Syima tersedar dari lena dan bangun. Leher di gosok perlahan. Sakit lehernya kerana tidur di atas sofa. Jam tangan di pandang. Pukul 7.15 malam. Uishh. Lama dia tertidur kat sofa ni. Syima membetulkan rambutnya yang sedikit kusut .
Haziq yang baru keluar dari bilik air menegur Syima.
“hai baru bangun’’
Syima memandang Haziq yang hanya bertuala melilit pinggang. Badan Haziq yang sedikit sado menggetarkan batinnya. Main gim kot mamat ni. Petikan jari Haziq di muka mengejutkan Syima.
“Termenung pulak. Kenapa? Terpikat erk tengok badan I’’ Haziq angkat tangan tayang muscle didepan Syima.
“Ee please la’’ Syima buat muka. dalam hati dia suka sebenarnya. Saja jual mahal.
‘’Bangun lah, magrib-magrib ni tidur tak baik tau’’ hidung Syima di cuit perlahan. Haziq terus masuk ke dalam bilik.
Pintu bilik ditutup. Haziq menegur Khairi yang masih duduk di atas katil sambil mengadap handphone. Rambut dikeringkan. Sejuknya.. nasib baik ada heater.
“Khai. Pergilah mandi. Kejap lagi kita boleh keluar balik’’
Tiada respond
‘’Hoi Khai!’’ masih tiada respon. Haziq mininggikan suara.
“HOI!!!’’
“Hoi!’’ melatah Khairi mendengar suara Haziq
“Kau apahal dow? aku macam cakap dengan tiang’’
“Err kau cakap apa?’’
“Aku cakap kau pergilah mandi. Kejap lagi mana tahu kalau semua dah fresh kita boleh keluar balik’’
“Oh. Ha ok’’ Khairi mencapai tuala. Dia masih termenung.
“Khai! Kau ok tak?’”
“Ok ok. Err ni Amat mana?’’
“Amat belum balik lagi kot. Entah. Aku tertidur kat luar dengan Syima tadi’’
“Ha? Kau tidur dengan Syima?’’
“Aha. Peluk-peluk dengan dia tadi. Korang semua dalam bilik. Aku ambik peluanglah’’
kening Khairi berkerut mendengarnya. Mata memandang Haziq. fikirannya bercampur aduk dengan kejadian tadi. Tak boleh fokus dengan apa yang Haziq cakap. Jadi blur!
Haziq yang sedar Khairi memandangnya lama terus ketawa. Mesti Khai dah fikir lain.
“Haha aku gurau jelah. Kau ni agak-agak lah. Aku masih teruna tau. Aku tidur kat depan tv. Syima tidur kat sofa. Aku baring-baring je terus lena’’
“Oh kau ni’’ itu saja jawapan Khairi. Dia terus keluar dari bilik.
Sambil menyarungkan pakaian di badan, Haziq capai telefon dan cuba call Amat. Tak berangkat. Mana lah si Amat ni pergi. Tak balik-balik lagi. Dia membebel sendiri.
Share this novel