BAB 15

Crime Completed 6851

Maaf, maaf, maaf. Maaf sebab melibatkan kau dalam semua yang terjadi pada aku. Maaf sebab meletakkan perasaan ini lebih pada kau, yang sepatutnya tidak patut lebih. Maaf sebab tak berani untuk berdepan dengan kau dalam keadaan aku begini.

Harap nanti kita tak bertemu lagi..

Jehan.

Aku menyerahkan surat itu kepada Bob dan menangis lagi. Jehan..

Aku kembali ke rumah ku dengan wajah yang sembab. Tapi, aku tidak menyangka yang Karl masih menunggu aku pulang. Aku nampak kesungguhan dari riak wajahnya. Ya, aku tidak silap lagi. Wajahnya yang hadir semalam selepas solat istiharahku betul-betul menandakan dialah orangnya yang akan bersamaku.

Akad dilafaz, cincin bersarung. Sah, aku dan Karl kini bergelar suami isteri. Aku menangis lagi. Karl..

“Qaseh, ingat lagi tak masa first time kita jumpa?” Ah, dia bukak pulak peristiwa memalukan aku! Tapi, memang kebanyakan kenangan kami ialah kenangan memalukan aku! Aku angguk sambil tunduk senyum. Nak kenakan aku lagilah tu!

“Tahu tak kenapa saya tak ketawa masa Qaseh cakap pernah jumpa saya dalam mimpi?” Aku angkat bahu sambil kerut muka.

“Tak cerita mana nak tahu?” Karl tergelak.

“Betul jugak, kan?” Aku beralih mengadapnya. Boleh atas pelamin ni bukak cerita? Hish.. Memanglah, sebab dah tengah malam. Tetamu yang lain semua dah balik, tinggal anak beranak kami je menepung tawar. Penat tunggu pengantin perempuan yang tak muncul-muncul!

“Sebab, sebenarnya malam sebelum tu saya pun pernah mimpi pasal Qaseh. Cuma, saya tak tahu nama Qaseh. Itu yang saya tanya, kita pernah jumpa ke sebelum ni? Bila Qaseh cakap dalam mimpi, barulah saya ingat. Sebab tu masa Han gelak sakan, saya tak gelak! Kena atas batang hidung sendiri jugak! Kita ni dah berjodoh rupanya! But, the thing is.. I fall in love with you at the first sight!” Wah, cam gitu ya? Haa.. romantiknya! Haa.. jangan pengsan lagi sudey lah!

“Saya pun begitu juga! Sayang encik Karl!”

“Apa encik-encik? Panggil abang, tahu?” Kami tergelak. Dalam hati, terfikir. Apa agaknya Jehan tengah buat sekarang?

Aku tarik nafas dalam-dalam. Mengingat kembali memori bersama Jehan, kenangan mengejar cinta Karl dan betapa aku berikhtiar untuk mendapatkan jodoh yang terbaik hingga terlupa kepada yang Maha Mencipta.

Padahal hidup kita yang sementara ini adalah untuk mencari redha-Nya, begitu juga dalam mencari pasangan. Kita tidak perlu menjadi orang lain untuk orang lain, kita tak perlu sempurna untuk mencari yang sempurna kerana perkahwinan itu ialah melengkapkan yang kurang antara hubungan Adam dan Hawa, kerana tiada yang sempurna selain Allah s.w.t.

Beria aku mencari yang jaoh, padahal jodoh itu ada didepan mataku. Tapi, mungkin sudah tersurat yang Jehan bukan jodohku, aku terima semuanya dengan redha. Aku juga terima bahawa perasaan seseorang itu adakalanya tak pernah sama dengan kau, dan selepas kau puas berusaha untuk memiikinya, jika ia memang benar bukan milik kita, lepaskan dan jalani hari seperti biasa, terus mencuba.

Jangan tertekan dengan kemahuan sekeliling yang mahu kau menjadi itu dan ini atau terpengaruh dengan kebahagiaan orang lain sehingga membuat kau terdesak dan tertekan sehingga meleret kepada obsesi untuk memiliki kebahagiaan yang sama hingga buat dirimu ‘hilang’.

Kebahagiaan semua orang tak pernah sama, cari bahagia dari apa yang kau perlu, dalam kesederhanaan dan kekurangan yang nantinya akan sama-sama dilengkapi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience