“Gais. Kita stop kat Gohtong Jaya jap eh. Aku rasa nak shopping kat situ la’’ Zetty memandang mereka semua di dalam kereta. Haziq yang duduk di sebelah memandu memandang jam di tangan.
“Ok boleh lah. Tapi jangan lama sangat. Nanti nak cari hotel kat atas lagi. Nak main game macam-macam lagi. Aku tak sabar nak main roller coster ni’’ Khairi rasa teruja dan bersemangat. Haziq disebelah tergelak memandang Khairi yang terlebih excited itu.
Khairi memberhentikan kereta di tempat parking. Mereka semua turun dari kereta. Macam-macam di shoppingnya si Zetty dan Syima. Kecuali Amat dengan tunangnya. Entah hilang ke mana mereka pun tak tahu.
Mereka berpusing-pusing di dalam Farm Strawberry di situ.
Haziq memandang Syima yang berdiri beberapa meter di sebelah Zetty. Syima sedang menggosok lengannya sendiri. Sejuk mungkin. Dia menghampiri gadis itu.
“Kenapa? Sejuk?’’ Syima memandang Haziq sambil tersenyum.
“Aha. Sweater tertinggal kat dalam kereta. Malas pulak nak pergi ambik’’ semakin sejuk pula dia rasa. pakai lengan panjang pun still sejuk. Haziq cepat menanggalkan sweaternya.
“Nah. Pakai ni’’
“Eh tak yah lah. I ok je ni’’ Syima tersenyum memandang Haziq. Rasa segan dia dengan lelaki itu.
“Pakai. Ni sejuk ni. Kang tak sempat sampai atas dah demam pulak. Nanti orang main game kat atas tu you terperap dalam hotel’’ Haziq mengangkat kening sambil menghulur sweaternya.
Zetty yang perasan Syima tiada di sebelahnya segera berpaling. Dia terpandang mereka. Dengan pantas tangan mencuit bahu Khairi.
“Khai! Khai..! Tengok tu. Si Haziq tu nak ayat Syimalah tu’’ Khairi turut memandang.
“Eh biarlah. Kalau kau nak tahu. Haziq tu dari dulu syok kat kawan kau tu’’
“Ye ke.. mana kau tahu?’’ Zetty mengerut kening memandang Khairi.
‘’Dia ada bagitahu aku dulu. Ingat tak waktu kita buat BBQ kat pD tahun lepas. Dia macam nak try kawan kau. Tapi waktu tu kawan kau tu sengih-sengih je. Cakap pun tak. Kali ni cakap lah jugak aku dengar’’
“Syima tu memang pemalu sikit. Waktu tu dia dah ada boyfriend. Takkan dia nak layan laki lain pulak’’
“So sekarang dia single lah kan?’’
“Aha. Boyfriend dia curang. Apa lagi. Aku suruh Syima angkat kakilah. Buat apa dia nak terus stay dengan jantan curang macam tu’’ puas Zetty bercerita.
Teringat beberapa bulan lalu. Syima menangis teresak-esak kerana kekasihnya curang. Dah banyak peluang Syima bagi pada kekasihnya. Tapi tetap juga tak berubah. Daripada dia selalu tengok kawan baiknya makan hati lebih baik dia hasut je si Syima angkat kaki dari terus setia dengan lelaki curang macam tu. Padan muka!
“Ada chance lah si Haziq tu. Nanti aku bagitau dia suruh ayat cepat sikit’’ Khairi ingin pergi ke arah mereka.
“Eh Khai! Kau nak nak pergi mana?’’ Langkah Khairi terhenti setelah Zetty menarik belakang bajunya.
‘’Aku nak pergi kat dioranglah’’
‘’Eh tak payah. Biar je la diorang tu. Kau sendiri cakap Haziq crush kat Syima kan. So biarlah. Kasi diorang peluang bersembang’’ kedua mereka tersenyum lalu pergi meninggalkan Haziq dan Syima yang sedang leka berbual di Farm Strawberry itu.
Setelah satu jam lebih shopping di kawasan itu mereka kembali berkumpul di kereta. Amat dari jauh bersama Auni berlari mendekati mereka yang sedang menunggu.
“Kau pergi mana Mat? Kitorang shopping sini kau menghilang. Kau beromen ke apa’’ Khairi ketawa dengan usikannya.
“Haha hotak kau. Aku pergi pusing-pusinglah dengann Auni. Korang beli apa je?’’
“Beli strawberry je la. Boleh kunyah-kunyah kat hotel kalau lapar ke’’ Jawab Zetty yang sedang menyimpan barang di bonet kereta.
‘’Kunci Khai? Aku drive pulak’’ Khairi mencampak kunci kereta pada Haziq. Giliran Khairi pula berehat disebelah.
Mereka semua masuk ke dalam kereta. Berhati-hati Haziq memandu kerana semakin tinggi mereka naik semakin menebal kabus di jalan raya.
Share this novel