BAB 2

Crime Completed 6851

“Gaduh la tu? Rileks lah, aku kenallah dengan best friend aku tu. Biasalah, dia kerja glamor macam tu, memang ramai yang nakkan diadan jealouskan kau. Ala, takkan itu pun aku nak ajar kau lagi kut? Dah lah aku yang mengayat dia untuk kau, time memujuk aku jugak ke?” Lelaki di depanku diam lagi sambil meneguk air.

“Macam nilah, kita berserah pada Allah sajalah. Kalau ada jodoh, takkan lari gunung dikejar. Setiap kita kan dah ditetapkan jodoh masing-masing.” Aku senyum penuh makna.

“Wah, kawan aku dah jadi ustazlah pulak! Caya lah! Eh, tapi sebut pasal jodoh ni kan.. aduh, jiwa kacau aku! Ish, mak aku buang tebiat, ada ke suruh aku kahwin?! Kalau tak aku kena halau dari rumah tu!”

Jehan di depan aku buat muka tak beriaksi. Ah, buang air liur betul bercakap dengan dia ni!

“Kahwin je la.. Apa susah?”

“Hei, samdol! Kau ni harap je kaya, CEO.. executive, tapi akal agak pending juga kan? Kau nak suruh aku kahwin dengan anak itik tok wi kau ke? Aku mana ada boyfriend!” Aku macam biasa memang suka menempelak pada Jehan. Tapi, memang tiap kali itulah aku akan bengang balik sebab Jehan sentiasa buat muka cool. Tak tahulah mana dia letak hati dia, dalam poket kut?

“Tu lah kau.. memilih sangat!”

“Memang lah aku kena pilih. Takkan lah aku nak main bantai je ambik apek tepi jalan jadi laki aku! Huh, cakap dengan kau ni memang tak selesai masalah!” Aku terus bangun sambil meninggalkan Jehan yang masih tersengih-sengih di meja makan. Memang itulah tabiat dia, sebab tu aku suka marah dia.

Belum sempat aku melangkah jauh, seorang lelaki tinggi dari aku, (memang lah sebab aku ni pendek!) merapati Jehan yang berkemas untuk bangun. Sekilas aku berpaling menghadap mereka.

“Syed Jehan Al-Zain Bin Syed Muhsin Al-Zain, right?” Nah, ni mat saleh mana pulak siap letak nama penuh si Jehan ni? Hensem pulak tu! Eh, jap.. jap.

“Eh, ni Mikael, kan?” Belum sempat Jehan mengiakan namanya, aku sudah menyampuk membuatkan kedua lelaki itu serentak memandang aku. Aku sengih-sengih sambil pintal rambut yang tak berapa panjang. Konon, cover malu dan ayu!

“Kita pernah jumpa ke sebelum ni?” Lor.. pandai pulak orang putih ni cakap melayu! Fuh, kacaknya, macam suami Bunga Cinta Lestari.

Aku menggeleng kepala, menjawab soalan lelaki kenalan Jehan tadi. Lelaki itu sudah kerut muka, Jehan apatah lagi. Dicuit-cuitnya siku aku, mungkin mengagak aku sedang berangan dan mahu aku segera kembali ke dunia nyata. Aku jengil mata memandang Jehan. Apa dia?! Betullah, aku kenal mat saleh ni!

“Er, let me introduce you my best friend, Qaseh Sulaiman. Qaseh, kenalkan kawan aku..”

“Tak pe Jehan, aku kenal dia. Encik ni Mikael Eskandar, kan? Betul tak?” Lelaki tadi senyum segaris. Dia menggangguk perlahan.

“Eh, aku pernah kenalkan dia pada kau ke sebelum ni? Tak pun, kat majalah mana yang kau tengok dia ni sampai kau confidence sangat pernah jumpa dia? Dia kenal kau ke?” Bisik Jehan, tapi masih kedengaran di cuping telinga lelaki di depan mereka.

“Sorry cik Qaseh. Tapi, betul saya lupa. Kita jumpa kat mana ya? Mana tahu saya ingat semula?” Aku senyum penuh makna. Jehan di tepi aku sudah garu kepala. Aku tahu, Jehan tak ada langsung masalah kutu, kelemumur, kurang penggunaan syampu atau kegatalan kulit kepala. Dia saja je tu!

“Kita pernah jumpa, tapi mungkin encik tak tahu. Tapi, saya tak akan lupa punya pada encik sebab.. sebab saya pernah jumpa encik dalam mimpi!” Seraya itu meledak ketawa Jehan sambil aku, lelaki tadi dan semua pengunjung restoran itu terus mefokuskan pandangan kepada Jehan. Peliknya, lelaki tadi tidak ketawa sedikit pun. Aha, petanda baik tu!

“Kau jangan buat lawak lah, Qaseh! Tunggu raja lawak convert jadi ratu lawak, haa.. masa tu bolehlah kau buat lawak kaw-kaw macam kopi kapal api, ok?” Jehan masih kesat air mata sambil aku dah tarik muncung sedepa. Lelaki di depan kami, aku pandang sekilas. Dia hanya senyum manis, tanpa sebarang komen negatif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience