Bab 14

Romance Completed 6905

Bab 14

Naim menggaru kepala yang tidak gatal. Peluh yang membasahi dahi dilap perlahan.Pagi-pagi lagi dia dikerah ke Taman Tasik Permaisuri oleh Irfan. Menemani sahabat itu berjoging sambil melayan perasaan.

Habis lima pusingan, mereka berhenti rehat di wakaf. Sepuluh minit sudah berlalu tetapi Irfan terus membisu.

“Kat sinilah aku melamar dia. Taman ni jugak jadi saksi dia pakai cincin yang aku bagi.” Naim berpaling memandang Irfan. Simpati kepada sahabat yang satu itu melimpah ruah. Tidak pernah dia melihat Irfan seperti itu. Kalah kepada hati dan perasaan kerana wanita bernama Nur Khalida.

Mengingat hubungan Datuk Kamal Hisyam–Khalida–Irfan, Naim menggeleng sendiri. Dua lelaki jatuh cinta pada wanita yang sama. Agak pelik apabila kedua-dua lelaki itu mempunyai hubungan darah. Bapa saudara dan anak saudara. Lebih mengharukan wanita itu pernah menjadi isteri kepada bapa saudara malah mempunyai anak hasil perkahwinan itu yang juga sepupu kepada anak saudara. Mengusutkan keadaan kedua-duanya bersaing sesama sendiri dan seorang pun tidak mahu mengalah.

“Dah macam Keluarga 69 cerita kau, Pak Su dan Nur. Kau dengan anak-anak dia sepupu. Apa budak-budak tu nak panggil kau kalau kau kahwin dengan Nur? Takkan nak panggil abang bila kau tu sah-sah jadi bapa tiri mereka. Apa pulak budak-budak tu nak panggil Pak Su? Kalau ada jodoh kau dengan Nur, budak-budak tu jadi sepupu merangkap anak tiri dengan kau, jadi anak merangkap anak saudara dengan Pak Su dan jadi saudara sebapa merangkap sepupu dengan anak-anak Pak Su.

“Nenek kau pernah jadi mak mentua Nur. Dah kalau kahwin dengan kau, kena panggil neneklah pulak, kan? Paling terbelit dalam kes ini aku rasa mesti Nur. Nak tukar panggilan ‘abang’ untuk Pak Su kepada panggilan Pak Su, aku rasa susah tu. Nak mengadap muka bapa saudara suami yang pernah pulak menjadi suami dia. I wonder macam mana dia nak handle semua ni? Aku pun pening, wehh.”
Irfan sekadar tersenyum kelat mendengar canda Naim.

“Tak susah kalau dia balik pada bekas suami dia.” Naim yang sedang menogok air mineral tersedak.

“Nur dah decide nak balik pada Pak Su?”

“Tidak secara lisan.”

“Weh, kau cakap biarlah terang. Aku tengah pening fikirkan masalah Keluarga 69 kau, kau jangan nak tambah masalah kat otak aku pulak.”

“Masalah tu masalah aku, yang kau susah payah nak fikir, apasal?”

“Memanglah masalah kau tapi selalunya masalah kau tu aku yang jadi tukang cari penyelesaian. Termasuklah masalah ni. Pernah kau pergi jumpa kaunselor ke, ustaz ke minta pendapat? Aku juga yang kena tadah telinga.” Naim bersuara separuh menyindir.

Irfan ketawa kecil.

“Apa maksud kau tadi tu?”

“Aku nampak Pak Su bawa dia dan anak-anak ke konsert Maher Zain baru-baru ni. Mesra, Naim. Like one happy family. Aku rasa tak pernah nampak Nur segembira tu sebelum ni. Aku tahu Mak Su Ani pun pujuk Nur kembali pada Pak Su.”

“Mungkin apa yang kau nampak bukan apa yang sebenarnya, Fan. Dah namanya pergi tengok konsert takkan nak pergi dengan muncung panjang. Lagipun Nur kena jaga airmuka Pak Su depan anak-anak. Bab Mak Su tu mungkin dia rasa bersalah.”

“Entahlah Naim. Aku rasa dia makin jauh. Makin susah aku nak gapai.”

“Doakan saja yang terbaik untuk dia, untuk kau dan untuk Pak Su. Allah tak zalim buat kau kecewa kalau Dia tak sediakan sesuatu yang lebih baik, Fan.”
Keadaan sepi seketika. Air mineral yang sudah tinggal separuh ditogok perlahan.

“Aku mungkin terima tawaran ke Dubai tu, Naim.”

“Kalau itu yang kau rasa terbaik, grab itu. Sebagai sahabat aku cuma mahukan yang terbaik untuk kau.” Bahu Irfan ditepuk perlahan.

“Thanks sebab jadi sahabat aku.”

“No hal, bro. Cuma bila balik nanti jadilah Irfan yang lama balik. Irfan yang suka sakitkan hati aku, yang suka kebas baju T aku, yang suka sarung sneakers aku, yang sesuka hati guna motosikal aku sampai habis minyak. Lepas tu tak reti-reti nak isi balik. Aku rindu Irfan yang dulu.”

Irfan melepaskan ketawa besar.

“Kau tahan dengan sikap aku selama ni, apa kata kita kahwin je?” Canda Irfan sambil tangan cuba meraih pinggang Naim.

“Aku terajang jugak kau, Fan. Kau ingat aku ni keturunan kaum Luth?” Jerkah Naim.

Dia terus melarikan diri sebaik berjaya melepaskan rangkulan Irfan meninggalkan sahabat itu ketawa dalam sebak yang menggila.

‘Selamat tinggal Taman Tasik Permaisuri. Terima kasih kerana menjadi saksi kenangan indah itu.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience