Bab 19

Romance Completed 40391

Soomin duduk menghadap Seungho di balik kaca yang menjadi penghadang antara mereka.

Soomin mencapai gagang telefon begitu juga Seungho.

"hai,Soo," Seungho memulakan perbualan.

“kenapa?”

“kenape apa?”

“ kenapa kau bakar...rumah aku?”

“sebab aku nak kau....”

“ a..pa?”

“aku ingat lepas aku bakar rumah kau, kau akan carik aku tapi heh, kau carik jugak mamat pondan tu! Aku takkan lepaskan kau!”

Soomin terkedu.

“apa.. kau cakap..?” Soomin memandang Seungho yang merenungnya itu.

“ya, aku yang bakar rumah kau.”

“aku takkan maafkan kau, Seungho…. Takkan… kau.. bunuh eomma aku…”

Terus Soomin meletakkan telefon.

********

Luhan mencari Soomin di seluruh, pelusuk rumah. Tak jumpa! Dia menggaru kepala.

"ayoyo, mana Soo ni."

Pintu rumah dikuak. Luhan memandang ke arah pintu.

"yaa! Awak pergi mana?!" Luhan ke arah Soomin.

"saye pergi jumpa Seungho," Soomin memandang Luhan sambil tersenyum tawar. "...saya naik atas dulu."

"mwo?! Awak pergi jumpa siapa?! Without me?! Ya! Soo ah!" Luhan menjegilkan mata kepada Soomin yang sedang mendaki tangga. Soomin hanya memekakkan telinga.

**********

sebulan kemudian....

"Soo?" tiada respons. terangkat kening Luhan.

"Soomin!" terkejut Soomin. Dia memandang Luhan.

"nae?" Soomin cuba tersenyum.

"kenapa awak ni? Dari tadi senyap je, dua kali saya panggil nama awak, awak tak dengar pun, awa-" laju Soomin menekup mulut Luhan. Ee suka sangat membebel, macam mak nenek je!

"saya risau pasal hari graduation kita," Soomin menurunkan tangannya lalu menunduk. Tipu sunat sekali sekala. Ya, 2 minggu lagi hari graduation mereka tetapi bukan itu yang mengganggu fikiran Soomin. Ada sebab lain. Dan Luhan tidak patut tahu. Ini antara Soomin dan ‘dia’.

"laa tu je? Ingat awak risau pasal kita.. hmm," Luhan menarik muka masam. Aw cutee!

"eh kita boleh je jumpa selalu laa! Kan tinggal satu rumah," Soomin mencubit hidung Luhan.

"ok ok, jom pergi sekolah?"

Soomin tersengih.

"kajja!!"

*********

"what?!!!" Namjoo menutup mulutnya kerana sedar dia menjerit dengan kuat. "..dia call kau?!" Namjoo merendahkan suaranya. Soomin mengangguk lemah lalu mendengus.

"Luhan? Dia tahu tak?" Soomin menggeleng.

"double what?!" Namjoo ternganga. "...kenapa tak bagi tahu?!! Ni hal hidup dan mati kau tahu tak?!" Namjoo rasa bagaikan ingin mencekik Soomin.

"aku takut.." Soomin menggenggam tangannya. "...dia call aku, dia cakap... 'klau taknak pakwe pondan kau tu mati, baik jangan cakap kat dia aku call kau,' " terbeliak mata Namjoo.

"triple what?!!!! Dia kata Luhan pondan?!!" Namjoo menjadi bengang. "...ni dia call,call kau ni, maknanya dia... dah keluar penjara? Eh belum masenya lagi kan?" Namjoo memandang Soomin.

"...dia larikan diri," lagi terbeliak mata Namjoo.

"Yoon Soomin! You really need to tell Luhan about this! If you dont wanna tell him, I will!" Namjoo lantas berdiri dan ingin ke tempat Luhan. Laju Soomin memegang tangan Namjoo.

"please jangan! biar aku cakap dengan dia...sendiri," Namjoo mengeluh lalu dia duduk kembali.

"janji tau bagitahu dia," Soomin mengangguk. Soomin memandang Luhan yang sedang enak tidur di mejanya. Soomin teringat akan perbualan singkat antara dia dan Seungho. Seungho melarikan diri dari penjara juvenil!

Soomin mengerutkan dahi. Pelik melihat nombor telefon yang tertera di skrin telefonnya. Tanpa ragu ragu Soomin menjawab.

"yeoboseyeo?"

"Soo ah,"

Terkejut beruk Soomin.

"dugu..seyo..?"

"ahh, takkan dah lupa? Ni aku la... your first love.. Yoo Seungho,"

"wae? Kenapa diam? Rindu?" tambah Seungho lagi sambil ketawa.

"macam mana kau dapat nombor telefon aku..?"

Kau lupa ke? Kan aku bakar rumah kau, aku sempat la amik telefon eomma kau,"

Soomin terkedu.

"aaa ya, aku call kau sebab aku rindu nak dengar suara kau,"

"aku... akan pastikan kau akan jadi milik aku.."

Jantung Soomin bagaikan terhenti sekejap.

"apa nama pakwe kau yang pondan tu? Ah, Xiu Luhan, aku akan lenyapkan dia..."

"..kau jangan apa apa kan dia!"

"kalau kau taknak pakwe pondan kau mati, jangan bagi tahu dia aku call kau," talian di matikan. Soomin terdiam lalu telefon terlepas dari tangannya.

*******

"Luhan," Luhan menoleh ke arah Soomin.

"nae?"

"hm takde apa la," Soomin tersenyum tawar.

"yeke takde apa?" Luhan mengecilkan matanya.

"iya! Takde apa la hahaha," Soomin merangkul lengan Luhan. "kajja! Nanti Abeoji bising pulak!" Luhan membuat muka.

"arasseo! Kajja!"

*******

tut! Tut!

mesej masuk. Soomin melihat ke skrin telefonnya. dia mengerutkan dahi. Macam... membuntang mata Soomin. Ni nombor Seungho! Segera Soomin membuka mesej itu.

'aku dah tahu kau tinggal kat mana..'

Menggigil sekejap Soomin. Dengan terketar-ketar Soomin menaip.

'Kau nak ape?'

Mesej dihantar. Soomin tidak senang duduk. Dia risaukan akan Luhan dan abeoji.

'ahad ni... jumpa aku dekat taman berhampiran dengan perumahan rumah kau yang lama...'

Soomin diam. Dia tidak membalas mesej Seungho. Kedengaran mesej baru masuk.

'Kau tak pegi... Luhan akan mati macam eomma kau.'

Soomin terdiam tatkala membaca mesej tersebut.

******

Luhan memasuki bilik Soomin senyap-senyap ketika Soomin dibuai mimpi. Luhan mengambil buku math Soomin. mian sayang I tak siap lagi homework math hehehe. Luhan terpandang skrin telefon Soomin. Bernyala? Luhan mengangkat kening. Perlahan Luhan ke arah telefon Soomin lalu dia mengambil. Ada mesej? Luhan terus membuka mesej tersebut.

'Aku nak kau datang sorang...'

Luhan pelik lalu dia melihat mesej-mesej lama antara Soomin dan 'dia'. Luhan terkejut. Seungho..? Luhan memandang Soomin. Dia menghantar mesej kepada Seungho lalu dia memadam kembali.

'Okay, aku datang sorang.. datang pukul 6 pagi,'

Terus Luhan keluar dari bilik Soomin.

*******

Luhan awal-awal sudah bangun. Luhan sengaja mengunci jam Soomin pukul 9 dan menyebabkan Soomin lambat bangun.

"shit! Dah lambat!" Soomin bergegas ke bilik air.

********

Seungho tersenyum apabila terdengar deruan tapak kasut. semakin lama semakin menghampirinya. Seungho berpaling kebelakang.

"Soo-" tercengang Seungho selepas berpusing, bukan Soomin! tetapi Luhan! Seungho terkedu seketika sebelum tiba-tiba mengukirkan senyuman sinis.

"apahal kau pulak yang datang ni? Aduhhh.." Seungho menepuk dahinya sambil tersenyum jahat.

"aku datang sebab satu perkara, kenapa kau nak ganggu Soo?!"

“sebab dia.. aku punya!”
Luhan menjadi berang, sabarnya kian memuncak lantas wajah Seungho ditumbuk kasar sehingga lelaki itu jatuh ke tanah.

“takguna..”

Seungho bangun lalu menyepak kaki Luhan sehingga Luhan tersungkur. Luhan tidak sempat bangun, Seungho kemudiannya memberikan flying kick dan mengenai kepala Luhan.

“arghh…”

"macam yang aku cakap tadi, Soo tu aku punya, selagi aku tak dapat Soo.. selagi tu takde siapa yang akan dapat dia! Termasuk kau!" Ujar Seungho sambil tersenyum bagaikan orang kurang waras. Seungho mengeluarkan pisau lipatnya. Mata Luhan membulat.

“kau.. kau nak buat apa ni?”

“heh, aku nak buat apa?” Seungho memandang pisau lipatnya lalu Luhan dipandang.

“aku.. nak singkirkan orang yang Soo sayang… nak tahu siapa?” Seungho tersenyum bak orang gila. Dengan segera Luhan bangkit lalu berundur menjauhi Seungho.

“benda boleh settle, bro.. jangan buat kerja gila.” Kata Luhan sekadar mengalihkan perhatian Seungho.

“boleh settle?”

“ya..! boleh! Kita settle cara baik! No fighting…!”

“ah aku TAKNAK CARA BAIK!” pantas Seungho ingin menikam Luhan tetapi Luhan cekap mengelak.

“KAU JANGAN BUAT GILA!”

“AH! AKU DAH MEMANG GILA! GILA SEBAB SOO! SOO AKU PUNYA SEORANG JE!” Seungho terus-menerus menyerang Luhan sehinggalah Luhan tersungkur akibat pisau yang dibaling oleh Seungho mengenai pahanya. Luhan mengeran kesakitan. Seungho mengatur langkah ke arah Luhan yang terduduk akibat kecederaan kakinya itu.

“Seungho… tolong ah, jangan ah-” kata-kata Luhan termati kerana ternampak Seungho mengeluarkan satu lagi pisau lipat. Luhan cuba untuk bangun tetapi hampa kerana dia tidak lagi berdaya untuk bangun.

“kau.. kau nak-” mata Luhan terbeliak. Kelihatan cecair merah membuak-buak keluar tanpa henti. Luhan memegang perutnya lalu tumpas ke tanah. Matanya berpinar-pinar dek kehilangan banyak darah.

Sebelum dia pengsan, Luhan dapat menangkap Seungho mengatakan sesuatu.

“macam yang aku kata tadi… Soo tu aku yang punya.. semoga mati cepat!” Seungho menumbuk Luhan dan akhirnya Luhan tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience