BAB 18

Horror & Thriller Completed 3008

Sampai saja di depan pintu. Amat membiarkan mereka semua masuk ke dalam rumah dulu. Kemudian laju tangan menahan Haziq.

“Ziq. Pinjam kereta’’

“Kau nak pergi mana?’’ soal Haziq pelik.

“Beli barang jap’’ Amat tersengih menampak kan gigi.

“Barang apa kau ni? Maggi yang kau beli semalam, bersepah kat dapur tu tak makan-makan’’

“Aku nak jalan pusing-pusing sini je’’

‘’Kejap lagilah petang-petang kita keluar balik pergi sekali’’ langkah Haziq untuk masuk ke dalam terhenti setelah Amat menahannya lagi.

“Alar.. aku pergi kejap je’’

‘’Kau cakap dulu kau nak pergi mana?’’ Haziq mengangkat jari telunjuk pada Amat.

“Er.. aku nak cari hadiah’’

“Hadiah apa?’’

“Untuk Auni lah. Sebab tu aku tak nak bawak dia. Lagipun dia bagitahu aku tadi dia pening kepala. Biarlah dia rest. Boleh la aku cari hadiah buat hantaran kahwin nanti’’ Amat mencari alasan.

“Kalau macam tu aku teman kau lah’’ Haziq melangkah ke luar rumah. Amat menahannya lagi.

“Eh tak payah! Kau teman diorang kat rumah je. Aku gerak dulu’’ cepat tangannya merampas kunci kereta di tangan Haziq kemudian  berjalan laju menuju ke lif.

“Amat! Hoi Mat!’’

“Kejap je!!’’  laung Amat dari jauh sambil mengangkat tangan pada Haziq. Haziq geleng kepala dan masuk ke dalam rumah. Ah! lantak kau lah Mat.

“Amat pergi mana Ziq?’’ soal Khairi setelah melihat Haziq saja yang masuk ke dalam rumah.

“Dia keluar kejap pergi beli barang’’

“Barang apa? Tadi dia yang beria ajak balik. Mengantuklah, apa lah”

 “Entah. Biar lah dia. Dia kan kaki jalan’’ Haziq berbaring di atas karpet. remote tv di capai. Jari menekan untuk mencari cerita yang best di tv.

“Banyak betul maggi si Amat ni beli. Gais!. Nak makan maggi tak? Aku buatkan untuk korang’’ Khairi melaung dari dapur.

“Kitorang kenyang lagi lah..’’ Zetty dan Syima duduk di sofa. Auni sudah melangkah masuk ke dalam bilik tidur.

“Boleh jugak Khai. Buatkan untuk aku sekali. Sejuk-sejuk makan maggi baru ngam’’ Haziq menjawab.

Aku rasa nak tidur kejap lah’’ Zetty menguap. Dia mahu claim semula tidur yang tak cukup semalam. Segera dia bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik.

Syima berbaring di atas sofa. Kejap-kejap matanya memandang Haziq sambil tersenyum. Begitu juga Haziq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience