Bab 6

Romance Completed 40391

"Hello,hyung!" Luhan gembira apabila talian disambung.

"Hello,pehal happy sangat ni?" suara Yifan kedengaran seperti ketawa.

"Gelak pulak, mesti la happy sbb kite dah janji nak makan kat luar, wohoo! Lagi happy sebab hyung support, kekeke" kata Luhan bersama ketawa.

"oh,hyung nampak kau kat seberang jalan," Yifan ternampak Luhan di seberang jalan.

"tunggu situ! Hyung pergi sana," Yifan memandang ke arah lampu yang bertukar merah menandakan berhenti. Semua kereta berhenti. Yifan melintasi laluan zebra iaitu laluan penjalan kaki. Kelihatan Luhan yang berada di seberang jalan sudah pun melambai-lambaikan tangan kepada Yifan. Yifan tersengih melihat adiknya itu, saat Yifan ingin ke arah adiknya, snapback yang dipakainya terbang ke tengah jalan.

“adumak,”

Yifan berpusing kembali jalan dan mengambil snapback miliknya yang di atas jalan itu lalu Yifan membersihkan snapback miliknya.

“abis kotor, alahai.”

"HYUNG!!!!!!!"

Yifan memandang Luhan.

Bump!!!!

Yifan dilanggar kereta yang dilanggar oleh lori yang hilang kawalan. Badan Yifan melayang sehingga ke belakang kereta tersebut. Luhan terus berlari ke arah hyungnya sambil menangis.

"Hyungg!! Bangun hyung! Bangun!!!!!!" Luhan menangis sambil memeluk hyungnya.

"Andwae, hyung takleh mati lagi! Tak! Not the time yet!! No! No!!" Luhan menangis teresak-esak.

“Hyung!!!!!”

********

"kau!"

eomma Luhan terus ke arah Luhan.Wajahnya jelas kelihatan bengang dan sembab.

"mentang-mentang abang kau kene gantung sekolah, sedap je kau nak ajakk dia keluar sesuka hati! Eh kalau tak sebab kau yang ajak dia keluar, mesti dia kat rumah la!!" marah eommanya yang tak dapat dibendung lagi.

Luhan hanya duduk dan memandang lantai dengan pandangan kosong.

"eh kau dengar tak aku cakap?!" eomma Luhan geram dengan sikap Luhan yang hanya diam itu.

Panggg!!!

Luhan terkejut dan memandang eommanya. "eomma..," Luhan memegang pipinya Air matanya mula menitis.

"aku menyampah tengok kau!" kata eommanya.

"tunggu ape lagi?! Pegi la!"

Luhan akur lalu dia bangun dengan hati yang sedih dan meninggalkan eommanya.

********

"aigoo! Uri adeul! Kesiannye anak eomma!" eommanya menangis sambil memeluk keranda Yifan. Luhan mengintai dari luar, matanya berasa panas. Dia menangis di tepi pintu. Dia mengesat air matanya. 'Hyung, mianhae.. Neomu mianhae..' Hatinya sedih. Sangat terkesan dgn pemergian mengejut abangnya.

"Luhan," panggil seorang lelaki kepada. Luhan mengangkat muka. Abeoji!

Abeoji nya memeluk Luhan.

"not your fault,Luhan jinjja not your fault," abeoji nya menenangkan Luhan yang menangis itu. Dia menepuk lembut belakang Luhan.

********

Luhan tersedar dari tidur. Dia memandang sekeliling. ‘Heol,mcm mane aku boleh tertidur ni?’ Lagi sekali dia memandang telefonnya nya. Dia berkerut lalu mengeluh kerana notifikasinya masih kosong dan tiada tanda yang Sooyeon akan menelefon atau menghantar mesej kepadanya. Luhan mengerling jam ditangannya. Gosh! Dah pukul 10! Dah rehat kot! Dia bergegas bangun dan ke kantin.

********

Soomin mencari-cari kelibat Luhan. Namjoo disebelah perasan si Soomin yang seperti cacing kepanasan.

"ehem,cari sape?" Namjoo menyiku-yiku Soomin disebelah.

"tak.. Takde sape," Soomin berjalan mendahului Namjoo lalu dia duduk di meja yang kosong dan memandang keluar tingkap. Mata Soomin membulat kerana ternampak Luhan sedang berlari ke arah kantin. Soomin memerhatikan gerak geri Luhan sejak memasuki kantin sehingga dia selesai membeli makanan.

********

“nak duduk mana, eh?”

Luhan mencari tempat yang masih kosong sebelum matanya menangkap Soomin yang sedang memandangnya.

“Soomin? Haaa duduk jela kat meja Soomin, aku dah kebulur ni!”

Luhan terus mengatur langkah ke arah meja Soomin dan Namjoo.

********

Mata Soomin membulat bagaikan bola kerana terkejut melihat Luhan duduk di depannya. ‘eh, pahal mamat ni?!’

Luhan menjadi hairan kerana Soomin dan Namjoo memandangnya bagai dia seekor hantu entah dari ceruk mana datang duduk bersama mereka.

"ape?!"

"takde ape," Soomin terus memakan makanannya. Luhan membuat muka. Namjoo yang di sebelah Soomin hanya mengangkat bahu dan kembali menyuap makanannya ke dalam mulut.

Keadaan menjadi sunyi sehingga Luhan terperasan yang Soomin makan dengan comot. Luhan tergelak kecil.

"aigoo,makan pun comot ke? Macam bebudak hahaha," Automatik jemari Luhan mengelap bibir Soomin. Dia tersedar dengan tindakannya. Soomin tergamam seketika sebelum mengigit jari Luhan.

“adoiii!” Luhan mengaduh sakit lalu dia menarik jarinya yang digigit oleh Soomin itu.

“sakit la, gila! Kau apahal?!”

Soomin membuat muka menyampah. Sesedap dia je nak sentuh bibir orang. Pantang betul Soomin jika ada lelaki menyentuh bibirnya dengan tiba-tiba.

“eh kau ah yang apahal?! Kau dah kenapa sentuh bibir aku?! Nak mati?!”

“jadah? Weh aku lap bibir kau je kot, bukan kiss pun! Yang kau nak gigit jari apahal?!”

Mata Soomin membulat tatkala Luhan menyebut perkataan ‘kiss’.

“eng-engkau!”

Soomin menunding jari betul-betul di depan Luhan sehinggakan anak mata Luhan terjuling.

“apa?!” Luhan menepis jari telunjuk Soomin dan memandang Soomin dengan pandangan berang. Geram pula Luhan dengan yeoja macam ini. Sudah ditolong lapkan bibir, bukan mahu berterima kasih, dapat maki hamun adalah. Apalah nasib… haih.

“jangan mention pasal kiss!” Soomin bangkit bangun dan menyebabkan Namjoo memandangnya.

“eh, Soo.. kau nakgi mana? Rehat kan tak abis lagi,”

“ah! Bagi aku rehat dah abis! Aku nak masuk kelas! Malas aku nak layan mamat bebal ni,”

Soomin terus mengatur langkah meninggalkan Luhan serta Namjoo yang terpinga-pinga itu.

“Namjoo! Cepat ah makan!”

Tersedak Namjoo dibuatnya.

“iye! Iye!” Namjoo bingkas bangun dan memandang Luhan yang merenung Soomin dengan pandangan tajam.

“weh, weh..”

Luhan memandang Namjoo.

“apa,”

“kau jangan terasa hati lak, dia memang macam tu, well, anti-lelaki la katakan. Okay ah, bye Luhan!” Namjoo melambai tangan kepada Luhan sebelum membuang plastic makanannya ke dalam tong sampah.

“Soo! Tunggu!” Namjoo mengejar Soomin yang semakin jauh dari pandangan Luhan.

Sebaik kelibat Soomin dan Namjoo hilang dari pandangannya, fikiran Luhan kembali berputar kepada perkara yang diberitahu oleh Namjoo mengenai Soomin. Patutlah Soomin hanya berbual dengan pelajar perempuan, bila pelajar lelaki bertanyakan ataupun ingin berbual dengannya, huh, muka punyalah sombong tahap cipan! Macam lelaki makhluk yang asing seperti alien.

“oh… macam tu ke? Patut ah bukan main garang lagi dengan lelaki.” Luhan mengusap dagunya.

“hmm, kalau dia tak suka lelaki… so dia mesti tak pernah…” mata Luhan membulat.

“aku first kiss dia?!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience