Bab 15

Romance Completed 6905

Bab 15

Tiket di tangan diperhati sekali lagi. Masih ada setengah jam sebelum masuk ke balai berlepas. Sengaja dia tidak membenarkan sesiapa pun menghantarnya. Puas juga dia memujuk Hajjah Noriah tadi.

Dia tersenyum sendiri teringatkan Hisyam yang terkulat-kulat dimarah kerana Hajah Noriah menyangka anak bongsu itu yang mengerah Irfan ke Dubai kerana tidak mahu dia menjadi penghalang dalam misi memujuk Khalida kembali ke pangkuannya.

Selepas diterangkan Hisyam sudah pun meminta orang lain mewakili syarikat mereka tetapi dia yang menawarkan diri, barulah marah Hajjah Noriah sedikit surut. Dan tadi, neneknya sekali lagi berendam airmata kerana menyangka perginya membawa hati.

Irfan tidak menafikan sedikit sebanyak pemergiannya ke Dubai kerana terkilan dengan takdir yang tertulis untuknya. Biarpun Nur tidak pernah berterus-terang siapa yang menjadi pilihan, wajah ceria Pak Sunya sudah cukup untuk dia menelah siapa yang kecundang. Dia!

Pengumuman meminta penumpang pesawat MAS ke Dubai masuk ke balai berlepas menyapa pendengaran. Perlahan-lahan dia bangun. Membetulkan baju T yang sedikit berkedut. Beg sandang diangkat dan disangkut ke bahu.

“Irfan.” Langkahnya terhenti mendengar suara itu. Pantas dia berpaling.

Khalida tercegat di belakang. Tidak jauh daripada situ, Hisyam tegak memerhati.

“I have decided. Untuk menjadi Mak Su awak…” Irfan mengangkat tangan meminta Khalida berhenti. Cukuplah hati dia terluka. Dia tidak mahu ia terus berdarah. Susah untuk dia rawat nanti.

“…awak kena dengar.” Khalida terus menyambung kata-kata.

“Untuk menjadi Mak Su awak, saya rasa saya terlalu muda. Saya rasa lebih sesuai untuk anak saudara Hisyam. Itupun jika masih ada ruang untuk saya dalam hatinya.”

Irfan diam. Bebola kristal sudah deras menuruni pipi licin itu.

“Saya tak terlambatkan? Please, tolong katakan saya tak terlambat.” Tersekat-sekat Khalida menuturkan kata.

Pandangan tanpa perasaan Irfan cukup mendera hati perempuannya.

Panggilan terakhir masuk ke balai berlepas sekali lagi kedengaran. Khalida berpaling. Tidak sanggup melihat Irfan melangkah pergi membawa hatinya sekali.

“Awak tak pernah terlambat, Nur. Tak akan pernah terlambat.” Khalida kaku. Tidak dapat berpaling. Sedar-sedar Irfan sudah berdiri di depannya. Perlahan dia mengangkat kepala.

“Saya cuma tiga bulan di Dubai. Saya balik, kita nikah. Sebagai hukuman mendera hati saya sampai begini, preparation untuk majlis kita, awak settlekan.
Everything from A to Z. Saya cuma akan balik bawa diri dan hati awak yang akan saya pegang sampai mati.” Khalida mengangguk pantas.

“Jangan buat macam ni lagi. Kalau tak, saya akan bawa awak kahwin lari di Siam. Kami berkongsi darah yang sama, remember? Sedikit sebanyak pe’el tak elok Pak Su saya warisi.” Khalida tergelak

“Like uncle like nephew.” Dia sempat merungut.
Irfan melangkah ke arah Hisyam. Tubuh bapa saudara itu dipeluk erat.

“One thing you need to remember, young man. You are like a son to me and I love you, no matter what. Irfan satu-satunya kenangan arwah kakak sulung Pak Su. Irfan kena ingat, apa pun Pak Su sayang Irfan.” Irfan menahan airmata. Pelukan direnggangkan.

Hisyam menepuk-nepuk perlahan pipi anak saudaranya. Sungguh pun hati bagai dicarik-carik dengan keputusan Khalida, itu natijah kesilapan yang perlu dia terima.

Sekurang-kurangnya dia kenal pengganti dirinya dan tahu Irfan mampu membahagiakan bekas isterinya itu.
Irfan kembali menapak ke arah Khalida. Merenung lembut wajah yang masih sembap dengan airmata.

“Jaga diri awak dan my beloved boys. Saya tinggalkan hati saya di sini, dengan awak. Please take care of my heart.” Airmata kembali menitis.
Bersama kenyitan mata, Irfan melangkah menuju ke balai berlepas. Khalida memegang dada. Debaran dirasakan kuat memukul hati.
Seketika dia tersenyum. Awak betul, Irfan. Cinta kedua tetap hebat ada getarnya!

Dan aku, maafkan aku jika sering menguji dan membuang waktu mu dalam mendapatkan hatiku, kerana sesungguhnya aku hanya seorang wanita yang tidak lepas dari dilemma dalam membuat pilihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience