itu.

Amat termenung memandang siling. Dia teringat colok di tangga yang mereka jumpa tadi. Mungkin itu tangga yang di ceritakan Ali semalam.

Mata memandang Haziq yang sedang berbaring di atas Sofa.

“Ziq. Aku nak pinjam kereta kau jap’’

“Kau nak pergi mana malam-malam macam ni?’’ soal Haziq tanpa memandang Amat. Khusyuk mengadap skrin telefon.

“Kejap je. Aku nak keluar pusing-pusing jap. Mana tahu jumpa hantu’’

“Uish. Berani betul kau Mat? Aku ingat kau main-main’’ Khairi yang siap bancuh air milo 3 in 1 duduk di meja makan bersuara.

“Haha tak ada lah. Aku nak keluar beli air jap. Beli maggi ke apa? Korang nak kirim apa-apa tak?’’

‘’Asal kau tak beli terus tadi?’’

“Aku lupa la. Ni baru teringat. Mana tahu korang nak makan maggi ke biskut ke apa malam-malam’’

Haziq memandang jam di tangan. Pukul 11.40 malam.

“Kalau macam tu aku teman kau lah’’ Haziq bangun dari sofa.

“Eh tak payah. Korang mesti penat kan. So korang rest je’’ Amat sudah berdiri dan menyarungkan sweater tebal warna kuning di badan. Beg sandang kecil di galas ke bahu.

“Serius ni? Aku tak ada hal nak teman kau’’ Haziq memandang Amat.

“Betul..!’’  Amat mengambil Kunci kereta yang tersangkut di dinding dan terus melangkah keluar dari rumah itu.

Laju kaki Amat melangkah. Risau jika Haziq ikutnya di belakang. Jari cepat menekan butang lif. Pintu lif terbuka dan dia terus menekan butang ke bawah.

 Sampai saja di lobi dia terus berjalan ke arah tangga yang mereka naik tadi. Tibalah dia di tempat yang ingin dia tuju. Mata memandang colok dan beberapa barang yang ada di situ. Amat bertinggung.

“Mungkin tangga nilah kot yang Ali cerita tu’’ dalam beberapa saat termenung dan berfikir bibir tersenyum.

“Ah try je lah! Bukan ada apa pun. Kau datang aku mintaklah apa aku nak. Kau tak datang tandanya Ali tu pembohong’’ dia bermonolog sendiri.

Plastik hitam kecil dikeluarkan dari beg sandangnya. Colok dan kemenyan di bakar. Sedikit darah ayam dituang ke atas kemenyan itu. Mata memandang sekeliling. Risau jika ada sesiapa lalu di tangga itu.

Selepas itu, Amat mengeluarkan satu kertas kecil. Di dalam kertas itu tertulis sesuatu yang tidak dia fahami. Itu pun dia ambil dari google. Entah apa maksud mantra itu pun dia tak tahu. Setiap langkah yang tercatat di google dia ikut satu persatu.

Barisan pertama mantra itu di baca.

“KARO PANGAN KOWE, KOWE NAMPAK NANG AKU TELPON..”

Kemudian dia menitiskan beberapa titik darah ayam di atas kemenyan itu. Dalam beberapa minit masih tiada apa-apa yang muncul.

“Huh! Sah aku kena kencing dengan si Ali ni..!’’ dia ulang semula bacaannya.

“KARO PANGAN KOWE, KOWE NAMPAK NANG AKU TELPON..”

Tiba-tiba Amat terasa ada angin sepintas lalu. Tubuhnya rasa sejuk. Sejuk yang lain macam. Bulu roma mula meremang. Hidung mula terhidu bau wangian bunga kemboja. Mata memandang sekeliling. Sunyi! Seolah-olah dia berada dalam bilik yang kedap.  Saat kepala menoleh ke sisi Amat terperanjat dan terduduk.

“Uishh!’’

 Satu lembaga berpakaian putih sedang berdiri di atas tangga di situ. Rambutnya panjang hingga ke lutut. Mukanya pucat lesi. Tiada darah yang mengalir. Pupil mata hitam yang besar memandang tepat pada Amat. Separuh muka di tutupi dengan rambutnya sendiri. Lembaga itu lut sinar. Tapi masih jelas di mata Amat.

Air liur ditelan beberapa kali. Jantung berdebar laju. Amat cuba untuk bertenang. Tak adalah seram mana pun hantu ni. Hati bermonolog. Dia mula baca perenggan kedua mantra itu.

“AKU INGKANG TULUNGA. YEN PANYUWUNKU KABUL, AKU JANJI BAKAL MENEHIGETIH ING SAKIBENGE AKU’’

Dia memandang makhluk itu. Makhluk itu menganggukkan kepala. Dia sambung bacaan untuk perenggan yang ketiga mantra itu.

“AKU BAKAL NATUHI JANJI NEK PANJENENGANKU DITAMPI''

Makhluk itu tersenyum kemudian terbang hilang entah ke mana. Amat mencari di sekeliling.

“Eh, hilang pulak dia. Cakap apa pun tak. Ah lantak lah!’’ barang-barang di simpan semula ke dalam beg sandangnya.

Amat terus berlari ke arah kereta dan memandu menuju ke casino. Dia cuba melabur RM400 dalam perjudian itu. Keuntungan yang dia dapat RM4000.

Wow! Amat begitu teruja sekali. Sekelip mata dia boleh dapat duit sebanyak itu dalam satu malam. Ketika dia mengangkat muka dia terpandang makhluk tadi sedang tersenyum padanya.

“Betul lah cakap Ali. Benda tu tolong aku.!’’ Begitu bangga muka Amat memandang makhluk itu.

Ketika dia pulang ke Amber Court dan berjalan melangkah ke bilik, dia rasa meremang satu badan. Dia tahu makhluk itu ikut dia pulang. Tiba-tiba makhluk itu melayang-layang di depannya. Seolah-olah meminta sesuatu yang dia inginkan.

“Aku nak kau tolong aku kat casino tu je! Bukan ikut aku balik, kau faham tak! Dah blah!” Amat terus berjalan.

Makhluk itu tetap terbang mengekorinya hingga di depan pintu. Dengan cepat dia masuk dan menutup pintu itu. Ketika itulah, dia ternampak Haziq sedang menutup pintu sliding di ruang tamu.

Ketika dia masuk ke dalam bilik tidur, dia terdengar ketukan yang kuat di pintu utama.

“HAZIQ!!’’

Cepat dia menahan tangan Haziq yang ingin membuka pintu itu. Dia tahu itu siapa!

“Jangan bukak! Mana ada orang waktu macam ni….!’’ tajam mata Amat memandang Haziq.

Amat melepaskan pengangannya dan terus masuk ke bilik. Haziq mengekori langkahnya di belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience