BAB 4

Crime Completed 6851

“Aku pun pelik, apasal kau ni tak ada boyfriend ye?” Aku hanya buat pekak bila isu aku kena kahwin sudah sampai ke telinga abang keempat aku. Arjuna, tapi kami panggil dia Bob, sebab suatu ketika dahulu dia pernah gemuk. Cuma sekarang dia dah kurus sikit, tapi nama tu tetap sebati. Bab nama betul dia tu, maaflah.. nama adik beradik kami ni pelik sikit. Mak punya pasallah ni. Dia dulu bukan setakat cikgu displin, tapi mengajar jugak subjek Sejarah. Haa.. abang aku yang sulung nama Laksamana, kedua nama Kesatria dan ketiga bernama Perwira. Nasib nama aku tak keluar Persona, yelah Satria dan Wira kan nama kereta?

Bob ni lah, sibok betul! Kalau dia dah kahwin tak pelah jugak. Dah bangka gak pun. Mak aku ni tak adillah, pesal pada aku je dia letak undang-undang kasi jalan tu, pesal Bob ni tak kena? Mungkin sebab Bob duk jauh dari mak kut. Sekali-sekala kalau time cuti sem, muncul lah dia. Pensyarah la katakan!

“Kau ni, salah ilmu agaknya kami abang-abang kau turunkan. Along, Angah, Achik.. elok je dah beranak pinak. Tinggal kau je..”

“Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!” Aku mencebik.

“Aku dah ada girlfriend, tinggal kumpul duit je nak kahwin. Jadi, tak yah lah kisah sangat pun!” Lor, jadi ke kahwin dengan girlfriend dia merangkap student dia tu? Ish, tak mahu aku dapat kakak ipar muda dari aku! Gila, budak tu baru tahun satu, kut?

“Budak hingusan pun jadi nak dibuat bini! Nampak benor kau ni tangkap muat! Eh, Bob.. kita kahwin ni bukan macam main pondok-pondok yang macam kau selalu main dengan Han dulu. Kahwin ni nak hidup bersama hingga ke pintu syurga tau! Kena lah research bebetul dulu.. Biasalah, barang baik lambat sikit dapat!” Bob terdiam. Termakan agaknya dengan kata-kata aku. Dia pun sama mencebik sambil angkat punggung. Itu tandanya dia dah kalah, tapi tak mahu angkat bendera putih.

“Aku dah cakap dari dulu, susah-susah sangat kau ambik je Han tu buat laki, tapi kau tak mahu! Sombong!” Kata Bob sambil menyekeh kepala aku. Dia berlalu tanpa rasa bersalah. Majalah ditanganku seraya melayang dilempar menghalanya, tapi sempat dia mengelak dengan sedikit goyang Inul (nasib dia tak gerudi kat situ!).

Tak ada nama lain agaknya nak disebut? Nama sahabatnya itu juga yang mahu diulang, dari sekolah hingga sekarang. Sampai satu tahap, mak aku pernah tanya aku, hubungan aku dengan Jehan kawannya si Bob ni. Tak percaya dengan gelengan aku, disiasat hingga keakar umbi. Nasib dia tak guna kuasa vetonya selaku pencen guru displin! Tak faham aku kenapalah mak aku ni boleh percaya sangat dengan gosip liar abang aku. Pelik ibni mushkil!

“Sudah-sudah lah duk menjahit manik tu! Tak ada faedahnya kau buat benda tu! Baik kau belajar cara nak masak ni, tak pun kau tolong mak masak, lagi bagos. Kau duk jahit benda tu, dah tu nanti kalau kau kahwin, takkan kau nak bagi anak laki kau makan manik? Takpun, kalau laki kau nak makan nanti, takkan kau nak suruh dia tunggu kau jahit manik? Hee.. apa nak jadi lah anak dara aku sorang ni.. Sempat ke tidak aku hidup nak tunggu anak cucu dia!”

Aku baru nak masukkan benang ke jarum, dah mak aku bukak radio buruknya. Mood untuk jahit manik dah hilang. Apa ke mak aku ni anti sangat dengan hobi aku ni? Mentang-mentang lah aku tak pernah ambil upah, dan kesukaan aku ni hanya aku lempiaskan pada semua baju aku bukan baju dia, terus dia anaktirikan kegemaran aku. Nasib jugak aku ni buat pekerjaan yang ke arah keperempuanan. Buatnya aku duk suka memanjat pokok, melastik burung lagi macam mana?

Aku pun dengan dengan malasnya menghadirkan diri ke dapur. Dia sudah duk mencekak pinggang dengan senduk di tangan. Hari-hari cuti macam ni pun orang kena kerja ke? Biarlah mak sorang yang kerja di dapur, sebab mak memang dah tak ada kerja!

“Haa.. itulah, orang dah siap masak baru sibok nak datang!” Pulak? Aduh, serba tak kena rasanya. Baru nak protes, tiba-tiba telefon berdering. Cepat-cepat aku berlari mendapatkan telefonku.

Seketika kemudian, aku kembali menghadap mak aku.

“Mak, Han ajak keluar. Dia cakap nak belanja KFC. Boleh tak?” Mak aku kerut muka.

“Penat-penat aku masak, boleh pulak dia nak makan kat luar? Suruh lah Han tu datang makan tengahari sini?” Aih, mak aku ni. Kalau pasal Jehan je, terus berseri-seri muka dia. Simpan periuk terus marah dia tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience