BAB 7

Crime Completed 6851

“Awak marahkan saya ke, sampai awak nak mengelak dari saya?” Tercampak penyapu yang aku pegang dihalaman, dek kerana terkejut diterjah begitu. Aku mengurut dada sambil Karl sudah mengutip penyapu yang aku campak tadi. Bila masa dia muncul ni? Kan dia tak pernah balik makan tengahari?

“Sorry.. saya selalu sakitkan hati awak, kan?” Dia raih simpati. Aku senyum lepas hilang debar di dada.

“Tak lah. Lagipun, encik berhak untuk berbuat macam tu. Encik majikan saya.”

“Haa.. saya kenal tone tu. Ok, apa saya boleh buat untuk buat awak maafkan saya?” Selalu, Jehan akan pujuk aku dengan KFC. Hurm, teringat pulak pada Jehan.

“Helo.. awak berangan ya?” Aku geleng laju.

“Tak apa, saya dah maafkan encik. Encik nak makan ke? Nanti saya sediakan.”

“Awak masak ke?”

“Tolong masak. Mak Mah yang masak.” Dia sengih lagi. Tolonglah Qaseh, janganlah pengsan. Aku melangkah laju meninggalkannya. Tak mahu lama-lama di situ. Penat pulak dia nak angkat kalau aku betul-betul pengsan nanti.

Petang itu, cik Mira tiba-tiba mengheret aku ke kamarnya. Cantik, penuh dengan warna merah jambu.

“Nak tunjuk kat akak ni, cantik tak?” Dia menayangkan blaus labuh paras lutut berwarna hitam yang baru dibelinya.

“Cantik.. sesuai dengan cik Mira.”

“Ala, akak ni skema la. Jangan la panggil cik, cik macam tu. Panggil Mira je. Cantik kan? Saja nak tanya akak, yalah akak muda lagi, kut boleh bagi komen kan? Takkan nak tanya Mak Mah, nanti dia jawab pesal tak beli jubah? Haa.. kan naya!” Kami sama-sama gelak.

“Mira nak pergi dinner. Tu yang beli ni.”

“Kenapa tak beli kat butik puan?”

“Mummy jual baju orang tua.. mak-mak datin. Kita ni kan teenage lagi. Tak sesuai lah. Eh, jap ya.” Dia bangun menyelak almarinya, mencari-cari sesuatu dan kemudian mengeluarkan sehelai baju berwarna biru gelap.

“Saya hadiahkan kat akak baju ni. Akak ambil ya? Saya dah tak pakai, tak muat sebab dah tinggi. Ok lagi ni.”

“Eh, tak payah lah. Segan lah akak. Akak dah la baru lagi kat sini.”

“Tak pe. Ambil je.” Cik Mira masih menolak baju itu ke arah aku. Nak tak nak terpaksalah terima.

“Akak.. akak ada apa-apa ya dengan abang Karl?” Nak terduduk sekejap aku mendengar telahannya yang dah senyum penuh makna. Cepat-cepat aku geleng.

“Mana ada, pandai-pandai je Mira ni.”

“Ye ke ni?”

“Mira, betul tak ada. Lagipun, encik Karl tu manalah padan dengan akak ni, akak orang gaji je kat sini.” Mira lantas gelak.

“Akak pandai bagi alasan, ya? Tapi, muka dah blushing habis! Akak tahu, masa akak dah sampai tapi Mira tak balik lagi sini, dia telefon Mira dan asyik cerita pasal akak je! Dia cakap muka akak familiar lah, akak ni muka innocent lah, akak ni blur lah.. Haa, bukan senang nak tunggu abang Karl tu bukak cerita pasal perempuan tahu!” Aduh, dah kantoi ke kisah aku ke sini ni?

“Tak adalah, saja je dia nak kenakan akak kut?” Aku masih cuba mengelak.

“Ok, kita tengok siapa yang kena!” Mira tidak sudah lagi dengan ketawanya. Aku sudah tidak senang duduk. Ni, kira berjaya ke tak misi aku ni? Jehan, macam mana ni?

“Seha.. awak dengar tak ni?” Karl sudah memetik jari di depan wajahku. Dah berapa kali dia petik ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience