BAB 3

Horror & Thriller Completed 3008

SABTU 8.15 AM

“Thank you taukei’’ selepas membuat pembayaran Amat keluar dari kedai tabib itu. Ubat pening dan minyak cap kapak yang dipesan Auni tadi dia simpan di dalam poket seluar. Bukan dia tak kenal tunangnya itu. Mudah mabuk kalau naik jalan berbukit.

Mata memandang lama barang yang dibelinya. Kemudian memandang jam di tangan. Alamak! sudah pukul 8 lebih. Dah lambat ni.

Segera dia melangkah masuk ke dalam kereta untuk menjemput tunangnya.

Zetty menurunkan luggage dari kereta. Begitu juga Syima yang mengekori langkah kawannya.

“Dah siap belum? Aku park kat rumah kau je la erk’’ Zetty memandang Haziq. 

“Ok. Aku Lupa nak bagitahu kau semalam park sini je. isnin kita dah gerak balik. Kita tunggu Amat jap. Dia pergi ambil tunang dia’’ Haziq membantu mereka menyusun barang di bonet kereta. Tersenyum macam kerang busuk bila mata memandang Syima.

“Hi Syima. Sihat?’’

“Hi Ziq. Sihat je’’ ramah Syima membalas.

“Kalau kau nak tahu Syima, Haziq ni paling excited bila aku cakap nak ajak kau tau’’

“Eh bukan aku eh. Khai lah. Dia yang mention dulu suruh ajak Syima’’ cepat Haziq berkata. Malu rasanya bila Syima tahu perasaannya ketika itu.

Memang sudah lama dia menyimpan rasa pada kawan si Zetty tu. Ada beberapa kali juga Syima join trip bersama mereka, tapi waktu itu gadis tu sudah berpunya. Punah harapannya untuk masuk jarum. Walaupun ada peluang untuk memikat tapi bukan taste dia untuk ambil hak orang lain.

 Lepas saja Zetty bagitahu yang Syima sudah kembali solo, berbunga hatinya. Mana tahu short vocation kali ni dia ada peluang meluahkan perasaan.

Dalam beberapa minit menunggu sebuah kereta honda civic tiba di hadapan mereka. Amat menurunkan beg dari kereta dan memasukkan ke dalam bonet kereta proton exora Haziq.

“Kau asal lambat? Nak gerak lepas subuh sekarang dah nak dekat pukul 9 dah’’ Khairi menunjuk jam tangannya pada Amat. Amat tersengih memandangnya.

“Sorrylah bro. kita kan melayu. Melayu kalau janji memang macam ni. Lagi pun Genting dengan Bangi bukan jauh sangat pun. Ni tunang aku. Auni’’ gadis  itu tersenyum memandang mereka berlima. Haziq memang sudah kenal tunang Amat. Hanya mereka berempat saja yang baru jumpa Auni.

“So, memandangkan kita cukup 6 korum. Aku nak bagitau kita holiday ni macam family. So, jangan segan-seganlah kalau nak sembang atau ajak pergi makan ke apa. Auni first time join kita. So, Auni you jangan kekok lah nak berbual dengan kitorang ’’ Haziq memandang mereka semua. Bagi mereka tiada masalah kerana masing-masing pernah menyertai short vocation mereka dulu.

“Kalau macam tu jom ah gerak. Aku drive dulu. Nanti kau pulak’’ Khairi meminta kunci dari Haziq. Mereka semua masuk ke dalam kereta dan bergerak dari kawasan perumahan rumah sewa Haziq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience