Bab 11

Romance Completed 6905

Bab 11

Adlina terdiam. Patah perkataan yang keluar daripada mulut Khalida cuba dicerna sebaik mungkin. Kalau dia sukar mahu mempercayai kenyataan yang terbentang di depan mata, apatah lagi Khalida yang kena menanggungnya.

Wajah sendu Khalida ditatap dengan segunung simpati. Dia sendiri tertanya-tanya mengapa begini takdir rakan yang satu itu. Asyik berlingkar dengan orang yang sama.

“Kay.” Khalida mengangkat kepala mendengar panggilan Adlina.

“Apa kau nak buat sekarang?”

“Aku nak lari jauh-jauh. Ke tempat orang yang tak kenal aku.” Adlina terdiam. Tahu Khalida tidak bersungguh dengan kata-katanya. Sekadar mahu meluahkan resah hati.

“Kau dengan Irfan?” Khalida mengeluh.

“Aku dah akhiri semuanya antara aku dan dia. Cincin pun aku nak bagi balik.”

“Tak baik kau buat macam tu , Kay. Kau hukum dia atas kesalahan orang lain.”

“Habis, apa aku nak buat Lin? Kahwin dengan Irfan dan bersaudara dengan dia sampai bila-bila? Cuba kau letakkan diri kau kat tempat aku, Lin. Apa yang kau nak buat?”

Adlina terdiam. Tidak tahu jawapan yang bagaimana perlu diberi.

“Berterus-terang dengan Irfan?”

Khalida pantas menggeleng.

“Atau kau nak balik pada Hisyam?”

Khalida diam tidak menjawab.

“Aku rasa kau kena berterus-terang dengan Irfan.”

“Aku tak boleh, Lin.”

“Kau dah terlambat.” Khalida mengerutkan dahi.

“Maksud kau?”

“Dia dah on the way ke sini.”

Khalida bungkam. Dia tidak sempat lari. Irfan sudah tercegat di depan. Memerhati dia dengan tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience