Introduction

Romance Completed 40391

sorang favourite murid kepada cikgu, yang lagi sorang menjadi bahan makian kepada cikgu.

Mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah tinggi Samdong-gu yang bernama Xi Luhan yang tabah menelan dengan semua makian gurunya tentang mendiang abangnya, Kris yang telah pergi 2 tahun yang lalu.Yoon Soomin, rakan sekelas Luhan yang baru berpindah di sekolah tinggi Samdong-gu dan merupakan pelajar yang cemerlang tetapi disebalik kecemerlangannya itu, Soomin menyimpan satu rahsia besar dan hanya rakan sepermainan sewaktu kecilnya sahaja mengetahui rahsia Soomin, iaitu Namjoo.

“Amik la,” – Soomin.

“wow,cloud 9! Serius bagi aku?” – Luhan.

Kecelaruan Luhan semakin menjadi-jadi, apabila dia dengan tidak sengaja telah mengucup Soomin dan membuatkan Soomin menjadi bertambah benci terhadap insan yang bergelar lelaki. Soomin mula membenci lelaki disebabkan rakannya di sekolah menengah rendah, iaitu Yoo Seungho yang sangat Soomin cintai telah meninggalkan dia dengan begitu saja tanpa khabar berita. Kecelaruan diteruskan apabila Sooyeon , iaitu kekasih Luhan meninggalkan Luhan tanpa bertali; dibiarkan begitu saja. Luhan hilang arah, punca kebahagiaannya telah pergi meninggalkan dirinya buat kali kedua selepas kematian Kris, abangnya.

Disaat Luhan tidak dapat menanggung penderitaannya, Soomin datang menghulurkan tangan kepada Luhan. Soomin dan Luhan menjadi kawan. Setelah Sooyeon meninggalkan Luhan, Soomin lah yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada Luhan supaya terus tabah dengan dugaan yang menimpanya.

“aku pun.. macam kau jugak.. kena tipu, ditinggalkan.. se- sebab namja tu lah aku benci lelaki dan agak sukar untuk menerima lelaki dalam hidup aku, sebab aku takut ditinggalkan macam tu.. dibuatnya macam aku takde perasaan.” – Soomin.

“jadi kita sama? Tapi kenapa kau tak cerita dekat aku?” – Luhan.

Saat Soomin mula membuka pintu hatinya untuk Luhan, Seungho datang menjelmakan diri dan mengharapkan cintanya diterima kembali oleh Soomin. Apa yang akan berlaku selepas itu? Adakah Soomin memilih Luhan atau Seungho?

Sanxie

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience