BAB 37

Horror & Thriller Completed 3008

BEBERAPA JAM SEBELUM KEJADIAN…

Sampai saja di depan pintu. Amat membiarkan mereka semua masuk ke dalam rumah dulu. Kemudian laju tangan menahan Haziq.

“Ziq. Pinjam kereta’’

“Kau nak pergi mana?’’ soal Haziq pelik.

“Beli barang jap’’ Amat tersengih menampak kan gigi.

“Barang apa kau ni? Maggi yang kau beli semalam, bersepah kat dapur tu tak makan-makan’’

“Aku nak jalan pusing-pusing sini je’’

‘’Kejap lagilah petang-petang kita keluar balik pergi sekali’’ langkah Haziq untuk masuk ke dalam terhenti setelah Amat menahannya lagi.

“Alar.. aku pergi kejap je’’

‘’Kau cakap dulu kau nak pergi mana?’’ Haziq mengangkat jari telunjuk pada Amat. Ligat otak Amat berfikir untuk mencari alasan.

“Er.. aku nak cari hadiah’’

“Hadiah apa?’’

“Untuk Auni lah. Sebab tu aku tak nak bawak dia. Lagipun dia bagitahu aku tadi dia pening kepala. Biarlah dia rest. Boleh la aku cari hadiah buat hantaran kahwin nanti’’ laju idea itu keluar. Berharap kawannya itu percaya.

“Kalau macam tu aku teman kau lah’’ Haziq melangkah ke luar rumah. Amat menahannya lagi.

“Eh tak payah! Kau teman diorang kat rumah je. Aku gerak dulu’’ cepat tangannya merampas kunci kereta di tangan Haziq kemudian  berjalan laju menuju ke lif.

“Amat! Hoi Mat!’’ Haziq memanggil.

“Kejap je!!’’ dia mengangkat tangan pada Haziq. Cepat kakinya berjalan menuju ke lif.

Amat pergi lagi ke tangga itu. Mantra di baca lagi dan menuang darah ayam itu ke atas keminyan. Sampai saja di meja casino, dia cuba melabur sebanyak mungkin. Dengan pulangan yang beribu membuatkan dia terlupa tentang kawan-kawannya di Amber Court. Dia terleka dengan nafsu di meja perjudian.

Jam tangan di pandang. Pukul 9.10 malam.

“Alamak! Dah lewat ni. Entah-entah diorang dah tidur’’ aduh! Cepat dia keluar dari casino dan pergi ke kereta.

Beg plastik hitam kecil di pegang. Dia mahu simpan semula ke dalam beg sandang. Tangan membuka dashboard mencari handphone. Sengaja dia tinggalkan handphone nya di dalam kereta. Skrin di buka. 240 missed calls.

“Mak aih! Banyaknya missed calls’’ nama Auni dan kawan-kawannya terpapar dalam call logs.

Telefon berbunyi mengejutkannya.  Nama Ali tertera di skrin. Bibir tersenyum.

Sambil memandu dia berbual dengan Ali di telefon. Begitu semangat dia bercerita pada Ali tentang kemenangan di meja perjudiannya dua malam berturut-turut. Tiba-tiba talian terputus dengan sendiri. Skrin di pandang.

“Line tak ada la pulak!’’ telefon di campak ke kerusi sebelah.

Mata fokus dengan pemanduannya. Kabus yang tebal agak mengganggu pemanduannya malam itu. Bulu roma yang meremang dengan tiba-tiba dia abaikan saja. Dia tahu makhluk itu mesti ada di sekelilingnya.

“Ah lantak kau lah! Aku dah kasi darah ayam kau nak apa lagi!” Amat membebel. Malas dia nak layan.

Sampai saja di tempat parking dia terus berlari naik ke lif. Dia terlupa tentang plastik hitam kecil yang sepatutnya dia simpan tadi.

Malam itulah semuanya TERJADI!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience