BAB 12

Crime Completed 6851

“Sampai hati awak buat kami macam ni? Dah lah awak lari dari kerja dan tanggungjawab awak. Tinggalkan harta benda awak. Tinggalkan kami. Kesian Mak Mah, kena buat kerja sorang-sorang. Mummy dan daddy saya pula asyik tanya awak. Diaorang ingat ada benda salah yang mereka buat sampai awak berhenti tiba-tiba. Mira pun sama. Kecewa dia, sebab dia ingat nak suprisekan awak. Awak tahu, baju yang dia bagi awak tu sebenarnya dia baru beli, semata-mata sebab nak bawa awak sekali pergi dinner. Alih-alih dia pulak yang disuprisekan dengan awak. Hurm, lagi kesian saya lah. Penat saya tunggu awak. Ingat nak beritahu family saya satu berita gembira. Tapi, saya pulak yang dapat berita sedih.” Aku mencebik lagi.

“Encik sengaja beritahu saya semua ni sebab nak buat saya rasa lagi bersalah, kan? Kan? Minta maaflah encik. Idea encik untuk kenakan saya, pakej dengan malukan saya tu tak berjaya!”

“Malukan awak? Maksud awak, awak ingat saya nak beritahu family saya yang awak ni menyamar semata-mata sebab nak mengorat saya, macam tu?” Aku angguk lambat-lambat. Dah kalau tak macam tu, macam mana lagi? Aku tahu, semuanya dah terbongkar!

“Mesti Jehan yang bagitahu semua ni, kan?”

“Qaseh, saya dan Han takkan buat macam tulah. Awak ni prejudis sangat! Saya tahu semuanya masa curi dengar perbualan awak hari tu. Tapi, belum sempat awak mengorat saya, saya dulu dah mengorat awak!”

“Erk?” Aku blur. Macam dah faham sesuatu, tapi tak mahu buat spekulasi. Nanti dicop perasan!

“Berita gembira saya nak beritahu family saya ialah, saya ingat nak tamatkan zaman bujang saya..” Prakkk! Punah ranah dan kecewa hati aku. Mak.. nak menangis rasa. Buat apa setakat nak datang sini tapi tambahkan kesakitan aku?

“Ada kaitan ke dengan saya?” Aku buat muka tak berminat nak tahu kisah selanjutnya.

“Yup, ada kaitan sebab saya nak tamatkan zaman bujang saya dan mulakan hidup sampai ke pintu syurga bersama awak, cik Qaseh!”

“Haa?!” Wajah Karl di depan aku terasa jauh dan lama kelamaan makin hilang.

Aku masih pandang Karl di sebelah. Dari semalam dia asyik senyum. Dia ni tak pernah masam ke? Peliknya aku! Malunya.. boleh pulak aku terpengsan semalam. Sedar-sedar je, dia dan Jehan dah gelakkan aku. Ah.. tekanan!

Tapi, tak apa lah. Sebab tatkala ini hati aku dah berbunga-bunga macam lagu Bunga-Bunga Cinta nyanyian Misha Omar. Rasa bahagia macam ada taman dalam hati aku. Mahunya tak, Karl sebenarnya sukakan aku, aku Qaseh Sulaiman, bukannya Seha. Sukakan aku yang suka jahit manik, aku yang tak cantik dan tak rambut panjang macam Ratna, tak reti masak macam Mak Mah, suka makan KFC, suka buat air pahit, tak pakai handbag macam Puan Maria dan tak suka pakai blaus macam Mira. Dia sukakan aku seadanya. Bukan setakat suka biasa, tapi dia nak jadikan aku isteri dia! Dia nak kahwin dengan aku! Nak bercinta dengan aku lepas kahwin! Wah, bahagianya! Terima kasih ya Allah!

Keluar wad, dia temankan aku buat police report. Polis tanya aku, ada musuh ke? Hish, aku ni baik dengan semua orang lah. Sebab polis mengklafikasikan kes ni sebagai dendam sebab tak ada unsur-unsur ragut. Aku garu kepala, Karl tambah runsing. Dia bisik, memang cepat-cepat mahu kahwin dengan aku. Hish, gelojoh betul mat saleh ni!

“Awak tahu tak betapa risaunya saya bila Han beritahu awak kat hospital? Tapi, ada hikmahnya juga awak masuk wad ni kan? Kalau tak, mesti saya tak boleh nak terus-terang dengan awak. Yalah, awak tu asyik nak mengelak dengan saya?” Aku jeling dia. Mestilah, malu woo!

“Manalah tahu, penat-penat kejar kang orang tak mahu kita? Lagi tambah malu. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dah lah perigi cari timba!”

“Hoo.. awak ni pemalu rupanya! Tak pe, saya nak bagi awak lagi malu sebab saya nak jumpa mak ayah awak sekarang!”

“Haa? Sekarang?!”

“Iya, now!” Aduh, janganlah mak macam aku, pengsan tiba-tiba. Karl senyum sambil memecut ke rumahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience