Soomin sudah bersiap untuk keluar dari rumah sebelum tiba-tiba telefonnya berdering diminta diangkat. Kening Soomin terangkat sebelah.
"yeoboseyo,abeoji?"
Soomin tercengang.
"mwo..ya?"
"arasseo,abeoji.. Soo pergi sekarang jugak." Kata Soomin sambil mengesat air matanya dan bergegas keluar rumah untuk ke hospital.
‘Luhan… please bertahan!’
*******
"abeoji!" Soomin berlari mendapatkan abeoji. Kelihatan wajah abeoji resah.
"abeoji.. macam..macam mana dengan Luhan? Dia..selamatkan? Kan?" Soomin memegang lengan baju abeojinya dengan kuat. Kolam matanya pecah kembali.
"sabar Soo, doktor tak keluar lagi, abeoji tahu Luhan kuat, dah-dah jangan sedih," abeojinya menggosok-gosok bahu Soomin untuk menenangkannya.
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Doktor yang merawat Luhan keluar dari bilik ICU. Doktor yang name tag nya tertera,Doktor Lee ke arah mereka.
"kamu berdua ni saudara patient di dalam ke?"
"ya! Kami saudara dia, macam mana keadaan dia? Dia.. okay kan, doktor?" Soomin menjawab bagi pihak abeojinya.
Doktor itu menggeleng. "dia dalam keaadan sangat kritikal, dia kehilangan banyak darah. Puratanya sebanyak 90%. peluang untuk anak encik hidup adalah 50% dan kemungkinan 50% ... mati," doktor Lee menepuk bahu abeoji Luhan. "sekarang dia hanya bergantung kepada mesin hayat untuk hidup.. saya dah buat yang terbaik." doktor Lee meminta diri untuk pergi lalu dia meninggalkan Soomin dan abeojinya.
"abeoji, ottokhae..." Soomin terduduk lalu dia menangis teresak-esak. terdapat banyak persoalan di mindanya. Macam.. macam mana Luhan boleh jadi macam ni?
‘Luhan! Chaebal! Jangan tinggalkan saya!’
********
Soo merenung Luhan yang masih tidak sedarkan diri itu. Air matanya bergenang dikelopok dan tanpa menunggu, ia jatuh menitis di pipinya. Jari jemari Luhan dicapai dan digenggam erat.
“Luhan… ppalli ireona… saya rindu nak dengar suara awak…” rintih Soomin lalu mengesat air mata dengan belakang tangan.
“Soo..”
Pantas Soo menoleh kebelakang. Kelihatan Namjoo dan Chanyeol di muka pintu sambil melemparkan senyuman nipis. Kelihatan ditangan Chanyeol sejambak bunga. Soomin tersenyum nipis.
“awak.. Chanyeol dengan Namjoo datang.. hah, Chanyeol siap bawak bunga lagi untuk awak… awak, bangun la… cakap la sesuatu..”
Namjoo tidak dapat menahan rasa sebaknya lalu dia menutup mulut dan air matanya berderai.
“Namjoo.. awak okay?”
Pantas Namjoo menggeleng. Chanyeol mengeluh kecil.
“awak nak saya yang cakap?”
Namjoo menganggukkan kepala lalu dia berpusing dan mengatur langkah keluar dari wad Luhan. Chanyeol mengeluh lagi.
“Soo..”
Soomin tersentak lalu dia memandang kebelakang.
“hmm?”
Chanyeol ke arahnya lalu memberikan bunga kepada Soomin. Soomin menguntumkan senyuman nipis.
“Im sorry about Luhan…”
Soomin tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum nipis lalu memandang seraut wajah yang sedang terlantar di atas katil itu.
“gwaenchana… benda dah jadi…”
Chanyeol memandang Soomin yang sedang meletakkan bunga di pasu yang disediakan oleh pihak hospital.
“Soo..”
“ya?”
“aku nak bagitahu kau ni..”
Soomin menjadi hairan dan tertanya-tanya lalu dia memandang Chanyeol yang tercegat di tengah wad Luhan itu.
“nak bagitahu apa? Cakap la,” Soomin melemparkan senyuman kepada Chanyeol.
“haritu.. ada orang cuba untuk bunuh Namjoo..”
Soomin terkedu.
“apa..? ada orang nak bunuh Namjoo?”
Chanyeol mengangguk lalu dia menghela nafas.
“tapi nasib baik time tu, aku hantar dia balik rumah.. masa Namjoo masuk rumah tiba-tiba dia menjerit dan aku tak blah lagi masa tu.. pastu aku terus terjah masuk rumah dia.. aku terkejut nak mati sebab ada… Seungho…”
Soomin menekup mulutnya.
“nasib menyebelahi Namjoo sebab aku time tu tengah pegang payung. Then aku terus smash Seungho dengan payung aku.. pastu dia pengsan terus..”
“Namjoo.. dia cedera ke?”
Chanyeol menggeleng dan Soomin menarik nafas lega.
“sekarang kau dah tak perlu risau..”
Soomin memandang Chanyeol yang tersenyum itu.
“dia dah ditangkap masa tu jugak…”
Soomin menarik nafas lega lalu air matanya berderai. Soomin berlari ke arah Chanyeol lalu dipeluk erat rakannya itu.
“Gumawo, Chanyeol! Neomu neomu gumawoyo!” ungkap Soomin sambil tersenyum lega.
“naa.. small matter…” Chanyeol menepuk belakang badan Soomin sebelum Soomin bertindak meleraikan pelukannya. Dia melemparkan senyuman paling manis buat Chanyeol sebelum dia berlari ke arah pintu.
“Namjoo!”
*******
Soomin memandang keluar tingkap. Sudah seminggu berlalu dan segala telah terungkai. Rupanya Seungho juga yang telah menikam Luhan dan menyebabkan Luhan kehilangan banyak darah. Soomin berjanji di dalam hatinya yang dia tidak akan memaafkan lelaki yang bernama Yoo Seungho itu. Takkan. Itu janji pada dirinya.
“Soo!”
Soo menoleh memandang gerangan yang memanggil namanya itu. Soomin tersenyum nipis.
“cepat la! Majlis graduasi dah nak mula ni..”
Soomin mencebik lalu dia bangkit dari kerusinya sebelum keluar kelas, Soomin menoleh kebelakang. Ruangan kelas ditilik untuk seketika. Selepas ini dia akan merindui tempat yang bernama kelas. Soomin mengakhirkan pandangan pada meja Luhan. Adakah Luhan sudah sedar? Soomin mengeluh. Sudah 3 hari dia tidak melawat Luhan kerana kesibukan untuk persediaan peperiksaan kemasukan Universitu serta majlis Graduasi.
“Soo! Ppali!”
“nae!”
Soomin berlari ke arahh Namjoo dan Chanyeol yang berdiri di muka pintu itu.
“asal lama sangat? Orang semua dah kat dewan kot.” Omel Namjoo kepada Soomin.
“lepas rindu, la tu…”
“diamlah kau, Yeol!” Soomin menolak Chanyeol dan akhirnya mereka ketawa bersama.
******
“Soo! Cepat! Nanti kena duduk belah belakang! Aku tak suka belah belakang!”
Soomin menjulingkan matanya. Ek eleh, minah ni!
“eh, Yeol.. sejak bila awek kau jadi minah depan ni? Bukan ke selama ni dia minah belakang?” Soal Soomin kepada Chanyeol yang tersengih itu.
“I don’t know… sejak tadi mungkin?”
“eh cepat laa! Nanti ramai orang susah nak dapat tempat duduk! Aku nak bahagian tepi!”
Soomin memandang Namjoo pelik. Dah kenapa pula Namjoo ni? Buang tabii ke? Lain macam? Sejak bila pula dia ni suka duduk bahagian tepi ni?
“aku heran betul la.”
“ehh! Soo! Sana kosong! Cepat-cepat!” Namjoo menolak-nolak Soomin ke bahagian paling hujung; kerusi paling hujung. Soomin mendengus.
“ish, takyah la tolak.. aku tahu la nak jalan cemana, bukan cacat lagipun!” Soomin menarik muka masam.
Setelah mereka mendapat tempat duduk masing-masing, kelihatan Tuan Pengetua memasuki dewan dan mereka mulai berdiri sebagai tanda hormat. Sebaik sahaja Tuan Pengetua sampai di atas, mereka dijemput duduk.
Soomin langsung tidak memberikan fokus terhadap apa yang dikatakan oleh Tuan Pengetua. Bosan!
“baiklah… jadi, untuk menyemarakkan lagi majlis ini, saya ingin menjemput wakil dari kelas 3-2 untuk memberikan ucapan untuk kali terakhir.. silakan..”
Kedengaran mikrofon dialihkan. Soomin mendengus.
“Terima kasih, Tuan Pengetua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk memberikan ucapan buat kali terakhir.”
Soomin terkesima. Suara ni…? Pantas Soomin memandang depan. Mata Soomin membulat kerana tidak percaya dengan apa yang dia lihat.
“baiklah. Pertama sekali.. saya ingin berterima kasih kepada guru-guru yang mengajar saya walaupun mereka tak suka saya.. saya tak kesah.. saya nak jugak berterima kasih sebab mengajar saya mengenai ketabahan dan kesabaran. Biarlah apa yang berlaku ini menjadi kenangan. Takpayah diingat sebab saya taknak ingat dah.. keduanya….” Lelaki ini mengangkat wajah memandang seisi dewan yang memandangnya itu. Dia tersenyum manis. “Keduanya…. Yoon Soomin..” Soomin memandang tepat ke arah lelaki itu. “…. Saya mintak maaf sebab sedar lambat dan saya nak bagitahu awak yang saya rindu sangat-sangat dengan awak.. do you miss me?” Mata Luhan berhenti tepat ke arah Soomin yang duduk tidak jauh darinya.
Soomin tersenyum nipis lalu dia berdiri dan membuatkan seisi dewan memandangnya. Soomin lantas berlari ke arahh pentas. Setibanya di atas pentas, Soomin mengesat air matanya lalu dia berlari dan memeluk Luhan seeratnya. Sesungguhnya dia sangat rindukan insan yang bernama Xiu Luhan.
“ppabo…” Ucap Soomin perlahan. “I miss you soo much…” Pelukan Soomin dibalas.
Kedengaran satu tepukan dan diikuti satu dewan menepuk tangan terhadap Soomin dan Luhan.
“Saya pun rindu awak sangat-sangat…”
“jangan buat macam tu lagi… I can’t imagine my life without you beside me….” Luhan tersenyum mendengarkan apa yang dikatakan oleh Soomin itu.
“saya janji.”
Soomin mengangkat mukanya lalu menatap wajah Luhan yang itu sepuas-puas sebelum Luhan merapatkan wajahnya kepada wajah Soomin. Kedengaran satu dewan memberikan sorakan kepada mereka berdua.
-TAMAT-
Share this novel