BAB 3

Crime Completed 6851

“Rileks la, Han. Mana tahu betul apa cik Qaseh cakap ni. Haa, see.. sekarang betullah apa dia mimpi, kita dah pun berjumpa, kan? Oklah, nice to meet you all. Han, jumpa in next meeting, ok?” Lelaki tadi melangkah laju sambil kami masih terpacak di tempat tadi.

“Sejak bila kau pandai nak mengorat ni, haa? Kau dah desperate sangat ke pada permintaan mak kau tu? Tapi, boleh tahan lah idea kau!” Jehan masih sambung ketawa.

“Betullah.. aku pernah jumpa dia, dalam mimpi..,” perlahan aku masih mengiakan. Teringat mimpi pada sebelah malam selepas mak aku melahirkan keinginannya. Mulanya aku fikir, ia hanya mainan tidur semata. Tapi, setelah bertentangan secara langsung begini, aku yakin ia bukan hanya sebuah mimpi kosong. Ia petunjuk!

“Han.. encik Mikael tu dah kahwin ke?” Jehan melihat ke langit, berfikir sejenak. Seketika kemudian dia menggeleng kepala laju.

“Lelaki macam dia baya aku tu, tak ada masa nak fikir soal nikah kahwin ni. Sibok nak kejar harta dunia lagi.” Aku pula yang mengangguk. Fikiranku mula merancang sesuatu bagi memenuhi kehendak mak.

“Han.. tolong aku?” Sengaja aku melembutkan suara. Cepat-cepat Jehan berpaling. Pelik agaknya aku bermanja dengannya. Dia angkat kening sekali, apa dia?

“Aku.. dapat rasakan dialah jodoh aku dunia akhirat, yang akan sehidup semati dengan aku sampai ke akhir hayat, yang akan..” Belum aku habis mukadimah, Jehan sudah rapatkan telapak tangannya mengadap aku.

“Hoo.. sorry. No, no and nope. Full stop. Qaseh, aku baru jumpa dia tiga kali termasuk kali ni. Dia tu klien terbesar aku, dan aku baru je dapat buat bisnes dengan dia. Setelah berabad kami bagi proposal, ni lah baru dia nak deal dengan aku. Macam mana aku nak matchkan dengan kau? Match dengan bisnes pun susah, inikan pula nak berkenalan apatah lagi bercinta dengan dia. Aduh, kau tak ada orang lain lagi selain dia ke yang kau berkenan?” Jehan sudah buka kitab ceramahnya. Aku geleng kepala lagi sambil tayang muka seposen.

“Kau tahu kan aku tak pernah bercinta dan tak pernah jatuh cinta?” Jehan dah cekak pinggang sambil mendengus perlahan, kalah mak aku.

“Kau ni high taste jugak, kan?” Aku senyum sampai ke belakang kepala dah rasa, moga-moga Jehan akan cair dengan godaanku.

“Tolonglah.. please? Memang, betul kita semua dah ditetapkan jodoh. Tapi, kita kena juga usaha dan ikhtiar. Betul tak? Dan.. nilah salah satu cara aku. Minta tolong kau. Jadi, sebagai sahabat sejati aku, kau kenalah tolong aku. Bab aku jumpa dia dalam mimpi tu memang aku tak tipu. Sumpah, betul! Aku nampak dia, aku tahu nama dia dan lepas tu aku tak ingat apa-apa. Tapi, aku yakin dialah pilihan yang tepat.” Kami sudah masuk ke perut kereta Kia Sorento warna putih milik Jehan. Jehan membatalkan niat menghidupkan enjin lantas mengalih sedikit postur tubuhnya mengadap aku di sisi. Aku mula fokus dengan tiap bicara Jehan, sahabatku yang kacak kalah Jehan Miskin!

“Ok.. listen. I tell you what. Apa aku tahu tentang dia, nama dia Mikael Eskandar. Orang yang kenal dia, termasuk staf pejabat dia akan panggil dia Karl. Mak dia bagi nama timangan tu untuk mengingati adik lelaki mak dia yang meninggal masa dia lahirkan Mikael ni. Dia ni ada kacuk Inggeris, iaitu mak dia. Pendek cerita mak dia ni mat saleh la asal England, convert Islam lepas kahwin bapak dia yang orang Melayu kita. Em, dia adalah anak lelaki yang handle bisness kat Malaysia. Abang kakak dia semua menetap oversea. Dia tinggal di sini dengan mak, ayah dan adik dia. Ok, ada paham? Kang aku bukak cerita pasal urus niaga dia, kau pitam pulak kat sini dengar.” Jehan sudah kembali ke posisi asal sambil mengidupkan enjin kenderaan.

“Haa.. dah paham. Eh, kalau susah sangat, kau carikan lah aku kerja kosong kat company dia? Lepas tu, serah pada yang pakar je lah kerja nak tackle makel ni!” Aku dah sengih nakal.

“Suruh kerja dengan aku pun banyak alasan, ni pulak nak kerja dengan company yang macam ni punya establish! Silap ari bulan, dia tu dah ada awek! Menangis lah kau! Tak kahwin kau, maknanya kena duduk sendiri lah lepas ni. Tak adalah orang nak basuh kan baju kau, kejutkan kau bangun tidur, siapkan sarap kau.. Itu jam, barulah kau tahu apa itu berdikari!” Aku dah pusing badan menghadap jalan. Lantak kau lah nak cakap apa, sahabat. Itu semua takkan melemahkah semangat aku. Aku ada masa 6 bulan dari sekarang. Yeah, misi untuk mengorat encik Karl bermula!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience