Bab 2

Romance Completed 6905

BAB 2

“Apa?” Khalida bersuara apabila menyedari Adlina merenungnya sejak tadi. Komputer riba dimatikan. Khalida mengalih duduk mengadap teman serumah yang banyak menyimpan rahsia dukanya.

Tangan dihulur menyambut mug yang disua Adlina. Dihirup sedikit teh o yang masih berasap nipis.

“Thanks.” Adlina sekadar mengangguk membalas ucapan Khalida. Suasana sepi seketika. Wajah teman direnung dengan kening sedikit terangkat. Isyarat tanya apa yang sebenarnya ingin diluahkan teman itu.

“Dah hampir sebulan, Kay.” Ringkas Adlina bersuara.

“Apa yang dah hampir sebulan?”

“Dah hampir sebulan kau bercerai dengan Hisyam dan aku masih menanti bila kau nak jadi histeria. Menangis dan memaki hamun Datuk tak guna tu.” Kata-kata Adlina disambut ketawa Khalida. Pantas dia meletakkan mug yang masih berisi di atas meja. Bimbang juga tertumpah.

Adlina yang duduk di birai katil menarik muka. Sungguh tidak gemar dengan perangai Khalida yang satu itu. Suka mengambil ringan perkara serius. Inilah bahananya. Diceraikan suami cuma lapan bulan selepas kahwin. Kahwin rahsia pula tu.

“Kay. Stop laughing. Be serious.”

“Sorry dear. Aku just tak boleh tahan.” Khalida menjawab dengan ketawa yang masih bersisa.

“Apa sebenarnya maksud kau, Lin?”

“Kau act abnormal. Itu yang merisaukan aku. Aku faham kalau kau bersedih, menangis dan memaki hamun Hisyam. Tapi kau relaks, ketawa, gembira macam tak ada apa-apa. Jangan simpan seorang, Kay. Aku ada.”

Khalida sedikit tersenyum. Bukan aku tak terluka, Lin. Bukan aku tak kecewa.

“Aku dah puas menangis, Lin. Aku bukan patung yang tak ada perasaan. Aku manusia, Lin. Perempuan pulak tu. Memang aku kecewa, memang aku terluka tapi sampai
bila aku nak menangisi apa yang dah ditentukan Allah. Sampai bila aku nak melayan rasa kecewa?

“Aku berpendidikan. Aku masih ada iman. Aku masih ada akal untuk mengawal nafsu aku yang sembilan. Dan aku ada kau yang sentiasa menyokong aku. And be honest. Kau rasa berbaloi ke aku buang airmata untuk Hisyam?”

Giliran Adlina pula tersenyum walaupun mata sudah berkaca. Tubuh Khalida diraih dalam pelukan. Kali ini bahu Khalida pula menadah airmatanya.

“Aku sentiasa ada untuk kau, Kay. Always.” Katanya sambil meleraikan pelukan. Airmata disapu pantas. Pipi Khalida dipegang erat dengan kedua-dua belah tangan.

“Macam mana kau boleh jatuh cinta dengan Datuk tu?”

“Aku sendiri tak ada jawapan untuk soalan itu. Dengan beza usia 15 tahun, aku sendiri tak faham mengapa dia yang jadi pilihan.”

“Mengapa kau keluar daripada rumah tu sehelai sepinggang. Kau ada hak, Kay. Kau berhak dapat nafkah mutaah, nafkah edah, harta sepencarian.”

“Memang Hisyam nak bagi semua tu tapi aku yang tak mahu. Aku kahwin dengan dia bukan sebab nakkan harta dia. Mungkin orang akan kata aku bodoh lepaskan semua tu tapi biarlah. Sekurang-kurangnya tak ada mulut yang mengata apa yang aku ada sebab aku ni bekas isteri Datuk.”

“Kau nekad letak jawatan?” Khalida pantas mengangguk.

“Peluang further study ni susah aku nak lepaskan. Aku nak pergi dari sini. Nak mulakan hidup baru. Ini mungkin peluangnya.”

“Pergilah, Kay. Doa aku sentiasa untuk kau. Kita pun baru 25. Perjalanan masih jauh. Mudah-mudahan kau temui cinta baru kat negara Kanggaru tu.” Khalida membeliakkan mata mendengar canda Adlina.

“Banyaklah kau punya cinta baru. Aku ni edah pun belum lepas.”

“Aku maksudkan lepas edahlah.” Khalida melepaskan keluhan perlahan.

“Entah ada, entah tidak cinta baru untuk aku Lin.”

“Percaya cakap aku, Kay. Akan ada seseorang yang boleh buat kau lupakan Hisyam. Aku akan doakan kau jumpa seseorang itu.” Adlina berkata penuh yakin sambil menampar lembut paha Khalida yang tersenyum nipis. Terharu dengan keyakinan si teman.

“Aku keluar dulu.” Khalida sekadar menghantar Adlina dengan pandangan mata.

“Terima kasih kerana selalu ada untuk aku Lin.” Katanya perlahan melawan sebak yang tiba-tiba bertandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience