Sebaik sahaja Luhan dan Soomin sampai di pintu kelas, mereka diserbu oleh Namjoo dan wajahnya kelihatan pucat.
"guys!"
Terkejut maknyah Luhan dengan Soomin dibuatnya.
"waeyo," Soal Luhan.
"cikgu disiplin nak jumpa kau," ucap Namjoo dalam sekali lafaz. Laju!
"mwo?! Kenapa pulak doh? Aku buat apa pulak?" Luhan menggaru kepalanya. "hmm, sekarang ke?" soal Luhan.
"haa sekarang laa! Cepat-cepat! Aku takut nanti kelain pulak yang jadi!" balas Namjoo dengan riak bimbang.
"cikgu tak panggil aku ke?" Soal Soomin sambil mengangkat kening.
"buat apa panggil kau! Kau kan pelajar cemerlang,haih! Dah cepat Luhan pegi!" Namjoo menolak Luhan supaya keluar.
"aku tahu la nak jalan macam mana, takyah ah tolak!" Luhan mendengus. “hah, aku pergi dulu!”
Soomin memerhati Luhan yang semakin menjauh dari dirinya, jauh di sudut hati dia sangat risaukan akan Luhan.
*******
Soomin menunggu Luhan di pagar sekolah. sejak dipanggil oleh cikgu disiplin, Luhan langsung tidak memasuki kelas.Ini membuatkan Soomin risau dan Soomin mengambil keputusan untuk menunggu Luhan sehingga dia keluar. Soomin seperti ternampak seseorang sedang berjalan lemah. Mata Soomin membuntang. Luhan!
"Luhan-ah," panggil Soomin. Luhan tersentak lalu memandang Soomin dan dia tersenyum kelat.
"kau tunggu aku? Terharunyaa~" Luhan seboleh bolehnya cuba memaniskan muka di depan Soomin.
"gwaenchana?" Soomin berjalan ke arah Luhan.
"aa, gwaenchanayo." Luhan tersengih.
"tipu.." Soomin mengerutkan dahinya.
"mana ada tipu," Luhan menunduk ke bawah. Dia menggengam tangan.
Soomin perasan akan perbuatan Luhan, lantas dia terus memeluk Luhan. Luhan terkejut.
"gwaenchana,Luhan... gwaenchana," kata Soomin sambil menepuk belakang Luhan. "....just cry if that make you feel much better, jangan malu dengan aku," sambung Soomin lagi dan membuatkan Luhan tidak dapat menampung rasa sedihnya.
"em.." Luhan membalas pelukan Soomin. Air matanya perlahan-lahan menuruni pipi. Sesungguhnya dia tak tahan dengan semua ni sekurang-kurangnya dia ada Soomin.
*******
"Lapar?" Soal Soomin cuba memecah kesunyian setelah lama mereka diam tanpa sedikit pun bersuara. Malu mungkin.
"Tak lapar langsung," kebetulan perut Luhan berbunyi.
"aku dengar bunyi la, hmm macam bunyi perut orang lapar ok jap aku nak cari," Soomin berpura-pura mencari sesuatu.
"yaa, ok ok aku lapar, jom makan?" Luhan mengangkat bendera putih tanda mengalah.
"ppabo.." ucap Soomin sambil tersenyum sinis.
"matta! Aku ppabo sebab tu cikgu pun anti sangat dengan muka aku ni!" Luhan membuat ayat sedih.
"aigoo, I just kidding la," Soomin menolak Luhan.
"yaa! nak gaduh ke? Tolak-tolak pulak," Luhan tersengih memandang Soomin.
"oh boleh! Aku pun dah lama tak bergaduh ni," Soomin meregangkan badannya.
"eh jom masuk kedai tu!" Luhan menarik Soomin.
"ah jinja, tukar topik pulak," Soomin menggeleng kepala sambil mengukir senyum nipis.
********
"Soo-ah," panggil eommanya dari tingkat bawah rumah dua tingkat.
"yee! Nak turun dah ni," laju Soomin menuruni tangga. "waeyo?"
"ada lelaki kat luar tu, dari tadi terjenguk-jenguk.. tengok la, mana la tahu kawan Soo ke," kata eomma nya sambil mengintai melalui tingkap.
Soomin tersenyum sumbing. Mesti Luhan! Tekanya.
"eomma, saye pegi duluu!" pipi eommanya dicium. Kasut sekolah disarungkan lantas dia segera berlari keluar rumah.
Soomin melangkah laju ke arah seseorang. Dia tersenyum lebar.
"Lu-" terus mati senyumannya apabila jejaka yang tadinya dia hampiri itu menoleh ke arahnya. Dia kaku. Langkahnya terhenti sendiri tanpa sebarang paksaan.
"Annyeong, Soo!" Sapa lelaki itu, ceria, sambil tangannya dilambai tinggi tanda ‘hello’.
"Kau tak layak nak panggil nama aku!" Pantas dia membantah seusai mendengar sapaan lelaki itu. Matanya sudah mula berkaca. Hampir sahaja bentengnya pecah namun tetap ditahan. Seraut wajah manusia yang berdiri dihadapannya dengan jarak tak sampai semeter itu dipandang penuh rasa benci.
"Soo-ah, please… I know it was my fault for hurting you. I’m really sorry!" Balas lelaki itu. ".... and forgive me too because left you without saying goodbye," sambung lelaki itu lagi, menunduk.
"Enough lah, Seung Ho. Game is over… kau tahu tak?! Lepas kau blah just like that, without saying goodbye or tinggalkan any message for me… seriously aku dah buang kau dari hidup aku! So pikyeo!" Seung Ho ditolak kasar sebelum dia terus berlalu pergi meninggalkan lelaki tadi yang masih terkesima dengan kata-katanya.
"Wait.. Soo-ah!" Jeritnya cuba menahan Soomin yang sudah menjauh. Gadis itu pantas dikejar.
Seung Ho mengejar Soomin dan tanpa dia perasan ada kereta dipandu laju di simpang itu.
Dush!
Terus termati langkah Soomin. Kedengaran suara lelaki sedang memanggil namanya dengan lemah. Pantas Soomin menoleh ke belakang. Soomin terkedu melihat Seungho yang dibasahi dengan darah yang membuak-buak keluar itu.
"Seung Ho!!!" Lantas Soomin mendapatkan Seung Ho. Air matanya tidak henti-henti keluar. "Seung Ho ya, ireona!! Jebal!! Yaa ireonaa!! Anni, you can’t die! Seung Ho andwaee jeongmal andwaee!!!" Soomin menangis sambil memeluk Seung Ho yang tidak sedarkan diri itu.
********
"Soo!!" Namjoo mendapatkan Soomin yang duduk bersebelahan dengan katil Seung Ho. Dia masih tidak sedarkan diri dan ini membuatkan Soomin berasa bersalah.
"Namjoo," Soomin tersenyum kelat. Di belakang Namjoo, kelihatan Luhan yang tersenyum nipis ke arahnya, Soomin membalas lalu kembali fokus pada Seungho. Soomin memegang erat tangan Seung Ho. Seung Ho ppalli ireona.. jangan buat aku rasa bersalah… ungkap Soomin di dalam hati.
Luhan memerhati tingkah laku Soomin, dia berasa sedikit cemburu dengan lelaki itu. Siapa lelaki ini? Wajahnya terlalu asing buat Luhan.
"Namjoo," Luhan menarik Namjoo ke tepi.
"mwo?"
"siapa mamat tu?"
"itu la Seung Ho, kawan baik merangkap first crush Soomin,"
Luhan terdiam dan dia kembali memandang Soomin yang menggenggam erat jari jemari Seungho itu. First crush? Luhan mengepal buku limanya erat. Rasa cemburu menerjah masuk ke dalam dirinya. Ah! Kenapa dia berasa terlalu cemburu dengan lelaki itu? Luhan mengeluh berat.
Share this novel