BAB 6

Crime Completed 6851

“Itulah mummy encik Karl, Puan Maria. Mesti dia nak terus pergi butik ni. Cantik kan dia?” Bisik Mak Mah. Serius, memang cantik sampai terkesima aku! Aku rasa beliau ni kembar Julia Robert kut?

“Oh, nilah Seha ya? Sorry lah semalam tak dapat jumpa. Balik lewat dari sikit.” Pandainya cakap melayu, tak ada slanga orang putih sikit pun. Aku hanya angguk perlahan sambil senyum lalu menunduk menuju ke dapur.

Selesai bersarapan, mereka menghilang. Barulah tiba giliran kami untuk bersarapan. Aku menerima arahan dari Mak Mah untuk mengemop lantai, menyapu dan mengemas banglo dua tingkat ni manakala dia akan membasuh baju serta menjemurnya. Menjelang tengahari, aku akan membantunya lagi di dapur kerana mungkin Puan Maria atau Tuan Ishak akan balik untuk makan tengahari.

“Encik Karl jarang makan tengahari..,” terang Mak Mah sambil menumis sesuatu di dalam periuk. Aku hanya mengangguk.

“Tak nampak pun tuan turun sarapan tadi?”

“Oh, tuan tak ada. Dia ke Langkawi. Encik Karl ada seorang adik perempuan, cik Mira namanya. Tapi, cik Mira tidur rumah kawan dia semalam, ada tugasan katanya. Belajar lagi dia tu.” Aku hanya senyum. Tak sampai setengah hari pun badan aku dah lenguh-lenguh. Tulah, dulu kat rumah malas buat kerja rumah. Sekarang, padan muka aku! Aku tak tahulah macam mana Mak Mah ni yang dah kerja sini 30 tahun, mula dari nenek Karl tu ada lagi. Salute la Mak Mah!

“Seha.. tolong saya buatkan cofee?” Aku terkejut bila entah sejak bila Karl dah ada kat belakang aku masa aku mengemas pinggan mangkuk kat dapur. Alamak, macam mana ni? Ish, Mak Mah tengah solat pulak. Baru nak ber eh, ah dengan Karl, dia dah hilang. Aku mencari-cari sachet 3 in 1 ke hape dalam almari. Aduh, tak ada. Aku pun bantai la taruk semua yang berkenaan. Gasak!

Selepas menghidangkan minuman yang aku sendiri tak mahu nak telan, belum sempat aku melangkah laju meninggalkan Karl, dia sudah memanggilku kembali. Dengan lambat-lambat aku hampiri Karl dengan notnya di gazebo depan tasik di halaman rumah.

“Maaf encik, saya tahu air tu tak sedap tapi saya dah cuba sedaya upaya untuk..,” aku dah terjah kalah abang rambut ketak Melodi.

“.. Seha..” Karl dah potong turn aku untuk bersuara. Aku diam, lembutnya suara, lunak merdu disukai aku!

“Saya nak cakap terima kasih sebab sudi buatkan air ni untuk saya. Tu je.. Sedap tak sedap tu perkara ke sepuluh, yang penting awak dah buat, kan?” Rasanya muka aku macam tak payah pakai blusher. Ah, rasa nak menyorok bawak sinki!

“Owh, dah kerja saya. Minta maaflah, encik. Saya memang clumsy sikit..”

“Apa..? Clumsy? Wah, saya salute awak. Walaupun awak tak berkelulusan tinggi, tapi awak tahu guna perkataan inggeris. Bagos.” Dia senyum lagi. Hish, aku ni memang tak bolehlah bercakap dengan dia. Benda tak sepatutnya akan keluar. Dah lah Karl ni asyik senyum je. Helo, aku yang nak mengorat dia ke dia yang nak mengorat aku ni? Lama-lama macam ni boleh pengsan aku.

“Em, kalau tak ada apa-apa saya masuk dulu, encik?” Dia mengangguk tetapi tidak sampai dua langkah nama aku diseru lagi.

“Saya suka awak buat air ni. Macam tahu-tahu je saya saya nak stay-up hari ni, dan awak buat pahit sikit. Thanks again.” Aik, dia perli ke puji? Ah, lantaklah.. consider sebagai puji.

“Lipstik awak tu kurangkan sikit tone merahnya. Mengancam sangat malam-malam ni, tergugat iman saya!” Karl bersuara tanpa memandangku. Ha, dia perasan ke? Aku cepat-cepat berlari masuk ke dalam. Malu!!

Tatkala bertentangan mata dengan Karl je, aku akan mengelak. Entahlah dia perasan atau tak, tapi yang pasti aku akan cuba jauhkan diri dari dia buat dua tiga hari ni. Malu masih berbaki. Hilang malu itu nanti, barulah aku maju bersama misi aku.

Hari ni, tuan Ishak dan cik Mira ada di banglo. Riuh sedikit dengan kehadiran mereka. Cik Mira, wajahnya memang fotostat puan Maria, gadis tinggi lampai yang sangat ceria dan happu go lucky. Ada-ada saja yang mahu diusiknya pada Karl. Mereka tidak pernah membandingkan darjat mereka dengan pekerja bawahan. Mak Mah dan drebar mereka, Pak Mat yang merupakan suami Mak Mah pun sudah dianggap sebagai salah seorang ahli keluarga mereka. Patutlah Mak Mah boleh bertahan lama dalam keluarga ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience