BAB 9

Crime Completed 6851

“Hoo, kira kau menyamarlah ni?”

“Lebih kurang lah..”

“Oh, jadinya Seha yang merupakan jelmaan Qaseh ni seorang yang ayu, lemah lembut, sopan santun dengan baju kurungnya.. macam tu?” Aku angguk lagi. Jehan senyum lagi.

“Qaseh.. Qaseh..”

“.. Ops, correction. Kalau outfit aku macam ni kena panggil Seha, tau!”

“Tak kisah lah, aku nak panggil kau Qaseh gak. Meh, sini aku nak betulkan stigma pemikiran kau yang kalah budak tadika ni. Qaseh, tak semestinya kalau kau macam ni, dia akan jatuh cinta pada kau. Ni namanya kau hipokrit. Kau tipu diri kau. Nanti, once dia dah tahu kau ni sebenarnya bukan macam ni, haa.. kau nak buat macam mana? Lagipun, tak salah kalau kau jadi diri kau. Mana tahu dia lebih sukakan kau yang dulu dari kau macam ni?” Aku dah kerut dahi.

“Aik, bukan lelaki suka ke kalau perempuan rambut panjang, pakai baju kurung?” Jehan geleng kepala.

“Aku suka je kalau rambut origanal kau macam dulu. Aku suka kau yang dulu seadanya.”

“Eleh, kalau kau yang suka, tak bermakna dia yang suka. Bukan kau pun nak kahwin dengan aku!” Jehan gelak lagi.

“Dah, skrang pergi toilet, tukar Seha ni. Aku nak yang keluar depan aku nanti Qaseh, bukan Seha. Cepat!” Aku segera ke tandas yang sediakan. Dalam hati berfikir-fikir, ada betulnya juga apa yang diperkatakan Jehan tadi. Ah, pedulilah! Nasi dah jadi bubur!

Keluar dari tandas, Jehan masih senyum-senyum seperti tadi.

“Kau senyum lagi, aku stapler mulut kau!”

“Haa.. macam ni baru betul. Tulah, konon teror sangat bab tackle mackle. Cuba cakap kat aku, teori mana kau pakai ni?”

“Teori Teorem Pithagoras.. betul tak cik..” Aku mendongak memandang gerangan yang menyampuk perbualan kami. Maha terkejutnya aku bila orang yang menyampuk itu ialah Karl! Mulutku seolah terkunci. Aku memandang Jehan, dia pun sama macam aku, melopong. Takkanlah muka dia jadi macam tu kalau dia yang panggil Karl datang ke sini? Aku tak rasa Jehan sanggup mengkhianati aku?

“Hurm, mana satu saya patut panggil ya? Cik Qaseh or cik Seha?” Masak.. masak aku hari ni. Entah-entah dengan Jehan punya bisness pun lingkup, mungkin dia akan disabit kesalahan atas tuduhan bersubahat dengan aku untuk menipunya.

“Jangan salahkan Han, sebab saya yang follow awak sampai ke mari. Actually, saya dah tahu dari mula lagi yang Seha dan Qaseh adalah orang yang sama, cuma saya sengaja mahu menduga awak. Saya nak tahu tujuan awak, tapi saya rasa saya dah tahu.” Karl senyum meleret. Hish, apa yang dia dah tahu? Dia dah dengar ke apa aku cakap dengan Jehan tadi?

“I prefer Qaseh more than Seha. Tak sabar nak tunggu awak balik nanti.” Dia berlalu pergi. Apa dia nak buat? Dia nak letak semua kain baju aku dan tendang aku sampai keluar rumah ke? Takpun, dia nak beritahu kat depan family dia yang aku ni datang menyamar semata-mata sebab nak mengorat dia? Euw.. malunya! Aku pandang Jehan, tapi Jehan angkat bahu. Ish, betullah Jehan ni tak boleh harap! Mak.. apa aku nak buat ni?

Akhirnya, aku ambil keputusan dengan tak balik dah banglo tu. Aku suruh Jehan hantar aku sampai ke rumah mak aku. Barang yang tinggal di rumah tu, aku halalkan je lah. Biar jadi harta pusaka.

“Eh, cepatnya balik? Kata pergi kursus sebulan? Macam mana nak naik pangkat kalau tak cukup tempoh ni?” Mak aku pulak dah jadi wartawan tak bertauliah. Mana satu soalan yang patut aku jawab dulu ni?

“Mak ni macam tak suka je orang balik awal?”

“Tak adalah, kata hari tu lain. Nak lah juga tahu. Tu, Han yang hantar dah makan ke belum? Kenapa tak ajak dia masuk makan ke?” Bapak aku dah kerling mak. Yalah, kalau bab Jehan je, mesti dia prihatin sangat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience