Bab 9

Romance Completed 40391

“Ehem!”

Pantas Soomin menolak Luhan jauh darinya lalu bangun.

“ak- aku nak pegi tandas,” Soomin terus berjalan menuju ke arah dapur.

“eh kau tahu ke tak tandas kat mana?” tanya Luhan kepada Soomin sebelum Soomin menghilangkan diri ke dapur.

“aku tahu la!”

“iyeke?”

“eh kau diam ah!”

Soomin terus hilang dari pandangan Namjoo dan Luhan. Luhan ketawa melihat Soomin yang merona merah wajahnya itu.

“Luhan.”

Luhan memandang Namjoo yang berdiri di tengah ruang tamu. Wajahnya kelihatan terkejut dan tidak percaya. Kening Luhan bertaut menjadi satu.

“engkau kenapa pandang aku macam tu?”

Namjoo terus ke arah Luhan lalu memegang kedua pipi Luhan dan membuatkan Luhan berasa hairan tahap beruk.

“Luhan, kau okay? Apesal kau happy sangat ni? Apa yang dah rasuk kau niii?!”

“hah? Kau dah pehal?” Luhan menepis kedua tapak tangan Namjoo dari terus memegang pipinya.

“aku pulak… yelah! Aku mana pernah nampak kau seceria ni!” terang Namjoo kepada Luhan dan membuatkan Luhan tersenyum kecil.

“yang kau senyum kenapa?!”

“saja,”

Namjoo menjulingkan mata ke atas sebelum duduk disebelah Luhan.

“Luhan.”

Luhan memandang Namjoo yang matanya fokus terhadap dinding. Handsome sangat ke dinding tu sampai wajahnya yang kacak ini tidak mahu dipandang? Luhan mencebik.

“apa?”

“tolong lah.”

Luhan mengerutkan muka tanda tidak mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Namjoo. Tolong?

“heh… tolong apa?”

Namjoo memandang Luhan tepat ke dalam anak mata Luhan.

“Tolong lah jangan buat Soomin macam tu.”

“maksud kau? Aku tak paham.”

Namjoo mengeluh.

“benaknya lahai kau ni.. maksud aku, jangan la buat Soo macam tu.. macam tadi.. hah, kau layan dia bebaik.. aku bukan apa, aku taknak tengok dia kecewa macam dulu.. kau tahu kan sebab dia? Jadi tolonglah… kau pun ada yeo..”

“jangan sebut pasal perempuan tu…”

Namjoo terkedu.

“o..kay.. but why?”

Luhan mengeluh berat lalu menunduk.

“sebab dia… tinggalkan aku.. macam tu je.. aku.. aku..” Luhan tidak menghabiskan kata-katanya dan keadaan menjadi senyap seketika dan kedengaran esakan kecil.

********

Soomin mengintai Luhan dan Namjoo yang berbual itu dari dapur. Soomin mengeluh tatkala melihat Luhan yang menunduk dan wajahnya kelihatan sungguh sugul.

“cengengnya.. sikit-sikit nangis, aku pun tak macam tu,” perli Soomin perlahan lalu terdiam memikirkan sesuatu dan matanya memandang pada suatu arah.

Tingg!

Soomin tersenyum. Yes! Masak!

*******

Luhan dan Namjoo berhenti daripada berbual kemudian mereka serentak memandang ke arahh dapur. Luhan mencuit bahu Namjoo dan membuatkan Namjoo memandangnya.

“apa..”

“kau bau tak apa aku bau?”

“eh gila tak bau, bau la.”

“hmm mana Soomin?”

Mereka berpandangan antara satu sama lain.

“guys!”

Serentak Luhan dan Namjoo memandang gerangan yang bersuara itu. Tersembul wajah Soomin yang sedang memegang senduk serta memakai apron dari arahh dapur. Wajahnya kelihatan gembira.

“jom makan! Makanan dah siap!”

Membulat mata Namjoo dan Luhan. Luhan pantas berdiri dan berlari ke arah dapur. Luhan tergamam. Terhidang beberapa makanan di atas meja dan membuatkan perut Luhan berbunyi. Luhan menelan air liur.

“boleh dengar perut kau berbunyi,” pantas Luhan menoleh ke belakang. Kelihatan Soomin dan Namjoo tersengih melihat gelagat Luhan yang bagi mereka bagaikan pertama kali melihat hidangan makanan yang enak. Luhan tersengih malu lalu dia berjalan ke arah kerusi yang paling hampir dengannya. Luhan memandang dua rakannya itu.

“buat apa tercegat kat situ? Meh la makan sekali!” ajak Luhan dan membuatkan Soomin menjulingkan mata ke atas. “hah, Soo! Kau kena duduk sini, sebelah aku.” Ujar Luhan kepada Soomin dan membuatkan Soomin mengangkat keningnya.

“asal pulak aku kena duduk sebelah kau?”

“alaa! Cepat la! Aku lapar!”

“esh, arasseo!”

********

"Siapa hyung Luhan?" Soomin memulakan perbualan. Sekarang mereka mereka berada di perhentian bas berdekatan dengan rumah Luhan. Pertanyaan Soomin yang bagi Namjoo amat mengejutkan itu membuatkannya tersentak dan hiba. Namjoo menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dilepas perlahan.

"Hyung Luhan, hmm.. nama dia Xiu Yifan," Namjoo tersenyum pahit kepada Soomin lalu Namjoo menghela nafas lemah. "Yifan tu.." kelihatan air mata Namjoo bagaikan ingin mengalir dari tubir matanya.

"eh takyah cerita la, cerita bila kau betul-betul dah ready,ok?"

"no! Aku nak cerita jugak…" Namjoo mengesat air matanya yang mengalir di pipi dengan belakang tangan.

"Aku kenal dia sebab dia ahli bola keranjang, dan aku pulak ahli bola tampar, ya I mean kitorang punya kelab sebelah je. Satu hari ni, aku tershoot bola tinggi sangat sampai melepasi sempadan,heol yg kelakarnya bola tu tepat-tepat kena kepala Yifan," Namjoo ketawa apabila teringat balik situasi tu.

"lepastu, kitorang kenal-kenal, rupanya dia tahun 3, aku tahun 1, so gap kitorang cuma 2 tahun.. Then, dia kenalkan aku dengan Luhan. Masa tu Luhan sekolah kat Highschool Kirin,lepas.. lepas Yifan.. mati, Luhan transfer sekolah kita, aku orang first yang jadi kawan dia." Cerita Namjoo kepada Soomin.

Soomin terus memeluk Namjoo dan belakang badannya ditepuk berkali-kali oleh Soomin.

"I.. I miss him so much, Soo," ucap Namjoo dalam tangis.

"Uljima.. shh, dah," Soomin mengangkat muka untuk melihat kehadiran bas tetapi sebaliknya dia ternampak seorang gadis sedang melintasi mereka dan wajahnya kelihatan pernah dilihat. Mata Soomin membulat. Pantas dia kembali memandang gadis yang melintasi mereka tadi.

"yaa ddo! Sooyeon!!" Soomin menjerit dengan tiba-tiba dan membuatkan Namjoo terkejut beruk.

"yaa ddo!! Hajima!! Yaa!" Soomin mengejar Sooyeon. Sooyeon terkejut dengan jeritan Soomin lalu Soomin yang di belakangnya dipandang hairan.

“ne?"

"kau ni… Sooyeon, batchi?" Soal Soomin terhadap Sooyeon untuk memastikan yang gadis di depannya ialah teman wanita Luhan.

********

**Sooyeon's POV

"kau ni.. Sooyeon, batchi?" Soal gadis di depanku. Aku mengangguk perlahan dan membuatkan. Gadis itu tersenyum lega.

"kau tahu tak Luhan cari kau dari semalam lagi," Aku terkejut apabila dia berkata begitu.

"Anyway, aku Yoon Soomin, pelajar pertukaran." Ujar gadis itu kepadaku.

"oh," balasku sepatah.

"jom! Aku nak bawak kau jumpa Luhan, dia risau sangat kot!" Soomin sudah pun memegang erat tanganku. Memang mustahil untukku lari.

"ani! Jangan!" bantahku dan membuatkan Soomin terkejut.

"wae?" soal Soomin kepadaku.

Aku mengajaknya untuk pergi ke kafe berdekatan dan Soomin setuju tetapi dia ingin menelefon rakannya sebentar.

"siapa?" soalku.

"oh, dont worry not Luhan," balasnya sambil tersenyum.

Aku mengangguk. 5 minit kemudian, rakan Soomin datang. Aku terkedu begitu juga rakan Soomin ataupun lebih dikenali sebagai Namjoo.

*******

"ya! Sooyeon!" Namjoo membulatkan mata. "tahu tak Luhan risau pasal kau?" tambah Namjoo lagi.

"aku tahu, jom masuk kafe dulu," ajak Sooyeon.

*******

Sebaik saja Sooyeon, Soomin dan Namjoo melangkah masuk ke dalam kafe yang berdekatan. Mereka terus mengambil tempat duduk yang tersorok dari orang ramai.

"janji dengan aku, korang jangan bagi tahu Luhan tau about our meeting,ok?" pinta Sooyeon sebaik saja mereka melabuhkan punggung di kerusi.

"tapi kenapa?" Soomin memandang dengan pandangan hairan. Punya la si Luhan risau bagai nak rak, dia cakap jangan bagi tahu Luhan? Heol.

"sebab aku taknak dia cari aku,"

Soomin dan Namjoo berpandangan antara satu sama lain.

"but he was your boyfriend and he deserved to find you wherever you are," balas Soomin dalam nada tidak berpuas hati.

"I dont care!" bentak Sooyeon. "..just please dont let him know," Sooyeon merayu.

"arraseo," Namjoo sudah malas mahu melayan. "kau pergi mana hah sebenarnya? Soomin siap nampak kau bawak beg besar lagi," soal Namjoo.

Sooyeon menarik nafas. “kau Nampak, ye?” Sooyeon tersenyum pahit kemudian dia menundukkan kepalanya. “sebenarnya…. aku... aku kena kejar dengan appa aku punya pengutip hutang, dia asyik peras ugut aku je lepas appa aku lari ntah pegi mana," Sooyeon mendengus. "satu hari, dia nampak aku balik dengan Luhan, dia call aku, if aku tak bayar-bayar jugak, dia akan buat something bad dekat Luhan, aku tak sanggup, sebab tu aku lari dari rumah, aku taknak Luhan cari aku,” jelas Sooyeon kepada Namjoo dan Soomin.

“kalau dia cari aku lagi, boleh tak korang cakap je aku ni dah pindah jauh ataupun curang dengan dia ke? please korang, you need to help me…" Rayu Sooyeon untuk sekian kalinya.

Namjoo dengan Soomin terkejut mendengar cerita Sooyeon.

"dah berapa lama jadi macam ni?" Soal Namjoo.

"dah lama, lepas eomma aku meninggal, appa aku jadi serabut, syarikat dia bankrup, dia pun kerap berhutang sini sana, last-last aku jugak kene face up dengan pengutip hutang tu," jelas Sooyeon lagi.

"aku tak sanggup nak tipu Luhan," Soomin tidak suka menipu, segengster-gengster dia pun dia berhati perut jugak. Fuh.

"aku pun," Namjoo mengeluh.

"please… Aku nak dia selamat.. Tu je," Rayu Sooyeon lagi.

"ish! yela,yela, aku tolong," Soomin memandang Namjoo sambil membuat wajah tidak percaya.

Sooyeon tersenyum lega. "gumawoo!” Sooyeon menggenggam tangan Soomin dan Namjoo sambil air mata menitis di pipinya.

********

Soomin memandang Namjoo dan kembali membuang pandangan ke arah jalan yang sibuk itu.

“Namjoo…”

Namjoo memandang Soomin.

“hmm?”

"sanggup ke kau nak tipu Luhan?" soal Soomin.

"tipu sunat, kesian gak dekat Sooyeon," Namjoo mengeluh.

"tipu sunat kepala bana kau ah! Kau tipu la sesorang! Aku taknak masuk campur!!” Soomin menyilangkan tangannya.

"yaa! Jangan la macam ni! Kata kawan! Apa ni?! Tolong la cover untuk aku!"

"taknak!" Soomin ketawa.

********

"Luhan datang hari ni," Soomin separuh bisik kepada Namjoo. Namjoo membuat tanda bagus. Ok! Kacha!

Sejurus saja Luhan duduk di tempat duduknya. Terus Namjoo dengan Soomin serbu.

"Luhan,"

"ye..?" Luhan mengangkat wajahnya dan memandang Namjoo yang di depannya.

"semalam.. Er.. Semalam.." Namjoo menjeling-jeling Soomin yang disebelahnya dan membuatkan Luhan hairan.

"apa kau ni?"

"mase nak tunggu bas dekat-dekat dengan perumahan kau tu, kitorang nampak Sooyeon dengan sorang lelaki ni tau! Serius diorang nampak asdfghjklll," tak abis lagi Soomin mengarut Namjoo lantas menutup mulut dia.

"aa..pe?" Muke Luhan bagaikan tidak percaya.

"betul, kitorang siap tegur lagi, dia kata dia dah bahagia dengan lelaki tu. Oh! one more, dia dah pindah sekolah. Dia tukar nombor phone jugak," tambah Namjoo sambil menjeling Soomin dengan tajam.

Mata Luhan tidak berkedip. Dengan tiba-tiba, dia bangkit dari tempat duduknya dan terus keluar pergi mana? Entah yang pasti dia jauh dari masalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience