Bab 5

Romance Completed 6905

Bab 5

Irfan masih terkebil-kebil memandang siling biarpun jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam. Ada sesuatu yang menganggu tenangnya malam ini. Ada sesuatu yang meragut damainya. Ada sesuatu yang hadir membawa resah ke tasik hati.

‘Tidurlah mata. Esok ada meeting. Pak Su expects the best from me,’ pujuk Irfan kepada diri sendiri. Tetapi hatinya terus berdegup.
Degupan yang seakan tidak mahu hilang saat dia terpandang seraut wajah comot dengan calitan tepung di sana sini yang membuka pintu ketika menghantar pesanan neneknya yang menempah 200 kek cawan kepada Nur petang tadi.

Irfan tersenyum sendiri mengenang pertemuan pertama itu. Macam adegan filem Bobby bila Rishi Kapoor bertemu empat mata dengan Dimple Kapadia buat kali pertama.

Saat matanya menyapa seraut wajah ayu itu, masa seakan terhenti sebentar. Dia kaku. Benar, dia pernah bertemu dengan ramai wanita yang jauh lebih jelita daripada Nur tetapi tidak pernah reaksinya seperti itu.

Imej wanita berbaju Kedah dan berkain batik dengan tudung senget benget, pipi dan dahi yang tercalit tepung melekat kukuh di minda. Cuba dibuang jauh-jauh
imej itu tetapi ia tetap datang sehingga mengacau bilaukan perasaan dan hatinya yang selama ini aman damai.

Selama ini dia endah tak endah setiap kali Hajjah Noriah bercerita mengenai Nur, janda anak dua yang gigih menguruskan perniagaan kecil miliknya. Telinganya sudah tepu dengan puji-pujian kepada Nur. Nur cantiklah, Nur baiklah, Nur rajin, Nur itu, Nur ini. Bukan dia tidak tahu apa tujuan semua itu diperdengarkan kepadanya. Cuma Hajjah Noriah tidak pernah berterus-terang dan dia pula buat-buat tidak faham. Tetapi apabila Kamal masuk campur, Irfan terpaksa bersetuju untuk berkenalan dengan wanita yang berada di tangga teratas carta calon cucu menantu pilihan Hajjah Noriah.

Pun begitu sengaja dia memberi pelbagai alasan setiap kali Hajjah Noriah membangkitkan soal Nur. Tetapi apabila bertentang mata dengan Nur petang tadi, entah mengapa dia rasa menyesal tidak mengikut saja kehendak si nenek sejak dulu.

Irfan tidak tahu rasa apa yang memenuhi hatinya ketika ini tetapi yang nyata dia senang dengan rasa itu. Dia tidak mahu kehilangan rasa itu. Oleh itu, Nur perlu ditambat kerana wanita itulah punca dia disimbah rasa itu yang membuatkan hatinya bagai disiram seribu bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience