BAB 13

Horror & Thriller Completed 3008

Terperanjat mereka dengar suara Amat  begitu. Khairi membaling bantal kecil pada Amat. Amat ketawa terbahak-bahak melihat reaksi mereka.

“Betul-betullah Mat!’’ Zetty bersuara. Orang dah excited dengar dia bergurau pulak!

“Haha. Tak de lah. Aku gurau je. Bukan darah lah. Kan sini sejuk. Jadi dinding-dinding tepi yang kotor tu kene sejuk dia jadi berkulat lah. Sebab tu korang tengok luar macam berhantu. Tapi dalam ok la jugak kan’’

“Ok ape. Tadi I bukak almari pun berhabuk’’ Auni pula menyampuk.

“Itu tak tahu la.. mungkin diorang terlepas pandang nak cuci kat situ’’ Amat sambung lagi.

“Kat sini, pernah orang dengar bunyi mengilai.. ada yang dengar bunyi baby menangis malam-malam. Kekadang bunyi baby nangis tu sebelah katil kita. Kadang-kadang dalam bilik air pun dengar.. ada jugak yang dengar bunyi orang berlari kat koridor depan tu. Lepas tu main ketuk-ketuk pintu. Tapi bila bukak pintu tak ada orang pun” Amat memandang mereka. Begitu fokus mendengar. Dia sambung lagi.

“Lagi satu, ada orang yang pernah check in sini, dia baru balik dari mana tah dengan kawan-kawan dia. Diorang masuk rumah lepas tu kasut tak sempat nak susun kat luar. Bersepah lah kiranya. Then, esok pagi diorang nak keluar tu diorang tengok kasut diorang semua tersusun elok.

Yang pelik nya, kasut diorang tersusun secara bertukar pasangan. Contohnya, sebelah kasut aku kat kasut Khai.. kasut Khai pulak sebelah dia kat kasut Haziq. Haa gitu…’’

“Uish pelik erkk’’ Syima menggosok lengan. Tiba-tiba dia rasa meremang dengar cerita Amat. Mungkin sejuk kot.

“Kan…’’ Amat Sambung lagi.

“Kat sini, banyak tragedi tau’’

“Tragedi apa? Tragedi oktober?’’  Haziq ketawa sinis dengan soalannya.

“Tragedi berdarah. Banyak orang bunuh diri kat sini’’

‘’Sebab??’’

“Sebab kalah judi kat casino tu la. Dah kalah and tak mampu nak bayar, lepastu stress hutang keliling pinggang. dia pergi bunuh diri lah.. Tu.!  dia terjun dari balkoni tu ke bawah’’ Amat mengangkat jari telunjuk menunjuk ke arah balkoni. Semua memandang ke arah itu. Amat sambung lagi.

‘’Kalau korang nak tahu, kat sini ada satu bilik rahsia tau. Bilik tu… sentiasa berpalang’’

“Berpalang? sebab apa?’’ Zetty memandang Amat.

“Dengar cerita, bilik tu diorang simpan jin atau saka untuk orang berjudi kat sini. Kiranya dah mintak kat jin tu diorang rasa ada ong lah kot’’

‘’Tapi comfirm ke ada ong lepas mintak kat hantu-hantu tu?’’ Khairi tergelak. Ada lagi ke zaman sekarang berjudi pakai hantu?.

“Kalau nasib baik ada onglah. Kalau nasib tak baik tu yang ada bunuh diri terjun kat situ tu. Mungkin stress atau pun jin tu tuntut nyawa orang tu sebagai cagaran. Gitulah kot aku dengar’’ kata Amat.

“Tingkat berapa bilik tu Mat?’’ Soal Haziq.

“Itu aku tak pasti. Yang aku dengar kat tingkat 17. Atas kita je.’’ Amat mengangkat jari telunjuk ke atas.

‘’Jom lah kita gi cari’’ Haziq ketawa. Khairi yang duduk disebelah Haziq menolak perlahan bahu kawannya.

‘’Hoi! Hang gila ka apa nak pi cari??’’ keluar sudah loghat kedah Khairi. Jangan nak buat pasai nah!

“Saja, aku nak tengok jugak bilik tu macam mana?’’

“Jom ah!’’ semangat Amat mengajak Haziq. Dia memang suka bab-bab macam ni.

“Eh korang jangan nak macam-macam kat sini eh. Kita datang sini nak enjoy tau. Bukan nak buat paranormal activity..!’’ kata Zetty.

“Chill la. Aku saja je sakat si Khai ni’’ Haziq tergelak tengok muka takut Khairi itu.

“Dah la. Aku dah mengantuk dengar cerita Amat ni. Aku nak ambik angin malam jap’’ Zetty bangun dan berjalan ke sliding door. Pintu dibuka. Angin malam yang begitu kuat masuk ke dalam rumah.

“Perhh!. Sejuk gile korang..’’ Zetty mengetatkan sweater di badan. Syima turut  berdiri di balkoni. Kening Syima berkerut kerana perasan sesuatu.

“Eh, Zetty. Cuba kau tengok balkoni sebelah tu. Tak silap aku tu bilik yang bising tadi kan?’’

“Aha la. Tapi asal macam gelap je eh’’

“Mungkin diorang dah tidur kot’’

“yela kot’’ mereka berbual di balkoni.

Khairi bangun menuju ke dapur. Auni sudah masuk ke dalam bilik tidur. Amat memandang Haziq yang sedang berbaring di atas Sofa.

“Ziq. Aku nak pinjam kereta kau jap’’

“Kau nak pergi mana malam-malam macam ni?’’ soal Haziq tanpa memandang Amat. Khusyuk mengadap skrin telefon.

“Kejap je. Aku nak keluar pusing-pusing jap. Mana tahu jumpa hantu’’

“Uish. Berani betul kau Mat? Aku ingat kau main-main’’ Khairi yang siap bancuh air milo 3 in 1 duduk di meja makan bersuara. Kalau malam-malam tak minum air milo memang dia tak boleh tidur.

“Haha tak ada lah. Aku nak keluar beli air jap. Beli maggi ke apa? Korang nak kirim apa-apa tak?’’

‘’Asal kau tak beli terus tadi?’’

“Aku lupa la. Ni baru teringat Mana tahu korang nak makan maggi ke biskut ke apa malam-malam’’

Haziq memandang jam di tangan. Pukul 11.40 malam.

“Kalau macam tu aku teman kau’’ dia bangun dari sofa.

“Eh tak payah. Korang mesti penat kan. So korang rest je’’ Amat sudah berdiri dan menyarungkan sweater tebal warna kuning di badan.

“Serius ni? Aku tak ada hal nak teman kau’’ Haziq memandang Amat.

“Betul..!’’  Amat mengambil Kunci kereta yang tersangkut di dinding dan terus melangkah keluar dari rumah itu.

“Amat nak pergi mana?’’ Zetty dan Syima sudah masuk ke dalam rumah.

“Entah. Kata nak beli maggi’’ Haziq menguap dan terus masuk ke dalam bilik

“Lah kenapa tak singgah kedai mana-mana tadi. Ni dah malam gini berani pulak dia keluar’’ Zetty memandang Khairi yang sedang menyuci cawan.

“Kau bukan tak tahu Amat tu. Berani terlajak’’ Kemudian mereka masuk ke bilik masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience