BAB 13

Crime Completed 6851

Tak sangka, semuanya begitu pantas berlalu. Macam mimpi je. Aku akan kahwin dengan putera idaman aku! Macam koya akulah Cinderella, Kate Middleton pun ada! Tinggal lagi dua minggu sebelum majlis kami. Semuanya dah dirancang. Pihak mak bapak aku pun dah suka dan setuju, pihak keluarga Karl lagilah berganda teruja! Rupa-rupanya, mereka dah perasan yang anak teruna mereka dah suka aku sejak aku sampai rumah mereka, dan mereka pun suka!

Tapi, aku perasan sesuatu. Sejak dari aku keluar hospital sebulan lepas, aku dah tak nampak bayang Jehan. Telefon pun tak. Aku SMS dia cakap aku nak kahwin dengan Karl pun dia tak balas. Apa kena kawan aku ni, haa?

Mak andam pandang serong je bila Bob pun menyibok dalam bilik pengantin sementelah aku sedang bersiap untuk didandan olehnya.

“Kau ni kenapa, Bob? Kau sangap nak kahwin gak ke?” Aku nampak Bob macam tak tenteram. Nak kata pasal Karl, aku baru je telefon dia tadi. Baik-baik je mat saleh tu.

“Ini lebih besar dari aku nak kahwin! Ish, aku tak tahulah aku patut cakap kat kau ke tak..” Aku dah kerut muka, hati dah rasa tak sedap.

“Cakap je lah, dah terlanjur kau dah cakap! Pasal apa ni?!” Aku dah mula nak meradang. Hampir keluar kedut-kedut kat muka.

“Han.. Jehan!” Lambat-lambat Bob menjawab. Haa.. akhirnya keluar jugak nama tu dipendengaran aku. Ingat dah pupus!

“Kenapa dengan dia?!”

“Erm.. Qaseh adikku sayang.. er.. kau tahu tak?”

“Kau ni kalau nak citer, please straight to the point lah! Dah kalau kau tak kasi tau, camne aku nak tahu?!” Tu dia! Letupan Gunung Berapi Merapi dah keluar, sampai mak andam kat sebelah pun siap melatah dek terkejut!

“Ok.. take the deep breath.” Bob calm down kan aku yang dah memang down ni.

“Kau tahu tak nenek Han dah meninggal?”

“Haa?! Story more!” Aku mengadap Bob.

“Malam kelmarin, ada orang pecah masuk rumah dia. Nenek dia meninggal sebab jatuh tangga. Tapi, yang paling sedih, Han tak dapat tengok nenek dia buat kali terakhir dan tak dapat pergi kebumikan arwah sebab masa tu dia ada kat hospital. Dia koma. Qaseh, Han kena tikam!” Ya Allah! Terduduk aku dan gelas yang ada ditangan jatuh berderai ke lantai. Aku ternganga dan airmataku tiba-tiba menitis. Mak andam cuba mententeramkan aku.

“Kenapa.. kenapa baru sekarang kau bagi tahu aku?” Aku dah menangis berjela-jela. Mak andam dah tak daya nak lap muka aku.

“Sebenarnya, Han tak bagi aku beritahu siapa-siapa, petah lagi kau. Sebab.. dia tak mahu kau risau. Dia sayangkan kau. Sayang, kasih dan cinta, Qaseh!”

“Haa?! Apa kau mengarut ni, Bob?!” Apa ke banyak sangat kejutan yang aku terima hari ni?

Bob dah tunduk memandang lantai, juga kaca yang bertaburan yang masih belum dikutip.

“Aku minta maaf. Memang aku tak patut beritahu kau, dalam keadaan kau dah nak menikah ni. Aku bukannya nak kelirukan perasaan kau. Tapi, sebagai seorang kawan, aku rasa kau patut tahu. Sekarang, terserahlah pada kau untuk buat keputusan.” Bob bangun sambil melangkah keluar. Tapi, belum sempat dia melangkah lebih jauh, aku gamit tangan dia membuatkan dia memandang aku sambil angkat kening, betul ke apa yang kau nak buat ni?

Aku tarik nafas dalam-dalam. Dalam fikiran aku hanya ada Jehan. Aku bukannya nak memalukan sesiapa. Aku sayangkan Karl, tapi dalam masa sama, aku sayangkan persahabatan aku dengan Han. Sungguh, aku hanya sayangkan dia semata kerana hubungan seorang kawan dan abang kepada adik. Aku tidak menyangka perasaannya pada aku lebih dari itu. Aku perlukan jawapan. Aku perlu bertentangan dengan Jehan. Aku perlu bertemu Jehan!

Belum sempat agenda aku dengan Bob untuk lari curi dari majlis, seseorang menghalang kami. Karl? Sudah segak berbaju melayu, siap bersampin lagi. Aku hanya mampu memandangnya. Tak pernah aku rasa sebedebar ini. Dia ni macam ada sixth sense je. Boleh hidu apa aku nak buat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience