BAB 10

Crime Completed 6851

“Awak ni pun, anak kat depan mata ni tak ditanyanya dah makan belum. Sibok benar dengan Han tu. Tahulah dia macam mana nak hidup.” Mak dah mencebik bila bapak dah komen. Aku malas masuk campur, terus masuk bilik dan tidur. Harap-harap bila aku bangun nanti memori semua yang berlaku tadi lekas hilang.

Aku dah bersiap mahu ke tempat kerja. Semalam dah telefon bos, katanya aku dibenarkan untuk masuk kerja hari ni. Thank you, Mr Kelvin. Tapi, sorry jugaklah sebab buat tempat kerja bos macam tempat kerja aku. Suka aku je nak masuk kerja ke, nak cuti ke!

“Hai, awal kau hari ni? Pandai pulak bangun sendiri, sarap sendiri?”

“Times make people strong!” Erk, ada kaitan ke? Biarlah, mak aku pun diam tu maknanya dia faham lah tu.

Harian kerja aku berjalan macam biasa. Debit, kredit, balance, profit dan loss dah jadi kudapan aku selama bekerja di sini. Jehan tak ada call aku, petah lagi Karl. Eh, Karl tahu ke nombor telefon aku? Ah, biarlah. Aku dah tak rasa yang aku ni berjodoh lagi dengan dia. Nampaknya kena cari Mikael Eskandar yang lainlah. Tak pun, aku kena bersedia untuk cari rumah sewa dari sekarang.

Balik kerja, aku dapat panggilan daripada Ratna. Ingin bertemu, ada hal penting katanya. Aku setuju. Dengan Ratna, tak bolehlah jumpa di KFC. Nanti dengan aku sekali kena serbu. Ratna model terkenal. Kena pergi restoran yang private sikit. Masuk je restoran, dia dah melambai aku dari sudut kanan premis itu.

“Aku dah clash dengan Han..,” Tersedak terus aku bila mendengar pengakuan Ratna.

“Hei, kau biar betul? Sejak bila ni? Aku tak tahu pun?!”

“Betul.. lepas aku balik Malaysia dari Singapore. Eh, dia tak beritahu kau ke?” Aku geleng laju-laju.

“Tak! Serius tak! Kalau aku tahu, sah-sah aku yang dah paling sibok sekarang. Susah-susah aku kenenkan korang, takkan senang-senang aku nak bagi korang putus, macam tu je!” Ratna mengangguk lambat. Ada genangan air mata di tubir matanya.

“Ish, kenapa boleh jadi macam ni? Mesti ada sebab ni?”

“Aku tak tahu lah. Selama ni ok je. Tapi, aku syak lepas aku hampir kena tembak tu lah..” Ratna mengesat airmata yang laju membasahi pipinya.

“Kena tembak?! Apa pulak ni? Eh, pesal aku tak tahu langsung ni?”

“Pelik kan Han tu dua tiga menjak ni? Selalunya, apa yang jadi pada aku, kau akan tahu. Ya, aku hampir kena tembak. Masa tu aku kat Singapore lagi. Aku ada buat photoshoot untuk iklan. Then, masa aku dah gerak nak balik hotel, tiba-tiba ada dua orang lelaki dari jauh lepaskan dua das tembakan rambang, tapi menghala pada aku. Nasib aku ditolak oleh photografer yang kebetulan perasan diaorang. Semua selamat, cuma aku cedera ringanlah kesan jatuh tu. Masa aku kat hospital, dia datang melawat. Memang dia lain sangat waktu tu, dia risau sangat-sangat. Tak lama lepas tu, dia cakap balik Malaysia, dia ada hal nak bincang dengan aku. Ingatkan hal nak kahwin. Tup-tup, dia nak putus. Aku tanya kenapa, dia cakap dia dah rasa tak selamat dengan aku. Boleh dia bagi alasan macam tu? Lepas tu dia terus ghaib dari hidup aku. Qaseh.. honestly, aku still sayangkan dia. Takkan sebab kes tu, dia dah tak sayangkan aku lagi?” Aku tarik nafas dalam-dalam. Mesti ada sesuatu yang tak kena.

“Kau tak buat police report ke?” Ratna geleng kepala.

“Sebab.. aku tak rasa aku sasaran utama. Aku rasa aku kebetulan je ada di situ. Ah, just ignore about it. Penting sekarang, Han. Qaseh, kau tolonglah aku. Apa masalah Han ni? Dia ada orang lain ke?”

“Aku tak pasti. Tapi, seingat aku, dia mana ada orang lain. Dia pun tak ada masa nak cari orang lain sebab selama ni dia hanya sayangkan kau seorang je, tak ada pulak keluar nama lain.”

“Aku tak tahu, aku buntu. Kalau betul ada silap pada aku, aku akan cuba betulkan, tapi bagilah peluang pada aku. Aku sayangkan Han, Qaseh..” Aku genggam jemari Ratna yang masih menangis. Aku sendiri pun mati akal dengan perangai Han.

Aku mencongak-congak sendiri. Kenapa Jehan nak rahsiakan semua ni dari pengetahuan aku? Apa-apa pun, aku kena siasat dan cari jalan supaya mereka boleh berbaik semula. Jehan perlu dihubungi segera!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience