BAB 11

Crime Completed 6851

Dari restoran ke tempat letak kereta di bawah tanah bangunan tersebut, sedang aku sibok berjalan sambil bercakap telefon dengan Jehan tanpa aku sedari ada sebuah motorsikal ditunggang laju menghala aku. Aku agak mesti dia akan nampak aku yang memang dah berada di laluan yang benar ni. Sangkaan aku meleset bila dia tiba-tiba dengan sewenangnya hampir merempuh aku. Aku menjerit sambil terjatuh dan tergolek ke tepi. Nasib aku sempat mengelak, kalau tak mesti aku dah tak dapat nak tunaikan impian mak!

Aku tak nampak wajah penunggang tadi yang pakai helmet tutup penuh berwarna hitam. Aku cuba bangun untuk mengecam motor dan no plat. Tapi, bila aku bangun je semuanya nampak kabur dan aku tumbang semula. Sayup-sayup kedengaran suara Jehan di ganggang telefon yang menyeru namaku.

“Itulah, kalau kut ya pun nak cakap telefon, lain kali hati-hati lah sikit! Ini tak, main redah je! Hah, tengok sekarang siapa yang susah?!” Bebel Jehan dari tadi, tak habis-habis lagi dari aku sedar sampai lah sekarang. Aku hanya diam tak berkutik, sebab tadi aku menyampuk, ingatkan dia akan diam, tapi makin kuat dia melenting.

“Rilekslah.. sikit je ni. Tampal kat dahi je, siku je, cedera ringan pun. Jap lagi pun boleh balik rumah. Kau tu beria usung aku masuk wad ni kenapa? Kau ingat aku banyak duit ke nak bayar bil hospital ni? Dah lah hospital swasta!” Jehan makin cekak pinggang.

“Bukannya nak cakap terima kasih! Penat tahu angkat kau, berat! Makan apa haa? Bab bil, tak payah kisah. Aku bayar!” Aku mencebik.

“Membazir duit je!”

“Duit aku, suka akulah! Dah, sekarang kau duk sini, tak payah pergi mana-mana. Esok, baru kau balik rumah. Faham?!” Jehan sudah berpaling mahu pergi tapi aku panggil dia lagi.

“Janji dengan aku jangan kasi tahu mak aku ya? Nanti dia bebel, kalah kau. Nanti tak pasal-pasal aku kena duk wad lagi sebab ada masalah telinga pulak.” Aku rayu simpati.

“Aku dah telefon mak kau.”

“Haa?!”

“Aku cakap kau kena teman kawan kau kat hospital.”

“Bagos, kalau kau yang telefon mesti mak aku percaya.” Aku senyum nakal, tapi Jehan pula yang kerut dahi. Seketika kemudian dia mengambil tempat di sofa.

“Pesal kau tak balik? Hey, aku oklah. Kat sini ramai doktor kacak akan jaga aku! Dah, pergi balik!” Aku halau Jehan, tapi dia masih buat muka selamber.

“Tak apa, hari ni aku temankan kau. Terasa rajin pulak nak buat kerja amal hari ni,” katanya sambil buka labtopnya. Aku mencebik. Mengada-ngada!

“Han.. kau tak beritahu aku pun yang kau dah clash dengan Ratna..” Jehan nampak terkejut, tapi dia pandai cover.

“Nak beritahu, tapi dah kau sibok dengan Karl. Tak mahu kasi sesak otak kau..” Aku mengangguk. Betul jugak, dua tiga menjak ni aku sibok sangat mengejar putera idaman aku tu.

“Sorry, sahabatku Han. Aku tak ada, masa kau perlukan aku. Tapi, tak apa. Sekarang aku dah kembali. So, story me. Apa yang buat kau ambil tindakan macam tu?” Baru Jehan nak buka mulut, tiba-tiba bilik kami dirempuh masuk seseorang. Aku terkejut sampai urut dada. Tapi yang buat aku makin terkejut bila orang itu ialah..

“Encik Karl?” Karl senyum sambil melangkah masuk tanpa perlu dijemput.

“Thanks Han, sebab inform me.” Jehan senyum sambil angkat peace. Dia bangun dengan jinjit labtop sambil keluar tanpa perlu disuruh.

“Hey, Han! Kau nak pergi mana? Kata nak teman aku? Takkan kau nak balik dah?” Jehan masih buat pekak. Hish.. geram betullah aku! Aku mendengus perlahan sambil pandang wajah Karl yang setia senyum di sisi.

“Er.. hai encik Karl?” Aku buat muka tak bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience