"yaa,Soomin,"
Luhan berjalan ke arah Soomin kemudian Luhan hairan dengan Soomin yang hanya membuat selamba dengan tegurannya itu. Akhirnya Luhan tahu apakah puncanya, rupanya Soomin sedang mendengar lagu menggunakan earphone. Luhan menjulingkan mata ke atas. 'Hm patut dengar sangat aku ckp kan?' gumam Luhan di dalam hati.
Luhan kemudiannya menarik earphone Soomin dengan rakus dan menyebabkan Soomin tersentak dan memandang Luhan dengan pandangan maut.
"yaa!!"
Soomin menjerkah barua tak guna yang menarik earphone dengan pandangan maut. ‘Huh! sudahlah aku penat menunggu bas tak sampai-sampai, pastu sedap mak nenek acik dia je nak rentap aku punya earphone, ewah banyak cantek dia! Huh!’ maki Soomin kepada barua tersebut di dalam hati.
“Luhan..?”
Soomin membuat muka terkejut manakala Luhan membuat muka kesah-lak-aku.
Luhan kemudiannya melabuhkan punggung di sebelah Soomin yang sedang memandangnya dengan pandangan bengang campur geram.
"Apa kau bu- ah! Bagi balik earphone aku!" Tengking Soomin kepada Luhan lalu dia ingin merampas earphone nya yang di tangan Luhan, malangnya Luhan awal-awal lagi sudah menyorokkan earphone miliknya. Soomin memberikan Luhan pandangan maut.
"Ape pandang-pandang? Aku tahulah aku kacak! Ahaks!"
“eih! Tolong ah jangan nak perasan! Kacak la sangat! Bagi ah balik earphone aku! Luhan!”
Luhan tersengih mendengarkan jawapan Soomin. Senyuman Luhan mati tatkala memandang tepat ke dalam mata Soomin. Luhan tergamam.
Luhan’s POV**
Bila perhati dekat-dekat si Soomin ni kan, aku perasan mata dia ni cantik doh,serius! Aku terkejut bila Soomin tangkap aku pandang dia. Aku buat muka donno selenge aku la. Aku perasan yang Soomin renung aku tajam.
"Luhan!"
Soomin menjerit nama aku.
Terus aku tersedar dari lamunanku dan memandang Soomin dengan pandangan toya.
"Soomin!"
Aku pun menjerit nama Soomin. Acah acah melawak la ni gagagagaga.
Soomin menjulingkan mata ke atas dan membuatkan aku tersengih.
"selalunya kan,hmm bas kan umm," saje je aku cakap satu demi satu hehehe nak tengok Soomin marah ke idok.
"ape haa ape?! Kau jangan macam eh," balas Soomin bagaikan mengugut. Aku tersengih.
"selalunya bas dkt sini sampai dlm sekitar pukul 11 or 12 la, sekarang pukul 9.." aku mengerling jam yang tersergam cantik dipergelangan tanganku.
"tipuuuuu!!"
Aku membuat wajah tidak bersalah lalu aku memandang Soomin yang membuat wajah seperti mahu menelanku hidup-hidup. Wuu~ sewramnyew~
"eh betul la weh, tak caye kau tunggu la nanti ade haaaaaa hahahahaha," suka pulak aku menyakat si Soomin ni. Wajahnya bila marah kelihatan sangat comel. Hehehehe.
*********
"eh betul la weh, tak caye kau tunggu la nanti ade haaaaaa hahahahaha,"
Soomin menjegilkan mata kepada Luhan kemudian Luhan membuat gaya mengalah sambil tersengih.
“okay ah okay, aku gurau aje hehehehe,”
Soomin menjeling Luhan lalu pandangannya dibuang ke arah jalan raya yang sibuk itu.
“weh,”
Luhan memandang Soomin yang matanya masih lagi setia memandang jalan raya itu. Luhan mengangkat keningnya tanda hairan.
“apa?”
“earphone.. bagi balik earphone aku…”
Luhan tergelak kecil lalu dia menyerahkan earphone kembali kepada tuannya. Laju Soomin merampas lalu menjeling Luhan. Luhan menggaru kepala.
********
Luhan memandang jam. Haih dah lama sangat ni, dah pukul 10 malam. Dia memandang Soomin, dia tersengguk-sengguk menahan tidur. Berpusing ko kepala dia 360 darjah. Luhan tergelak kecil melihat keadaan Soomin itu lalu Luhan perlahan-lahan menyentuh kepala Soomin lalu dibawa ke bahunya. Nasib baik Soomin tidak terjaga. Luhan menarik nafas lega.
Luhan merenung Soomin yang sedang enak tidur itu. Dia tersenyum kerana Soomin kelihatan comel dan lembut ketika tidur. Luhan tidak melepaskan matanya dari Soomin sehingga Luhan perasan riak wajah Soomin berubah bagaikan sesuatu sedang mengganggu lenanya.
“Soomin…?”
Share this novel