Bab 1

Romance Completed 40391

Kelibat Seungho semakin lama semakin menghilang daripada pandangan Soomin. Soomin ingin mengejar Seungho tetapi tidak berdaya kerana kakinya bagai digam kuat.

“SEUNGHO!”

"Andwae!!! Khajimaa!" Soomin menjerit secara mengejut dan menyebabkan semua perhatian tertumpu kepadanya.

"Yaa, Soomin.." Namjoo(Apink), rakan baiknya mengoyang-goyangkan bahu Soomin sehingga Soomin membuka mata. Risau Namjoo melihat rakan sejak kecilnya itu tidak henti meracau di dalam kelas hampir setiap hari di sekolah. Di rumah? Entahlah, mungkin kerap berlaku. Namjoo memandang Soomin dengan wajah yang cukup bimbang.

Soomin membuka mata lalu mengangkat wajah dari meja. Kelihatan rakan-rakan sekelasnya termasuk cikgu matapelajaran Sejarah Korea sedang memandang dirinya dengan pandangan hairan. Soomin bingkas bangun dan membetulkan duduknya lalu dia berdehem perlahan. Soomin merasakan lengannya disiku lalu dia memandang gerangan yang menyikunya itu, rupanya Namjoo.

“kau okay?” soal Namjoo kepada Soomin sambil mempamerkan riak risau.

“okay,” jawab Soomin, pendek.

“Soomin!” Panggil Cikgu Kim dengan tegas. “kamu mengigau lagi? Semalam pun kamu mengigau jugak, apa nak jadi dengan kamu ni. Dah! Cepat pergi ke tandas, sekarang!” Arah Cikgu Kim terhadap Soomin.

“baiklah,cikgu.” Jawab Soomin dengan akur lalu dia bangkit dari tempat duduknya lalu kaki diatur ke pintu kelas.

“omoo,gapjagiya!!”

Soomin terkejut besar kerana melihat Luhan, iaitu rakan sekelasnya yang sering dijadikan ‘bahan lawak’ untuk dipertontonkan kepada murid serta guru di sekolahnya. Kasihan dia, tidak buat salah pun masih lagi didenda. Soomin sendiri keliru dan bingung mengapa guru sekolahnya amat tidak menyukai Luhan, walhal Luhan ini baik dan tidak pernah melanggar peraturan sekolah serta kerja sekolah selalu dihantar pada waktu yang ditetapkan. Hairan bin aneh Soomin dibuatnya.

“ah! Sorry!”

Luhan berganjak sedikit ke belakang dan kembali mengangkat kedua tangannya bak penjenayah yang ditangkap oleh polis. Jelas diwajahnya terpamer riak lenguh dan keletihan. Soomin berasa simpati dengan nasib Luhan.

“aa..niya,gwaenchana,” jawab Soomin sambil mempamerkan riak simpati. “um.. ya, aku nak tanye sikit, boleh?” Soomin bertanya kepada Luhan yang jelas kelihatan keletihan serta manik kecil mula membasahi dahi dan rambutnya itu. Wajah dikerutkan kerana menahan bahang matahari yang terik betul-betul berada di atas kepalanya. ‘Esh! Dah berapa lama dia ni berdiri ni?’Soomin bermonolog di dalam hatinya.

“hah, tanya la….. adoi, bapak panas..! ish,” Luhan mengesat peluh di dahinya dengan belakang tangan lalu keluhan kecil dilepaskan. Kemudian Luhan melonggarkan tali lehernya kerana terlalu panas dan hampir satu jam dia berdiri di luar kelas.

“dah berapa lama kau berdiri kat luar? Satu jam?” Soomin menduga Luhan yang memandangnya dengan wajah yang dikerutkan kerana menahan bahang matahari itu. Kedengaran keluhan berat dilepaskan oleh Luhan lalu anggukan kecil diberikan kepada Soomin. Mata Soomin membulat lalu Soomin mengintai kelasnya melalui tingkap dan berharap cikgu Kim tidak perasan yang dia berbual dengan Luhan.

Bagus! Cikgu Kim sedang ralit mengajar rakan-rakan sekelasnya lalu Soomin kembali memandang Luhan.

“weh,”

Luhan memandang Soomin dengan pandangan malas.

“berdiri dekat situ,” Soomin menunding jari ke arah tempat yang tidak mengenai cahaya matahari. “situ tak panas, okay bye” Soomin melemparkan senyuman kepada Luhan sebelum meninggalkan Luhan yang masih lagi terpinga-pinga itu sendirian.

*********

Soomin berhenti berjalan dan dia tersenyum kerana Luhan mengikut katanya. Luhan berdiri di tempat Soomin syorkan iaitu di depan loker yang menempatkan kasut. Soomin kembali mengatur langkah dan langkahnya mati kerana Luhan memanggilnya. Soomin berpaling memandang Luhan yang sedang tersenyum itu.

“oi,”

Soomin memandang kiri dan kanannya sebelum kembali memandang Luhan. Kali ini Luhan tersengih kerana dia terhibur melihat Soomin yang terpinga-pinga itu.

“ya?”

“thanks,” ucap Luhan dengan senyuman mesranya.

Soomin tersenyum lalu dia menganggukkan kepala, baru saja Soomin ingin mengatur langkah, lagi sekali langkahnya tergendala lalu Soomin berpaling kembali kepada Luhan. Soomin menyelup ke dalam kocek skirt lalu menyerahkan coklat Cloud 9 kepada Luhan.

“Amik la,” Pelawa Soomin kepada Luhan tanpa memandangnya.Luhan berasa pelik lalu dia tersenyum.

“wow,cloud 9! Serius bagi aku?” saja dia bertanya,bukan selalu dapat berbual dgn Soomin. Jarang beb!!

“taklah, nak bagi dekat dinding. Eh mesti la bagi dekat kau!” Soomin menjulingkan mata ke atas. “nak ke tak?” Soomin sengaja menduga Luhan yang kelihatan terliur itu.

“keurae, taknak sudah! Aku nak mak-” baru saja coklat Cloud 9 itu ingin dibuka plastiknya, pantas Luhan merampas lalu tersengih bak kambing di kandang Pak Mat. Soomin mengangkat bahu sambil tersenyum kecil lalu dia memasuki ke dalam kelas dan Luhan memandang kelibat Soomin hilang dari pandangannya sambil tersenyum.

“Ape yang kamu senyumkan tu,Luhan?! Berdiri sampai habis kelas?!” jerkah cikgu Kim dari dalam kelas dan membuatkan Luhan terperanjat. Luhan mengurut dadanya, ‘fuhh nasib baik la takdak sakit jantung noh!’ kata Luhan di dalam hati.

“baikk cikgu!!” balas Luhan sambil tersenyum memandang cloud 9 pemberian Soomin. “hari ni ada self-study, cantik! Aku nak say thanks ah kat Soomin,” ujar Luhan sambil tersenyum sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience