Bab 15

Romance Completed 40391

Seminggu selepas itu…

"Soo! tunggu aku!!" Luhan cepat-cepat mengemas barang-barangnya masuk ke dalam beg.

"aduh, cepat la Luhan!"

"jap,jap!"

"cepat laaaaaa!"

"haa dah! Jom!" Luhan menarik Soomin.

"takyah ah doh tarik-tarik, aku reti jalan ah!" Soomin memukul lengan Luhan.

"ahahaha, okay okay! Takyah ah pukul,sa..kit!" Luhan mencebik.

"kau buat muka centu lagi aku pukul kuat-kuat," Soomin mengugut.

"ok ok,hahahaha.. aku tahu aku cute,hehehe," Luhan tersengih gedik.

"oh tolo-" Luhan mendekatkan wajahnya dengan wajah Soomin. Soomin terkedu dengan tindakan Luhan.

"haahahahahahahahahahaha, kau patut tengok reaction muka kau tu, aduh! Lawak gila!" Luhan gelak besar. Manakala Soomin mencebik.

"aku backhand sekali kau ni kang, eh dah laa!" Soomin terus menuruni tangga. “malas aku nak layan kau!”

"yaa! Tunggu laa!" Luhan mengejar Soomin.

“ah! Taknak!”

*******

"Soomin," Luhan mencuit bahu Soomin. Soomin memandang.

"ah mwoya!"

"kenapa rumah tu, ramai orang berkumpul? Ada kereta bomba lagi tu," Soomin memandang laju ke arah rumah yang dikatakan Luhan. macam... macam... Soomin berlari ke arah rumah tersebut. Jantungnya berdegup laju. Oh please not my... Soomin menutup mulutnya.

"rumah aku," air mata Soomin menitis. "eomma!! Mana eomma saye?!" Soomin mencari-cari kelibat eomma nya. Ya tuhan! aku tak sedia lagi!

"eommaa!! mane eomma saye! Jaebal! Mana! MANA EOMMA SAYA!" Soomin tidak dapat mengawal emosinya lalu dia menangis bagaikan terkena histeria.

"Soo ah," makcik Goon,jiran Soomin datang memeluknya. Erat.

"bawak bersabar, sayang," makcik itu menenangkan Soomin yang semakin menjadi-jadi tangisnya.

Luhan pula berbual-bual dengan ahli bomba itu. Wajahnya berkerut.

"Boleh saya tanya macam mana rumah ni boleh terbakar?" tanya Luhan kepada pakcik pakcik bomba tu.

"kami masih lagi siasat punca kejadian kebakaran berlaku," balas salah seorang pakcik bomba.

"oo okey, ah boleh saya tahu bile rumah ni terbakar?" Luhan memandang ke arah rumah Soomin yang rentung itu.

"sekitar 7.30," balas pakcik bomba itu sambil meyelak buku report.

Luhan mengusap dagunya. Peliknya, masa tu Soomin dah pergi sekolah. Apa motif syaiton ni bakar rumah Soomin? Hmmm. kenapa dia tak bakar je rumah Soomin waktu Soomin ada sekali? Kenapa? Kenapa? Itu la persoalan yang asyik berlegar-legar difikiran Luhan. Luhan kembali sedar kerana Soomin bagaikan dirasuk. Terus dia mendapatkan Soomin.

*******

"mana eomma saya?" Soomin tidak putus-putus menanyakan mengenai eomma nya.

"eomma kamu," muka makcik Goon berubah.

"kenapa? Eomma saya selamat kan?!" Soomin menaruh harapan yang tinggi.

"maafkan makcik, Soo... eomma kamu.. dia.. tak sempat nak selamatkan diri," berderai air mata Soomin. Dia jatuh terduduk. Dia menangis semahu mahunya. Luhan datang ke arah Soomin lalu memeluk Soomin yang bagaikan ingin pitam itu.

"shh,shh.. Im here," Luhan menenangkan Soomin.

"eomma..," perkataan terakhir dari Soomin sebelum pengsan.

"Soo-ah!" makcik Goon menjerit.

"cepat call ambulan datang sini!" tambah makcik Goon lagi. Luhan akur lantas mendail nombor hospital.

*******

"Soo," Luhan membetulkan kedudukannya supaya menghadap Soomin.

"kat mana ni?" Soomin cuba untuk duduk. Matanya dibuka luas-luas.

"hospital,"

Soomin terus memandang sekeliling. Dia terus turun dari katil.

"kau nakgi mana?!" Luhan pelik dengan kelakuan Soomin.

"aku nak carik eomma aku," Luhan terus ke arah Soomin yang cuba membuka pintu. Luhan terus menghalang.

"Soo, tolong la terima yang eomma kau-"

"eomma aku hidup lagi laaa!!" laju Soomin memintas percakapan Luhan. Luhan tercengang.

"eomma aku… hidup lagi… jadi, tepi laaa!" Soomin menolak Luhan tetapi Luhan dapat menangkap tangan Soomin.

"lepas laaa!! lepaskan akuu!!" Soomin meronta ronta. "ya,pikyeo," Soomin merendahkan suaranya.

"takboleh! Kau kena stay, badan kau lemah lagi,"

Soomin memijak kaki Luhan.

"aduh! " Luhan mengaduh sakit.

Soomin mahu membuka pintu tetapi terlambat kerana Luhan memeluknya dari belakang. Erat.

"yaaa! Lepaskan aku laaa!"

"no,never!"

"Luhan please! Aku nak cari eomma aku la," Soomin menangis dan kebetulan doktor masuk.

"eh kenapa ni?!" tanya doktor, cemas.

Soomin meraung meminta dilepaskan. Doktor itu tiada pilihan lalu dia menyuruh nurse ambilkan ubat penenang.

“nah, ini dia ubat penenangnya doctor,” kata nurse itu kepada Doktor.

“tak! NO! taknakk….” Soomin terus disuntik dan perlahan-lahan dia merasakan badannya lemah.

"angkat dia ke katil," arah doktor kepada Luhan. Luhan mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience