Bab 8

Romance Completed 40391

Soomin sudah bersiap sedia dengan berpakaian serba hitam dan putih. Dia mengenakan skinny black jeans dan sweater shirt berwarna putih.

Telefon milik Soomin bergetar menandakan ada panggilan masuk. Soomin bergegas mendapatkan telefonnya.

Nama Luhan tertera di skrin telefonnya. Pantas Soomin menjawab panggilan Luhan.

“yobeo..”

“aku dah sampai, cepat turun.”

Panggilan ditamatkan.

Soomin memandang telefonnya dengan wajah tidak percaya. Berani betul dia buat Soomin begitu. Kurang ajar!

“ei, kurang ajar betul. Letak macam tu je?! Ish,”

Soomin terus mengatur langkah ke arahh pintu bilik dan bersedia untuk turun ke bawah.

*******

“Soo, nakgi mana?”

Soomin memandang eomma nya. Kelihatan eomma nya sedang menyiapkan makanan malam. Wajahnya jelas terpinga-pinga melihat anak tunggalnya itu berpakaian seperti ingin keluar rumah.

Soomin menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu dia tersengih.

“um.. Soo nak jumpa kawan jap, boleh kan eomma?” pinta Soomin sambil membuat wajah sedih.

“boleh, tapi jangan lewat sangat,”

Soomin terus tersengih sampai ke telinga mendengarkan jawapan eommanya.

“baik eomma! Thankyou eomma!”

*******

"mana?" tanya Luhan sambil memandang Soomin yang berhenti daripada berjalan.

"tu," Soomin menunjuk ke arah satu rumah banglo yang kelihatan sunyi itu.

Luhan terpegun.

Soomin hairan melihat riak wajah Luhan yang seperti terpegun itu.

“nak tanya boleh?” Luhan memandang Soomin.

“Dia tak penah ajak kau datang rumah ke?” Soomin bertanya sambil memandang Luhan.

"tak penah," balas Luhan dalam nada mendatar. Matanya masih memandang rumah Sooyeon. Wajahnya kelihatan amat kecewa.

Soomin terus menekan loceng rumah. Pantas Luhan memandang Soomin sambil mata dijegilkan. Soomin hanya membuat wajah selamba.

Tiada tanda-tanda yang pintu bakal dibuka. Soomin bengang lalu dia menekan loceng berkali-kali dan membuatkan Luhan bertambah takut.

"yaa,hajima!" Luhan menggenggam tangan Soomin.

“shireoyo!”

Soomin ingin menekan lagi loceng rumah itu dengan tiba-tiba pintu dikuak kasar dan menyebabkan Soomin ke belakang sedikit.

"Yaa! Dah lama hidup ke?!" jerkah penghuni rumah banglo tersebut dalam dialek Masan. Wajahnya berbentuk petak dan matanya kelihatan sangat tajam dan sepet. Soomin dan Luhan menahan tawa mereka.

"mak cik baru pindah ke? Um…" Soomin memulakan bicara sambil menahan tawa.

"haah! Baru pagi tadi sampai! Nak ape?!" balas mak cik itu. Kasar.

"oh okay… hm makcik? Makcik penah nampak perempuan ni?" Luhan menghulurkan telefonnya kepada mak cik itu.

Mak cik itu mengambil telefon Luhan lalu wajah Sooyeon diamati olehnya, lama.

“mak cik…?”

"tak! Aku tak penah nampak!"

Mak cik itu memulangkan telefon kepada Luhan dengan kasar.

Luhan mengambil telefonnya daripada mak cik itu. Gambar Sooyeon ditenung lama. 'Kenape? Kenape orang yg aku sayang tinggalkan aku? Aku takde sape kecuali abeoji' tanpa dia sedar air matanye menitis.

Sebaik sahaja mak cik itu menutup pintu dengan kasar, Soomin terus mengutuk mak cik tersebut dengan wajah meluat.

“eleh.. kecoh betul la mak cik.. orang tanya je,”

Soomin memandang Luhan dan dia terkejut kerana Luhan menangis sambil mata tepat pada skrin telefonnya.

“Luhan…”

Luhan memandang Soomin sambil mengesat air mata menggunakan belakang tangan.

“hmm?”

“kau.. menangis eh?”

"tak.. mana ada la," Luhan melemparkan pandangannya ke tempat lain; menyembunyikan fakta yang dia sememangnya sedang menangis. “aku.. balik dulu.. thanks, Soomin.” Luhan terus berlalu pergi meninggalkan Soomin bersendirian. Soomin terpinga-pinga dengan tindakan Luhan.

“y-ya!! Yaa ddo saeki!” Soomin menunding jari terhadap Luhan yang semakin menjauh itu. Soomin menggigit bibir. “kurang ajor betul mamat ni,” Soomin memandang tajam ke arahh Luhan yang semakin menghilang dari pandangannya itu.

“YA, XI LUHAN!!!”

*******

Soomin menongkat wajahnya sambil pen dijari diputar-putarkan. Pembelajaran pada hari ini amat membosankan dan tidak menarik minatnya. Fikirannya jauh menerawang terhadap insan bernama Xiu Luhan. Tanpa dipinta, mata Soomin menjeling tempat duduk Luhan yang kosong itu. Ya, Luhan tidak hadir ke sekolah hari ini.

"oi,”

Soomin menjeling Namjoo yang berada sebelahnya.

“omo, gapjagiya!”

Soomin menjerit dengan kuat dan membuatkan seisi kelas memandang ke arahhnya.

“Yoon Soomin, Kim Namjoo,”

Soomin dan Namjoo memandang guru matapelajaran matematik mereka sambil tersengih bagaikan kambing.

“mianhae, cikgu..” ucap Soomin sambil menggaru kepala. Soomin menjeling Namjoo dengan pandangan maut.

“saya pun nak cikgu, mianhada..” Namjoo melemparkan senyuman plastik.

“hm, keurae.. kalau saya nampak awak berdua main lagi di dalam kelas saya, saya akan berikan latihan math dua kali ganda,”

Membulat mata Soomin dan Namjoo.

“paham tak?”

“paham, cikgu!”

“bagus,”

Cikgu Surim menyambung kembali pengajaran yang tergendala tadi.

Soomin memandang Namjoo yang menyimpan rambut palsu ke dalam begnya.

“kau memang nak mati, kan?”

Namjoo memandang Soomin sambil tersengih.

“ala chill la.. aku gurau je. Actually aku heran dengan kau.. sejak pagi tadi senyap je,” Namjoo memandang Soomin yang kembali senyap itu. “oi.. tengok tu.. aku cakap sesorang lagi! Ya, Soo…” Namjoo hairan melihat Soomin yang asyik memandang pada suatu tempat lalu dia juga turut mengikut arah pandangan Soomin.

"Luhan tak datang? Pelik.." Namjoo menjadi hairan lalu Soomin kembali dipandang.

Wajah Soomin jelas terpapar riak bimbang.

“Soo,”

Soomin memandang Namjoo dengan ekor matanya.

“apa?”

"balik nanti kita singgah tengok Luhan,nak?" cadang Namjoo. Soomin terus memandang Namjoo dan duduknya dibetulkan.

“boleh gak,”

“okay, deal?”

“deal,”

******

"Namjoo,"

Namjoo memandang Soomin yang disebelahnya.

"ye?”

“kau tahu ke rumah Luhan ni?”

Namjoo menjulingkan mata ke atas.

“of course la tahu! Aku kawan dengan dia sejak…” kata-kata Namjoo tidak dihabiskan. Namjoo terdiam dan membuatkan Soomin hairan.

“la kenapa diam? Abiskan la ayat kau,”

“tak.. tak ade la,” Namjoo meneruskan langkahnya.

“ehh, Namjoo!”

*******

Namjoo menekan loceng rumah Luhan. Soomin terkesima melihat rumah bangle tiga tingkat itu. Bapak besar!

Kedengaran suara seorang namja mengatakan ‘sekejap’. Ya, tak lain tak bukan, suara Luhan. Pintu rumah dikuak dan tersembul wajah Luhan yang jelas terkejut dengan kehadiran Soomin dan Namjoo.

"Namjoo..? Soomin?" membulat mata Luhan. tidak menyangka mereka datang ke rumahnya.

"aah.. masuk la," pelawa Luhan.

Namjoo dan Soomin memasuki ke dalam rumah Luhan. Lagi sekali Soomin terpegun. Bapak cantik! Dah kalau luar dah cukup buat Soomin berangan memilik rumah yang besar, sudah semestinya ruangan dalam lagi kaaboom gituw!

“jaga sikit mulut kau tu, kang masuk lalat haa tak tahu,”

Dengan serta merta Soomin menekup mulutnya. Malu kerana Luhan menegur kelakuannya.

“haa duduk la, aku buat air jap,” Luhan terus mengatur langkah ke dapur.

Sebaik sahaja kelibat Luhan menghilang ke dapur, Soomin terus merentap lengan Namjoo.

“Namjoo!”

“amende,”

“bapak besar kot rumah Luhan..!”

“dah kalau besar, ‘kot’ tak perlu ada weh,”

Soomin mengetap gigi. Ehh budak ni.. berloyar buruk pulak. ‘Aku siku jugak kepala dia ni.’ Soomin bermonolog di dalam hati.

“tak guna la kau ni,”

“what?”

“malas aku nak cakap dengan kau,”

Soomin terus menolak Namjoo menjauhi dirinya. Namjoo ketawa dengan kelakuan Soomin.

“amboi, sakan nampak,”

Soomin dan Namjoo memandang Luhan yang sedang menatang air untuk disajikan kepada mereka. Pantas Soomin bangun dan membantu Luhan.

“ehh, biar aku bawak! Kau bawak air macam nak tumpah, macam la lantai ni tanah tak rata kau buat! Meh, biar aku bawak! Elok-elok orang minum air, tak pasal-pasal aku dengan Namjoo gigit gelas,”

Serentak Namjoo dan Luhan ketawa dengan lawak spontan Soomin itu. Dulang bertukar tangan.

“haa, ni apesal korang datang rumah aku ni? Rindu ke,” soal Luhan sejurus dia melabuhkan punggung di sofa bertentangan dengan Soomin dan Namjoo. Namjoo memandang Soomin. Tiba-tiba dia mendapat idea.

“rindu? Ha’ah.. memang rindu, lagi-lagi si Soo ni. Bukan takat rindu je, risau sekali pun ada,”

Membulat mata Soomin. Pantas Soomin memukul bahu Namjoo.

“adoi! Apa? Betul la kan? Kau as-” pantas tangan Soomin menutup mulut Namjoo. Kalau dibiarkan Namjoo ni bercakap, memang segala benda merepek jelah yang keluar, takde benda baik langsung yang keluar.

“haa amik kau! Mulut mereti nak jaga!” Soomin menolak Namjoo sehingga Namjoo bersandar pada sofa.

Soomin perasan yang Luhan memerhatikan dirinya. Pantas Soomin memandang Luhan. Ya, Luhan memandangnya atau lebih tepat iaitu merenung dirinya.

“kau-”

“betul ke kau risaukan aku?”

Soomin terdiam kerana soalan Luhan itu. Namjoo memandang Luhan dan Soomin bersilih ganti.

“Soomin…”

Soomin masih lagi diam.

“Soomin, betul ke?”

Soomin memejamkan mata. ‘Tak guna kau Namjoo. Kau siap balik nanti.’ Soomin bermonolog di dalam hati.

“um.. Luhan, aku gi tandas jap eh..” pantas Namjoo bangkit dari duduk dan berjalan menuju ke arahh tandas.

Sebaik sahaja Namjoo menghilang untuk ke tandas, Soomin menghela nafas berat. ‘Babun punya kawan! Tak guna kau!’ Soomin menyumpah Namjoo di dalam hati.

“Soo.”

Soomin terus membuka matanya, dia terkejut kerana Luhan memanggil nama panggilannya. Hati Soomin bagaikan terkena renjatan elektrik. Buat pertama kalinya, ada namja yang memanggil namanya dengan nama panggilan selepas Seungho. Soomin melarikan pandangannya; mengelak dari membuat sebarang tentangan mata antara Luhan dan dirinya.

“Soo.. betul ke kau risau kan aku? Jawab la.. kau nak aku duduk sini ke atau pergi dekat kau?”

Mata Soomin terbeliak. What the hell this boys!!

“Soo… aku tanya for the last time, it is true about you were worried about me? Kau tak jawab, aku pergi dekat kau..”

Soomin memejamkan mata lalu mengeluh berat.

“ye! Betul! Aku risaukan kau! Aku risaukan kau sejak semalam lagi! Pu- eh kau apasal bangun?” Soomin menjadi hairan melihat Luhan yang sudah bangun dari duduknya dan sedang menuju ke arahhnya. Soomin menelan air liur kelat. Luhan melutut lalu dia memandang Soomin.

Soomin tercengang saat Luhan memeluknya erat. Soomin ingin bersuara tetapi lidahnya berasa kelu.

“gumawo..”

Soomin terkedu tatkala Luhan mengucapkan terima kasih kepadanya. Soomin hairan, apa yang telah Soomin lakukan sehingga Luhan mengucapkan terima kasih kepadanya? Soomin buntu.

“gumawo sebab risaukan aku…”

Soomin tersenyum tipis lalu dia membalas pelukan Luhan. Belakang Luhan ditepuk lembut.

“sama-sama, Luhan..”

Sebaik sahaja Soomin membalas ucapan terima kasihnya, Luhan meleraikan pelukan lalu dia mengesat air matanya. Sungguh dia terharu kerana masih ada insan yang risaukan akan dirinya.

“Luhan…”

Luhan mengangkat muka memandang Soomin.

“boleh aku tanya sesuatu?”

Luhan mengangguk.

“Sooyeon.. dia tak pernah risaukan kau ke? Eh jangan salah paham! aku tanya sebab cara kau ucap terima kasih tadi tu macam itu kali pertama ada orang risaukan keadaan kau… itu je,” Soomin menggaru kepalanya.

Luhan terdiam. Soalan Soomin membuatkan dia tersedar sesuatu, selama dia dan Sooyeon bersama, Sooyeon tidak pernah menunjukkan sebarang perasaan risau akan dirinya, jika ditanya, jawabnya ‘lelaki kan kuat, untuk apa risau?’ Luhan menundukkan kepala lalu dia menggeleng.

Soomin terkejut. Biar betul?! Takkan Sooyeon tidak pernah risaukan akan Luhan?! Perempuan jenis apakah itu?!

“serius ah?!”

“serius,”

“ehh dia tu manusia ke robot?! Amende tak risau pasal kau? Eh pelik la!” Soomin menyilangkan tangan di dada.

“entah la.. bukan tu je, kalau aku nak kiss dia.. dia macam mengelak..”

Soomin terdiam. Luhan yang sedang memandang lantai dipandang. Terbit rasa kasihan dalam diri Soomin.

“Luhan…”

Luhan mengangkat wajah dan memandang tepat ke dalam anak mata Soomin.

“gwaenchana…”

Soomin menepuk bahu Luhan berkali-kali sambil tersenyum. Luhan tidak dapat menahan rasa sedihnya lalu air matanya menitis lagi.

Soomin berasa kasihan dan simpati lalu dia turut duduk di lantai lalu Luhan dipeluknya erat; menenangkan Luhan.

Namjoo mengintai mereka berdua dari tandas. Namjoo mengeluh. Sudah diduga perkara sebegini akan terjadi, Luhan tetap berdegil ingin bersama dengan Sooyeon. Sekarang tengok lah siapa yang merana? Namjoo menyandarkan kepada di dinding lalu mendongak merenung siling. Fikirannya menerawang pada tahun lepas, tahun di mana Luhan meluahkan rasa sukanya kepada Sooyeon yang merupakan pelajar yang mempunyai masalah keluarga tetapi bijak dan sentiasa menjadi pelajar contoh di sekolah. Disebabkan itulah Luhan terpikat dengan Sooyeon. Walaupun mempunyai masalah keluarga, dia tetap tabah menjalankan kehidupannya. Namjoo memejamkan matanya.

“aku dah cakap benda cam ni akan jadi…” Namjoo memicit pelipis matanya.

*******

“Soomin..”

“hmm?” Soomin meleraikan pelukannya lalu Luhan dipandang.

“terima kasih.”

Soomin tersenyum. Belum sempat Soomin ingin membalas ucapan terima kasih Luhan. Luhan merapatkan wajahnya dengan wajah Soomin. Soomin dapat merasakan hembusan nafas Luhan.

“Luhan, you’re uncontrollable..”

“no, I am not.”

“yes, you are and stop keep closing with me..”

“no.”

Luhan terus menghampiri Soomin.

“Lu-”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience