Bab 2

Romance Completed 40391

"Soomin, kau dah tahu tak ni nak buat mcm mana?" tanya Namjoo sambil buku tulis matematiknya dihala kepada Soomin.

"Yang mana?" Soal Soomin kembali sambil memakan Cloud 9. Namjoo tersenyum riang.

"haa yang ni!" Namjoo menunjuk.

Belum sempat Soomin berkata 'senang je ni' Luhan datang ke mejanya dan Soomin serta Namjoo memandang Luhan dengan pandangan hairan.

"Soomin," panggil Luhan sambil menggaru kepala. Soomin membuat muka toya.

"hmm?"

Luhan menggaru kepala lagi sekali dan berfikir mencari idea dan akhirnya dia mendapat idea.

"tak aku saje je datang sini nak cakap kau makan comot, tu je. Ok la gerak lu," kata Luhan lalu berjalan ke arah mejanya sambil menepuk dahi berkali-kali. Namjoo dan Soomin terpinga-pinga dengan sikap Luhan.

"hah,heol," kata Namjoo sambil mengelengkan kepala. "Soomin," Namjoo membuat muka nakal.

"hmm? Apa?" balas Soomin dengan wajah hairan.

Namjoo memuncungkan bibir. Soomin tersenyum melihat kawannya merajuk lalu matanya memandang Luhan yg sedang ligat bermain dengan pen-pennya. 'Dia ni self study ke,self playing game ni?'

********

"jumpa pagi esok,Soomin!" kata Namjoo lalu melambai-lambai tangannya terhadap Soomin.

"okay,jumpa esok!" balas Soomin sambil mengemas barangannya lalu dimasukkan ke dalam beg. Luhan menunggu Soomin yang sedang mengemas barangannya itu di tempat duduknya. Soomin sedari tadi mengemas barang, perasan yang Luhan masih lagi tidak pulang. Soomin mengangkat kening tanda hairan.

"hmm,tak balik ke? Ke nak tido sini?" tanya Soomin sekadar bersarkastik.

"Nak balik dah, cuma orang tu je tak reti nak kemas barang awal-awal," balas Luhan sambil tersenyum. "aa,tadi aku tak sempat nak ckp thankyou dkt kau sbb kasi coklat tu," Luhan bercakap perlahan.

Soomin memandang Luhan dengan muka berkerut. 'Dafuq man, tak dengar doh,serius!' Luhan mengangkat kening menyebabkan Soomin membuat muka 'haa? Ape-bende?'

"kau..dengar ke tak?" Luhan bertanya.

Soomin menggeleng.

"Um,terima kasih!" ucap Luhan. Ikhlas. Baru Soomin teringat yang dia ada memberi coklat cloud 9 kepada Luhan.

"Sama sama," balas Soomin.

Soomin perasan di luar kelasnya ada seseorang sedang terjenguk-jenguk sedari tadi, Soomin memandang Luhan yang dari tadi memandangnya.

"okay la,aku balik dulu," kata Soomin sambil melihat ke arah luar dengan kening yang berkerut.

Soomin mengatur langkah ke arah pintu, disebabkan Soomin keluar dengan mengejut, Sooyeon(Jessica SNSD) terkejut bak beruk.

"omo, gapjagiya!" Sooyeon mengurut dada dek terkejut.

Soomin membuat muka dah-kenape? Lalu dia berjalan menuruni tangga. Luhan terdengar jeritan kekasihnya. Luhan menjenguk ke luar kelas, kelihatan seorang yeoja yang sedang mengurut dada dek terkejut dengan Soomin yang meluru keluar dengan mengejut itu. Luhan tersenyum nakal. Dia berjalan perlahan ke arah Sooyeon.

“bahh!”

“ARGHHHHH!” Sooyeon terus membelasah Luhan dengan beg sekolahnya. Hampir nak terjatuh Luhan dibuatnya, Luhan tergelak besar kerana dapat mengenakan yeoja chingunya. Kah kah kah, sangat terhibur!

**********

Soomin bersabar menunggu bas sambil mendengar lagu. Sudah 20 minit Soomin berada di perhentian bas, satu bas pun tidak menunjukkan mahu berhenti hatta datang mengaut Soomin yang duduk itu. Hatinya menjadi panas! 'Siut! Klau aku tahu jdi cenni ah, takde aku stay sekolah sampai mlm!' Sumpah Soomin di dalam hati lalu keluhan berat dilepaskan.

Luhan meregangkan badan. Letih kerana melayan keletah Sooyeon. Luhan tersenyum sendiri tatkala teringatkan akan Sooyeon.

Telefon Sooyeon berbunyi menandakan ade mesej telah masuk. Sooyeon melihat telefonnya manakala Luhan membuat muka 'kenape?'kerana hairan melihat perubahan wajah Sooyeon itu. Sooyeon mengeluh. Dia memandang Luhan dengan wajah yang bersalah. Luhan menjadi pelik dengan pandangan sayu Sooyeon itu.

"ya, kenape pandang mcm tu?" Luhan menggosok hidungnya menahan malu. "tahu la handsome,kan?" tanya Luhan sambil tersengih. Sooyeon tersenyum lalu memegang jari jemari Luhan dan melentokkan kepala di bahu Luhan.

"awak,saye kena balik awal harini." Sooyeon memandang Luhan. "takpe,kan?"

Luhan terdiam seketika. "hmm hal penting lagi eh? Ok ok, saye paham!" Luhan tersenyum kepada Sooyeon.

Sooyeon tersenyum pahit. "sini kejap,nak bisik something," Sooyeon menyuruh Luhan mendekatinya.

Jessica mengucup pipi kiri Luhan dan terus berlari sambil berkata,

“ bye bye! See u tomorrow Luhan! I love you so much!”

*********

Luhan tersenyum sendiri lalu memegang pipi kirinya. Sedang syok-syok Luhan melayan perasaannya, dia ternampak Soomin yang masih berada di perhentian bas.

‘Soomin? Dia tak balik lagi ke?’ Luhan bermonolog di dalam hati. Jam di tangan dikerling, mata Luhan membulat kerana sudah hampir satu jam Soomin duduk di situ. mengikut pengiraannya lah, kalau betul, memang dahsyatlah Luhan ini.

“hmm, nak pergi ke taknak eh?” Luhan tertanya-tanya sama ada mahu ke perhentian bas ataupun tidak. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

“ah! Pergi ajela!” Luhan membuat keputusan untuk ke perhentian bas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience