BAB 8

Crime Completed 6851

“Ya.., saya dengar. Jap lagi saya hantar air pada encik.” Karl gelak. Aku terpinga-pinga.

“Saya ni lapar, baru balik meeting malam-malam macam ni. Saya nak nasi gorenglah, bukan cofee goreng.” Aku sengih, cover malu. Hah, nasi goreng? Mana aku pandai masak! Pesallah dia suka duga aku, kenapa tak request je pada Mak Mah?

“Er, encik! Kalau tukar menu jadi maggi goreng boleh? Mana orang makan nasi goreng malam-malam buta ni? Tak bagus untuk penghadaman!” Karl pula yang buat muka pelik.

“Teori mana awak pakai ni?”

“Teori teorem pithagoras..,” jawabku perlahan, tapi rupa-rupanya dia dengar sebab dia tak sudah ketawa. Aku dah garu kepala. Boleh ke tak ni? Ke.. kena tunggu dia habis ketawa?

“Ok.. ok. Apa-apa je lah.” Dia menarik kerusi dan duduk di meja yang terletak di tengah dapur basah itu. Sedar dia ada di situ yakni hampir dengan aku, jadi aku memberanikan diri bersuara.

“Encik buat apa kat sini?”

“Lah, tunggu maggi gorenglah?”

“Kenapa encik tak tunggu kat dalam ke, kat luar kat kolam, atau kat bilik ke?” Wah, wah, wah.. aku dah berani nak membentak dan meninggikan sikit suara. Over sikit je lagi, terkeluarlah aura Qaseh, maka tenggelamlah ryoka Seha yang ayu dan lemah lembut.

“Kat dalam tu kan sunyi, takut lah. Kat kolam kan banyak nyamuk, tak mahulah. Kat bilik kan tempat tidur bukan tempat menunggu, nanti tertidur pulak. Tak naklah. Jadi, kat sinilah tempat menunggu yang sesuai.” Karl masih bersahaja.

“Ok, encik sila tunggu kat ruang tamu. Kalau penakut sangat meh saya temankan pergi sana lepas tu saya on kan tv untuk encik, boleh?” Karl mencebik.

“Tak naklah, saya nak duduk sini, nak tengok awak.” Aku ternganga mendengar tuturannya. Riak wajahnya masih biasa.

“Buat apa pulak nak tengok saya? Saya dah tak pakai lipstik merah macam encik tak suka tu pun..” Aku sengaja menduga, namun Karl gelak lagi.

“Sebab saya sukalah saya nak tengok.” Aku cepat-cepat berpaut di dinding. Takut pengsan. Betul ke apa aku dengar ni? Aduh, aku dah tak boleh kawal diri aku. Pipi aku, panasnya. Takpun, aku seorang je yang perasan ni?

“Ok, untuk pengetahuan encik, saya tak reti masak. Kalau encik nak makan juga, simpan lah lapar encik sampai esok dan jumpa Mak Mah, tak pun encik boleh makan lah kat luar!” Aku berpaling dan terus menutup lampu, meninggalkan Karl dalam gelap. Namun, aku masih dengar ketawanya yang menyapu cuping telinga aku hingga pintu bilik aku hentam kuat.

Aku nampak Karl asyik curi-curi pandang aku, tapi aku sengaja tak endah, buat-buat tak nampak. Aku tahu, dia sengaja ingin menduga aku, ingin bermain perasaan dengan orang gaji berkasta rendah seperti aku. Tapi, aku tak putus asa, aku akan buat dia betul-betul sukakan aku. Walaupun agak susah selepas aku hampir-hampir mendedahkan sisi negatif Qaseh, tapi aku akan berusaha sehabis baik.

Hampir dua minggu bergelumang dengan kerja sebagai orang gaji, hujung minggu itu aku keluar bertemu dengan Jehan, di mana lagi kalau bukan di KFC. Jehan melongo memandang aku.

“Ni.. Qaseh, kan?”

“Kau kenapa? Aku lah ni!” Jehan gelak sakan. Macam biasa hingga menekan-nekan perutnya. Melihat keadaan Jehan yang tak mungkin akan berhenti ketawa, aku bangkit. Tapi, segera dia menarik tangan aku supaya duduk kembali.

“Ni apa cerita ni? Dengan lipstik tebal, baju kurung, pakai contact lense bagai, ni.. sejak bila rambut kau panjang sampai ke siku ni? Story sikit?” Aku menarik nafas dalam-dalam, bersedia untuk bercerita.

“Ni bukan rambut aku, rambut palsu. Semua yang ada sekarang ni, adalah watak menggoda Seha.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience