Bab 18

Romance Completed 40391

"so,kita ni apa sekarang?" langkah Soomin terhenti dari mendaki tangga ke tingkat atas.

"kita apa,apa kau ni?" Soal Soomin kembali kerana tidak faham.

Luhan membuat muka. "kan tadi-" laju Soomin menekup mulut Luhan.

"apa kau ni?! Nanti abeoji dengar macam mana?" Soomin bercakap separa bisik.

Luhan mengalihkan tangan Soomin dari mulutnya. "jadi?" Luhan memandang mata Soomin.

"Not here,please? Depan tangga kot, anytime je abeoji lalu,"

"arasseo," Luhan terus naik atas. Ternganga Soomin.

"yaa! Luhan!" Soomin mengejar Luhan tetapi lambat kerana Luhan sudah memasuki bilik. Soomin mengeluh. Perlahan-lahan Soomin ke arah pintu bilik Luhan.

"Luhan,mian... jangan mar-" pintu dikuak dan Luhan menarik Soomin masuk ke biliknya. Uh oh!

Luhan mendepakan tangan ke dinding, Soomin tidak dapat untuk melarikan diri kerana dihalang oleh tangan Luhan.

"mwo..ya?" berdebar-debar Soomin. Luhan merapatkan wajahnya ke Soomin pantas Soomin memejamkan mata.

Bibir mereka bersentuhan. Lagi sekali.

"Luhan!" Soomin mencuba menolak Luhan tetapi gagal.

"aku tanya lagi sekali, kita ni apa sekarang?" riak muka Luhan berubah. Terdiam Soomin, dia mula sedar akan sesuatu.

“kita ni.. apa?”

Soomin melarikan pandangannya.

“Soo…”

“kita.. kawan..?”

Luhan tersenyum sinis. Kawan?

“kawan? Kawan takkan sampai kiss, Soo..” ujar Luhan membuatkan jantung Soomin bertambar berdebar. Soomin menelan air liur kelat.

“aku.. aku tak-”

“aku taknak jadi kawan kau, aku nak lebih dari kawan. Aku.. aku nak jadi kekasih.. kau, Soo..” kata Luhan dengan ikhlas.

Soomin terpana dengan kata-kata Luhan lalu wajah Luhan yang di depan dipandang.

“Luhan…”

“aku ikhlas.. aku sayang kau, Soo.. chaebal…” Luhan melepaskan tangan dari terus menghalang Soomin bergerak. Dia berjalan ke tengah bilik dan mengesat air matanya.

“mian.. aku macam memaksa,kan? Kalau kau nak keluar, keluar la…” kata Luhan tanpa memandang Soomin.

“taknak.. aku taknak keluar.” Jawapan Soomin membuatkan Luhan terus berpaling memandangnya. Kelihatan Soomin juga menitiskan air mata. Luhan terpempan.

“aku taknak keluar!” Soomin mengesat air matanya. “tak, Luhan.. kau langsung tak memaksa… aku terima kau.” Ucap Soomin membuatkan Luhan menguntumkan senyuman gembira. Dia terus mendapatkan Soomin lalu dipeluk erat.

“gumawo… neomu, neomu gumawo…”

“aniya.. it has to be me yang say thank you pada kau… gumawo Luhan sebab selalu ada bila aku ada masalah.. terima kasih jugak sebab sukakan aku…”

Luhan tersenyum nipis lalu dia mengeratkan lagi pelukannya.

*******

"pagiiiii!!!" Tegur Namjoo dan dia perasan Luhan dan Soomin berpegangan tangan. Dia tersenyum nakal.

"eo, Namjoo. Pagii!" balas Soomin. Ceria. Luhan hanya tersenyum pada Namjoo.

"aaa, korang ni ada.. apa apa ke?" Soal Namjoo sambil menyiku Luhan. Luhan tersengih kambing sambil memandang Soomin.

"obvious ke?" Soomin bertanya sambil menutup mulut.

"yelaaa! Ohhh! so korang ni ada apa apa la ni! Ceh tak bagi tahu pun! Takpe takpe! Aku nak call Chanyeol! Kalau korang boleh aku pun boleh laaa!" Laju jari Namjoo mendail nombor kekasihnya, Chanyeol.

"Chanyeol?" Soomin mengangkat kening sebelah sambil memandang Luhan.

"pakwe dia la," balas Luhan.

"what?!" terbeliak mata Soomin. "weh mangkuk! Ko pun same laa! Ada pakwe tak bagi tahu pun! Jangan nak cakap aku laa!" Soomin bengang manakala Luhan hanya ketawa.

"eeehh kau yang kat hospital masa tu! Ala diam la kau!" Namjoo mencebik.

*******

Telefon Luhan berdering. Luhan melihat si nama pemanggil. terus Luhan berdiri dan meminta izin untuk keluar kelas.

"yobeoseyeo?"

"..ya, saya,"

"apa?!"

"..arasseo, saya ke sana sekarang," Luhan menamatkan panggilan lalu bergegas ke balai polis.

*******

"inspektor Kang?" Ins. kang mengangkat muka.

"ya saya? Oh Xiu Luhan?" Soal Ins. Kang sambil tersenyum kepada Luhan. "silakan duduk," Luhan mengangguk lalu duduk.

"macam mana dengan kes kebakaran tu?" sebaik saja duduk, Luhan terus bertanya.

"hmm, kami dah jalankan siasatan terhadap beberapa saksi..." Luhan tekun mendengar.

*******

"Namjoo,"

"apa?"

"mana Luhan?" Soomin memandang sekeliling kelas.

"molla," Namjoo turut mencari tetapi masih tidak nampak batang hidungnya.

"hmm," Soomin mengeluh.

“dia pergi toilet kot.”

“hmm, yela kot.” Soomin memandang tempat duduk Luhan.

*******

"mana Luhan ni," Soomin memandang jam di dinding. Soomin mengangkat kepala kerana terdengar seseorang membuka pintu. Haa Luhan!

"Luhan!!"

terperanjat Luhan.

"peh semangat!" Luhan memegang dadanya.

"hehe," Soomin menggaru kepala. "awak pergi mana tadi?! Risau tau saya.." kau-aku sudah bertukar menjadi awak-saya.

"pergi teroka hati awak," jawab Luhan sekadar berjenaka.

"ha ha ha, chia chia tak sampai! Ish, betul betul la," Soomin memuncungkan mulut.

"tadi polis yang kendali kes kebakaran rumah awak call saya," Jantung Soomin seakan terhenti.

"dia.. cakap apa?"

Luhan memegang kedua dua belah bahu Soomin.

"saya cakap ni awak jangan terkejut tau..."

Air mata Soomin bergenang lalu gugur kerana terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Luhan. Sungguh dia tidak percaya. Sampai hati! Dia tidak percaya kerana sanggup Seungho membakar rumahnya! Ye! Yang membakar rumah dia ialah Seungho! Eomma nya sudah menganggap Seungho macam anak sendiri, sampai hati! Sampainya hati Seungho! Soomin tidak dapat menahan rasa sebaknya. Dia jatuh terduduk.

"Soo!" Luhan mendapatkan Soomin lalu ditenangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience