"Soo-ah,"
'suara ni? suara Seungho!'
Soomin berpaling ke belakang mencari-cari dari mana datangnya suara Seungho itu.
"Soo-ah, aku pegi dulu,jangan tunggu aku," Seungho bersuara lagi.
Soomin memandang sekelilinnya, kelibat Seungho masih lagi tidak kelihatan.
'Seung Ho? Mane kau!? Kenapa kau suruh jangan tunggu kau? Aku akan tetap tunggu kau,Seungho!'
"Selamat tinggal,"
Soomin ingin mengeluarkan suaranya tetapi dia tidak mampu kerana suaranya bagaikan tersekat di kerongkong.
“Seungho!!!!!! Khajimaa!!! Jangan pergi!”
********
"SEUNGHO!! KHAJIMAAAA!!"
Soomin tersedar dari tidur. Wajahnya jelas mempamerkan riak terkejut. Dada Soomin turun naik dan manik kecil sudah membasahi ubun-ubunnya. Soomin meraut wajahnya.
"Gwaenchana?"
Soomin memandang ke sisinya, kelihatan Luhan sedang memandangnya dengan pandangan cukup risau dan prihatin terhadap Soomin. Soomin mengeluh.
"Gwaen..gwaenchanayo," jawab Soomin lalu Soomin ternampak sebuah bas yang sudah menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti."pegi dulu," katanya dalam keadaan masih tidak percaya dengan mimpinya.
"Aku teman kau balik la,"
Luhan terus menarik tangan Soomin dan jari jemari Soomin dipegang kemas. Soomin hanya membiarkan Luhan berbuat demikian kerana fikiran sudah menerawang kepada perkara lain, iaitu memikirkan hal Seungho. Dengan kata lain, dia tidak perasan akan jari jemari Luhan yang menggenggam erat jarinya.
Sebaik saja memasuki ke dalam perut bas, Luhan terus mencari-cari tempat duduk yang kosong untuk dia dan Soomin duduk. Mata Luhan berhenti ke arah belakang bas. Luhan tersengih.
“jom duduk sana, sana kosong.”
Luhan memandang Soomin yang hanya diam tidak berkutik itu supaya duduk dengannya. Disebabkan tiada balasan, Luhan terus menarik tangan Soomin dan mengatur langkah ke arah belakang bas.
Sebaik saja mereka duduk, Soomin terus merentap tangannya dari terus digenggam oleh Luhan. Luhan memandang Soomin yang hanya menunduk itu.
"kenape?"
Soomin bertanye tiba-tiba dan membuatkan Luhan mengangkat keningnya.
"kenape kau sebok nak rapat dengan aku?" soal Soomin tanpa memandang Luhan. "kita tak penah pun borak sama-sama despite we are in the same classes," Tanya Soomin lagi, matanya berasa panas. Luhan perasan riak muke Soomin berubah.
"dah 4 bulan kite sekolah, kenape kau nak rapat dengan aku sekarang?" Air mata Soomin menitis. “kenapa tak dari awal bukak sekolah tu? Peliklah kau ni,”
Luhan menjadi gelabah kerana Soomin menangis dengan tiba-tiba. Ah sudah jangan orang pikir aku buat dia sampai menangis dah. Luhan menggaru kepala.
"Jawab laa weh!" Soomin mengesat air matanya lalu memandang Luhan. Luhan terpandang mata Soomin.
Dia terpaku.
"Luhan!"
"sebab mata kau cantik!"
Semua penumpang bas memandang ke arah mereka berdua. Keadaan menjadi sunyi seketika.
"mwo?"
Seorang penumpang bas menekan loceng untuk menyatakan dia ingin diturunkan di situ. Dengan penuh tertib, pemandu bas berhenti dan membuka pintu bas buat penumpang bas tersebut.
Soomin mengambil kesempatan untuk turun juga di situ, laju kaki diatur ke arah pintu bas.
“Soomin!”
Luhan menjerit memanggil nama Soomin, malangnya Soomin hanya membuat tidak dengar. Luhan menyerabutkan rambutnya.
“aduh, kabut betul ah! Ehh, kejap, ape aku jawab tadi?" Dahinya berkerut. "Pakcik! Stop! Saye nak turun jugak!" secara mendadak bas berhenti menyebabkan semua penumpang terkedepan.
Sebaik saja Luhan keluar dari bas dia terus mengejar Soomin.
"Soomin! Chakamman!!"
Soomin’s POV**
Aku terus berjalan. Taktahu nak pegi mana. Tempat ni pun aku taktahu kat mana. Ah lantak la!
"Soomin! Chakamman!"
aku berhenti, aku berpusing ke belakang dan kelihatan Luhan sedang berlari mengejarku. Aku menjulingkan mata ke atas. Nak apa lagi la dia ni?!
Aku kembali mengatur langkah yang tergendala dan hanya membiarkan Luhan yang di terpekik pekik memanggil namaku. Aku berhenti berjalan dan memejamkan mata. Pantas memusingkan badan ke belakang.
“boleh diam tak?! Kau nak apa lagi?!” tengkingku kepada Luhan dan membuatkan Luhan berhenti daripada memanggil namaku. Dia berjalan ke arahku.
Sekarang Luhan berada betul-betul di depanku.
“sorry,”
Aku membuat muka tidak suka lalu aku membuang pandanganku terhadap jalan raya yang lengang itu.
"sorry.. tadi aku terlepas cakap… aku- aku… haih! Apasal aku jadi gugup pulak ni?!" Luhan memukul pipinya lalu dia mengusutkan rambut.
*******
"sorry.. tadi aku terlepas cakap… aku- aku… haih! Apasal aku jadi gugup pulak ni?!"
“malas la aku nak layan kau,” Soomin terus mengatur langkah untuk melintas jalan yang lengang itu.
Kelihatan sebuah kereta dipandu laju ke arah Soomin lalu laju Luhan menarik lengan Soomin dan mereka terjatuh di bahu jalan. Luhan melepaskan pelukannya lalu dia memegang bahu Soomin yang jelas kelihatan takut dan terkejut itu.
“gwaenchana?! Ada luka tak?! Eh bodoh betul la orang yang bawak kereta tu!” Luhan memaki hamun pemandu yang tidak bertauliah itu.
Luhan terdiam dari terus memakin hamun pemandu tersebut kerana Soomin dengan tiba-tiba meletakkan kepalanya di dada Luhan. Luhan terdiam.
“Soomin…?”
“gumawo… gumawo… Luhan,” ucap Soomin kepada Luhan. Luhan tersenyum kecil lalu dia mengelus lembut rambut Soomin.
“sama-sama…. Kasih,”
Pantas Soomin mengangkat kepalanya lalu dia memandang Luhan yang terpinga-pinga dengan tindakannya itu. Soomin bagaikan mendengar yang Luhan mengatakan ‘kasih’ sekejap tadi.
“pardon?”
Luhan mengangkat keningnya.
“apa?”
“kau cakap apa tadi? Kasih? Aku dengar kasih tadi,”
“err.. itu.. aku- aku cakap kas- kasi! Hah kasi!! Bukan kasih! Esh! Pekak betul kau ni!” Luhan terus berdiri lalu menggaru belakang lehernya.
“iyeke?” Soomin memandang Luhan pelik lalu dia juga turut berdiri. Soomin merenung Luhan tajam.
“iyelah!”
“hmm, okay. Tapi, kasi apa,hah?”
Luhan menelan air liur kelat.
“hah, kasi apa? Aaa kasi aaa.. kasi… hah tolong kau! Hahahahah hah yela,” Luhan menjadi tidak keruan. ‘Wei bodoh, kenapa kau terlepas cakap ni?! Mulut ppabo!!’ marah Luhan di dalam hati.
“bila pulak aku kasi kau tolong aku?!”
“tadi tu…”
Soomin bengang lalu dia terus menolak Luhan sampai jatuh. Heh padan muka! Geram betul dia dengan Luhan, dia ingat Soomin tidak dengar apa yang dikatakannya tadi. Sama-sama kasih, ya? Sama-sama kasih kkaebul! Lelaki semua sama! Suka kasi harapan! Suka kasi ayat boek punya untuk mengorat! Semua sama! Akhirnya siapa yang merana? Ya! Perempuan! Soomin yang merana kerana terlalu merindui seorang insan bernama Yoo Seungho yang meninggalkannya dengan begitu saja.
"Adoi," Luhan memandang Soomin. "asal kau ni?" Luhan bertanya sambil bangun dan memegang buntutnya yang sakit itu. Berkerut-kerut wajahnya. Soomin seperti mahu ketawa melihat ekpresi wajah Luhan yang kelihatan melucukan itu.
"hahahahahahahahaha,"
"dah kenapa?! Tadi punya ganas tolak aku cam ape ntah! Ni- weh asal kau gelak?!" Luhan bangkit lalu menyerabutkan rambut Soomin.
“yaa! Keumanhae! Luhan, rosak la nanti rambut aku!” kata Soomin sambil cuba mengelak dari Luhan. Soomin ketawa dengan girang.
"taknak! Oh! Tadi boleh lak kau tolak aku! Nahh rasakan!" Luhan merangkul leher Soomin dengan manja dan lembut.
“yaa! Luhan! Lepaslah!”
“no selagi kau tak mintak maaf!”
“ok! Ok! Mianhae! Aku janji tak buat lagi!”
Luhan tersengih lalu dia melepaskan Soomin yang masih lagi ketawa itu. Wajah Soomin ditenung Luhan buat seketika. Soomin menjadi hairan dan segan.
“wae? Ada something ke kat muka aku?”
Soomin menyentuh setiap inci wajahnya. Hmm takde ape pun. Wajah Luhan yang masih lagi setia memandangnya di tatap.
“ya, cakap la.. kat muka ak-’’
"Kau patut kerap ketawa,"
Soomin mempamerkan riak terpinga-pinga.
“hahhh?”
"Kau nampak cantik kalau tersenyum," tambah Luhan lagi. Riak wajah Soomin masih seperti tadi; terpinga-pinga.
“a..pa?”
“apa?”
“tak, kau ah yang apa?”
“apehal aku pulak? Kau la.. apa?”
“kau cakap benda merepek apa hah tadi? Otak aku tak-”
Pantas tangan Luhan menarik Soomin dan wajah mereka sangat hampir, mereka dapat merasakan hembusan nafas masing-masing.
“ya.. kau.. nak.. buat ap-” kata kata Soomin termati tatkala bibir Luhan menyentuh bibirnya. Soomin terkejut dan matanya membuntang. Pantas Soomin menolak Luhan dengan kasar. Dadanya turun naik menahan api kemarahan. Kurang diajar! Sangat-sangat kurang diajar! Sesuka hati dia aje nak mengucup bibirnya! Soomin bengang.
“HOI! KAU APAHAL!”
Luhan bagaikan tersedar, laju jari jemari Luhan menyerabutkan rambut sambil riak wajahnya mempamerkan riak menyesal. ‘shit! Apa yang aku buat ni?! Kenapa aku cium dia?! Sedar la Luhan! Apa yang kau dah buat ni?!’ Luhan bermonolog di dalam hati. Wajah Soomin yang jelas terkejut sambil mengesat bibirnya itu dipandang.
“Soomin… Im so so-”
“sorry? Lepastu kau nak cakap la yang kau tak sengaja? Macam tu? Wah! Senangnya hidup kau!” mata Soomin mencerun memandang Luhan yang jelas mempamerkan riak menyesal itu.
“aku- aku.. serious.. aku tak- Soomin… aku-”
“stop,” Soomin mengundur ke belakang sambil menggelengkan kepala. “I hate you… lelaki semua sama, suka amik kesempatan! Aku benci kau! Aku benci lelaki!” ujar Soomin sebelum berlari meninggalkan Luhan sendirian dengan perasaan bersalah.
“Soomin….”
Luhan akhirnya mengeluh lalu dia mengatur langkah meninggalkan kawasan itu. Fikirannya serabut. Memikirkan hal Soomin juga Sooyeon. Luhan memejamkan matanya.
“kenapa dedua middle name, Soo…? Ah! Stress! Aku dah confused tahap cipan! Takguna! Kenapa ah aku cium dia?! Kenapalah aku terbayang yang Sooyeon dengan aku tadi?! Kenapa!!!!! Ahhh cemana nak sekolah esok ni weh! Mesti Soomin benci aku! Haish,” Luhan mengeluh berat.
Share this novel