BAB 32

Horror & Thriller Completed 3008

Haziq memandang Syima yang sedang di rukiahkan oleh Ustaz Rahman. Menjerit jerit Syima kesakitan. Semua anak didik ustaz itu memegang kuat tangan gadis itu.

Zetty yang duduk disebelah Khairi menangis takut. Khairi menenang kan Zetty.

Haziq perasan Amat tiada di dalam rumah itu. Dia segera berjalan keluar. Amat sedang duduk di pintu kereta menemani mayat Auni yang tertutup dengan kain batik sambil menangis.

Haziq buka dashboard kereta dan mengambil sesuatu lalu mencampaknya ke atas riba Amat.

“Amende ni Mat??’’

Amat terperanjat. Mata hanya memandang kosong beg plastik hitam itu. Haziq rasa bengang bila Amat tidak menjawab soalanya.

“Aku tanya kau! Apa benda tu?! Kau pekak ke apa!’’

“Aku tak tahu…!.’’ laju Amat geleng kepala.

“Jadah apa tak tahu tu barang kau!’’

Amat menunduk dan menggenggam rambutnya sendiri. Otaknya sudah blur. Bukan masanya untuk explain pasal benda tu. Dia rimas! Haziq terus menengking.

“Jawab soalan aku lah sial!. Kau buat apa dengan colok bagai tu??!’’

Khairi yang mendengar suara Haziq di luar  terus bangun dan keluar pergi ke arah mereka.

“Kenapa ni Ziq??’’

Haziq rampas beg plastik kecil itu dari tangan Amat dan menyerahkannya pada Khairi.

“Kau tengok lah sendiri!’’

Khairi membelek isi dalam beg plastik itu. Ada beberapa batang colok, keminyan hitam,  satu bekas kecil cecair merah, dan satu kertas yang tidak difahami tulisannya. Berkerut kening Khairi.

“Apa benda ni??’’

“Kau tanyalah si Amat ni!’’ Haziq mencekak pinggang.

“Mat! Kau buat apa dengan benda alah ni??” Khairi memandang Amat.

“Jawab Amat!’’

“Aku… Aku tak buat apa pun…’’ Amat tergagap. Haziq masih tak puas hati.

“Kau cakap apa ni?? Tak buat apa, apa maksud kau??’’

Salah seorang anak didik Ustaz Rahman yang di kenali sebagai Zul mendekati mereka.

“Kenapa ni?’’ Khairi menghulurkan plastik kecil itu pada Zul. Dia membelek barang-barang dan membaca tulisan itu. Berkerut keningnya.

“Ini mantera dalam bahasa jawa barat sumatra ni. Maksud dia.

DENGAN MAKANAN MU YANG TERHIDANG, MUNCULLAH KAU SAAT AKU MEMANGGIL..

AKU MAHU PERTOLONGAN MU. SEKIRANYA PERMOHONAN KU DI MAKBULKAN, AKU JANJI MEMBERIKAN DARAH MEREKA DI SEKELILINGKU.

KU TURUTI JANJI SAAT PERMINTAAN KU DI MAKBULKAN’’

Tercengang mulut Amat mendengarnya. Sungguh dia tak tahu maksud sebenar mantra itu. Apakah perbuatannya ada kaitan dengan kejadian ini! Dia menangis. Takut!

“Untuk apa mantra ni bang?’’ Khairi terus bertanya.

“Tak silap mantra ni panggil roh orang mati. Untuk mintak sesuatu. Kalau roh tu tunaikan permintaan tu, dia tuntut janji. Harus korbankan orang disekeliling’’ terang Zul. Segera dia masuk ke dalam untuk merujuk pada Ustaz Rahman.

Astagfirullahalazim. Istighfar Khairi dan Haziq dalam hati. Laju tangan Haziq menggenggam leher baju Amat. Lelaki itu menggigil ketakutan.

“Kau cakap dengan aku apa yang kau buat sebenarnya??! Cakap Mat!’’

“Aku mintak maaf… aku tak tahu….!’’ Teresak-esak Amat menangis.

“Kau mintak nombor kat hantu ke apa?? Kat mana kau buat? Kat mana??!!’’

“Amber Court! Amber Court…..!’’ laju Amat berkata. Terkejut kerana Haziq menengkingnya di depan muka.

Haziq geleng kepala. Memang dia tahu perangai Amat suka main nombor ekor dengan si Ali tu. Tapi tak sangka tindakan Amat sampai tahap itu. Menduakan Allah.

“Kau ni memang sial la! Kau gadaikan nyawa kitorang sebab nak main benda bodoh tu!!!!’’ kasar Haziq melepaskan genggaman di baju Amat membuatkan lelaki itu jatuh terduduk di atas tanah.

“Aku mintak maaf Ziq….. aku tak tahu……’’ Amat menangis dan merayu. Mata memandang mayat Auni didalam kereta. Adakah perbuatannya itu ada kaitan dengan kematian Auni. Sungguh dia menyesal. Menyesal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience