Luhan berjalan melepasi pagar sekolah sambil memandang bawah, rasa menyesal dan bersalah menyelebungi dirinya. Dia ternampak Soomin berjalan tidak jauh darinya. Luhan ingin mengatur langkah ke arah Soomin dan ingin meminta maaf tetapi dia tidak perasan akan lekuk di jalan dan akhirnya dia terjatuh.
“Eh mak kau hijau!!”
Semua murid memandang Luhan yang sedang menukar posisi kepada melutut dan membersihkan bajunya yang kotor akibat terjatuh tadi. Soomin menoleh ke belakang kerana terdengar suara manusia melatah betul-betul di belakangnya. Mata Soomin membulat. ‘mamat takguna ni lagi!’ Soomin berpusing lalu memandang Luhan yang masih lagi membersihkan debu yang mengotori bajunya itu.
“aisey man! Abis kotor baju aku!” Luhan mengomel dan terpandang kasut Soomin lalu dia mengangkat muka. Glup! Kelihatan dengan jelas wajah Soomin memandangnya dengan pandangan berang.
“ha.. hai, Soomin,” Luhan mengangkat tangan sambil cuba untuk tersenyum tetapi dibalas dengan jelingan oleh Soomin.
“yaa,ireona.. Nanti org pikir ape pulak..” Soomin terus menarik Luhan bangun. “mata kau letak mane,hah? Takkan la lekuk sikit tu pun tak perasan? Masalah lelaki sekarang, heh.” Soomin mendengus dan dia terus meninggalkan Luhan sendirian di situ.
“Eh, Soomin! Tunggu!” Luhan mengejar Soomin yang kelihatan semakin jauh dari pandangannya.
“buat apa aku nak tunggu kau?! Gi bla ah kau! Menyampah aku!”
*******
“Luhan!” jerit Cikgu Hye Joo. “kamu buat ape tu?!”
Semua mata memandang Luhan yang terpinga-pinga tak tahu ape ape itu. Luhan meletakkan pensilnya di meja lalu Cikgu Hye Joo dipandang.
“tengah fokus la cikgu,takkan tidur pulak,” balas Luhan. Jujur.
Muka cikgu Hye Joo menjadi merah. “kau.. Kau pegi tandas sekarang..”
Luhan bangun. Malas. Dia berjalan keluar dari kelas dan menuju ke tandas. 'Salah jugak ke menjawab,aduh!' kata Luhan di dalam hati sambil menggaru kepala, sebelum kaki diatur ke tandas dia sempat mengerling kelasnya.
“tak masuk kelas pun takpe!” Kedengaran suara cikgu Hye Joo dri dlm kelas. Luhan mengeluh tanda pasrah.
*********
“kesian Luhan,kan Soomin?” Kata Namjoo sambil memandang Luhan keluar kelas. “Dia tak buat salah pun,haih… takkan tak tutup lagi kes hyung dia tu,” Namjoo mengeluh.
“hyung?”
Soomin sebenarnya tidak kisah pun mengenai Luhan. Sejak bila? Sudah semestinya sejak semalam! Apa yang Luhan lakukan terhadapnya adalah SALAH dan KURANG AJAR. Soomin tidak dapat melupakan saat bagaimana bibirnya bertaut dengan bibir Luhan. Sakit betul hatinya dengan Luhan yang mengambil kesempatan ke atasnya itu. Dia benci Luhan, dia benci insan yang digelar seorang LELAKI.
“Luhan… ada hyung…?”
Sebaik terdengar apa yang dibebelkan oleh Namjoo mengenai Luhan mempunyai hyung, membuatkan Soomin berasa ingin mengetahui perihal Luhan. Secara tiba-tiba perasaan ingin tahu itu membuak-buak di dalam dirinya.
Namjoo angguk. Dia tepuk dahi! Lupa pula tahun ni Soomin baru pindah sekolah. Ayoyo!
“aah! Aku lupa kau baru pindah sini ah, Soo! tapi tu kisah lama, sekarang hyung dia.. dah takde,” Namjoo tunduk dan tiba-tiba berubah sugul.
“yang kau sedih melebih ni kenape?” Soomin menumbuk bahu Namjoo. Amikaw!
“adoi! Woi sakit laa!” Namjoo memuncungkan mulutnya lalu dia tersenyum kecil.
“padan muka! Kau tahukan aku paling tak suka tengok kawan aku yang sorang ni sedih! Dah! Dah! Senyumm!” Soomin tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu.
“arasseo! Yela! Aku senyum!!” Namjoo memberikan senyuman manis kepada Soomin.
“aduh, menyesal pulak suruh kau senyum.. hahahahaha hodoh pulak tiba-tiba,” Soomin tersengih sambil mengangkat-angkat keningnya.
“kurang ajar ah kau ni!”
“hahahaha.. lek ah, gurau je!”
Namjoo menjeling Soomin dan sikap Soomin yang sering menyuruh dirinya supaya tersenyum mengingatkan dia kepada hyung Luhan, iaitu Kris.
**********
Luhan memandang telefon pintarnya. Ya, dia sedang menunggu panggilan atau mesej dari Sooyeon. Dia mengeluh.
“taknak mesej aku la tu, call pun.” Luhan memandang langit. 'hyung? hyung ape khabar?' Luhan tersenyum pahit. Dia sangat merindui hyungnya,Yifan.
Luhan teringat peristiwa tiga tahun lepas. Ya, genap tiga tahun abangnya meninggalkan dunia yang tak adil ni.
********
3 tahun lepas...
Yifan berlari sehingga ke bumbung sekolah. Dia berhenti lalu memandang kiri dan kanan. mengelabah dia mencari jalan untuk melepaskan diri daripada barua sekolah yang paling terkenal di sekolah, iaitu CN Blue.
“weh,bahalul! Kau nak pegi mane?” Kata Jonghyun(CN blue) dia berjalan ke arah Yifan sambil menyeret batang kayu.
Yifan tersenyum sinis. Kau bawak geng memang la berani! Yifan pelik kerana ada tiga orang saja. Bukankah empat orang yang mengejarnya tadi? Tiba-tiba, Yifan terdengar suara perempuan yang amat dia kenali. Ya! Suara Namjoo! Kekasihnya.
“Namjooo!” dengan serta merta riak wajah Yifan berubah. “kau! Kau lepaskan dia!!” Muka Yifan menjadi bengis.
“Alalala, suweetnyee!” Min Hyuk memerli sambil ketawa sinis.
“kalau kau taknak awek kau diapa-apakan baik kau ngaku kau yg curik duit sekolah tu, ha deal? Atau..” Jonghyun mencekik Namjoo.
“No! Yifan! Jangan buat! Aarghhh!” Namjoo mengeran kesakitan apabila Jonghyun menguatkan lagi cengkamannya.
“jangan.. Haa. Buat.. erk!” Suara Namjoo tersekat-sekat.
Yifan buntu tidak tahu membuat apa. Dia betul-betul buntu!
“Ok! Ok! Aku ngaku.. Ok, please weh lepaskan dia!” Yifan merayu-rayu sehingga melutut.
Geng CN Blue tersenyum kemenangan. Jonghyun menolak Namjoo ke dinding.
!
“Namjoo!!!” Yifan menjerit lalu mendapatkan Namjoo yang pengsan itu.
“Geng! Jom gerak! Settle masalah kite! Takyah ah kite kene buang sekolah,” kata Jonghyun kepada rakan CN Blue yang lain.
********
“Ape?!” Pengetua Goon menghentak meja dengan kuat. Dia menggelengkan kepala. “sungguh saye tak sangka, Yifan. Kecewanya saye,” Pengetua Goon mengeluh. Kecewanya dia selepas tahu Yifan yang curi duit sekolah itu. Guru yang lain memandang Kris dengan pandangan jijik dan menyampah.
“Kita kene amik tindakan tuan pengetua, mane boleh biar je! Nanti budak ni buat lagi masalah mcm mane?! Ha mane la tahu kan dia nak curi barang-barang kat makmal ke bilik guru ke? Ish! Tak boleh biar ni tuan pengetua!” kata cikgu Park sambil memandang Yifan atas bawah atas bawah.
Semua cikgu setuju dgn usul cikgu Park tu. Yifan mengenggam tangannya. Sabar selagi boleh sabar. Pengetua Goon mengeluh.
“Yifan, saye terpakse cakap ni..” Pengetua Goon bersuara. Kembang kempis hidung cikgu Park. Yifan memandang pengetua Goon dgn pandangan aku-tak-salah.
“awak digantung sekolah selama 4 minggu. Muktamad!”
Pengetua terus keluar. Yifan menunduk.
“Seronok jadi anak emas pengetua? Kalau saye, saye dah lama buang kamu!” kata Cikgu Park kepada Yifan.
Semua cikgu bersurai. Hanya tinggal Yifan.
“Yifan..” Yifan memandang belakang. Gadis yang sangat dia sayangi,Namjoo.
“Hi,” Yifan tersengih sambil melambai tangan. Namjoo buat muka sedih lalu dia memeluk Yifan.
“Namjoo...” Yifan terkejut dgn tindakan Namjoo. Dia membalas pelukan Namjoo.
“gwaenchana..” Namjo menangis sambil menepuk-nepuk badan Yifan.
“everything will be okay,” tambah Namjoo lagi. Yifan mula menangis di bahu Namjoo.
“keurae,hajima.. Jangan nangis lagi,” Namjoo memujuk Yifan. Yifan mengelap air matanya.
“ceh,hodoh gila bile awak nangis,” Yifan tergelak dengan pernyataan Namjoo.
“keurae,keurae.. saye tak nangis dah,” Yifan tersengih sampai nampak gigi.
Share this novel