BAB 1

Crime Completed 6851

Semua tak sama.. Tak pernah sama
Apa yang kusentuh, apa yang kukecup
Sehangat pelukmu.. Selembut belaimu
Tak ada satupun yang mampu menjadi sepertimu

Apalah arti hidupku ini
Memapahku dalam ketiadaan
Segalanya luruh lemah tak bertumpu
Hanya bersandar pada dirimu

Ku tak bisa, sungguh tak bisa
Mengganti dirimu dengan dirinya

TOK TOK TOK

‘’Buka pintu ni! Dari tadi melalak je kerja kau ni!’’

Aduh dia mai lagi! Hurricane dah datang dengan manifestasinya. Potong betul! Tengah syok melalak layan perasaan nyanyi lagu kumpulan Padi Mak datang pula.

“Mak tak kira, kalau kau tak berkahwin, apatah lagi tak berpasangan dalam jangka masa umur kau genap 27 tahun, alamatnya kau kena angkut semua makan pakai kau dalam rumah ni dan dengan berbesar hatinya kau diminta keluar dari rumah ni! Biar kau hidup berdikari sikit, aku dah penat jadi orang gaji kau. Ada paham?!” Itu dia! Arahan diktator dari bekas pencen guru displin Sekolah Sungai Congkak dah keluar. Aku pandang muka bapak yang bermisai di sebelah beliau, sambil-sambil raih simpati.

“Bapaknya, jangan nak back-up lagi anak dara awak tu. Karang dengan awak-awak sekali kena mandatori dengan saya!” Ambik kau! Bapak aku yang bekas pencen askar pun kecut perut berdepan dengan mak aku! Aku garu kepala.

“Sepupu sepapat sedara mara kau semuanya dah beranak pinak yang baya kau ni! Anak jiran kita yang lain pun sama! Mak dah bosan, tiap kali pergi kenduri kahwin, semuanya dok bertanya pasal kau.. bila lagi cik Imah ni nak bermenantu lelaki? Hee.. nak bernanah telinga mak ni tahu? Tak pun kau tengok je lah kawan-kawan kau, kalau tak bernikah pun semua dah bertunang.. Hish, kau nak tunggu apa lagi?” Mak aku masih sambung bebelan. Bapak dah angkat kaki.

Aduh, mak aku ni pesal beria sangat nak suruh aku nikah ni? Ikut trend ke hape? Nak kata nak timang cucu, tu anak-anak abang aku yang dah berderet boleh buat team ragbi tu dia nak campak mana? Nak kata dah tiba masa nak bagi-bagi harta, takkan lah? Ya lah, kami ni bukannya dari kalangan orang-orang berada sampai ada harta sedozen nakdiberebutkan?

“Kau pesal? Kodok tengok muka kau pun boleh respect?” Terjah satu suara dari belakang, membuatkan lamunan aku terus hilang. Aku jeling ke arah si pengejut, sambil dia sengih tayang gigi besi (gigi kawan aku ni pasang braces lah!)

“Sebab kau lah kodoknya! Diamlah!” Aku tarik dulang yang ada sepinggan set hidangan KFC kegemaran aku! Tanpa pedulikan lelaki didepanku, aku terus santap makanan tersedia.

Memang macam ni lah keadaannya kalau aku keluar dengan sahabat baik aku ni. Riuh meja macam duduk sepuluh orang di situ! Kami akrab, kenal dari kecil lagi sebab kami berjiran. Mulanya dia baik dengan abang aku yang kebetulan sama umur dengannya, dan kemudian aku sebab sama-sama pergi sekolah. Dah besar sikit, kami terpisah sebab sekolah berasrama. Tahu-tahu, dia pun dah pindah rumah lain. Rumah lagi besar sikit kut? Yalah, sebab dia ni orang ada-ada. Tapi, kasihan dia. Walaupun kaya, tapi mak ayah dia dah tiada, dan dia pula anak tunggal. Tinggallah dia dan neneknya sahaja di rumah besar tepi pantai sana.

Kami berjumpa balik masa kami belajar. Sama universiti, tapi lain kos. Sampai sekarang, walaupun dia dah bekerja sebagai bos di sebuah syarikat besar milik arwah bapaknya dan aku kerja kerani cabuk di syarikat lain, tapi kami masih berkawan.

“Han.. kau dah jumpa Ratna belum? Aku dengar dia dah balik Malaysia, kan?” Sempat lagi aku mengomel sambil tangan lincah meletakkan sos ke dalam pinggan. Diam, tiada jawapan membuatkan aku mendongak memandangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience